Friday, March 21, 2014

Ganu Kita

Hari ini bermulalah cuti sekolah. Ramai yang telah merancang cuti. Kami sekeluarga akan balik ke Terengganu. Insya-Allah petang atau malam ni. Sememangnya kami tersangat suka kalau balik Terengganu. Selain mengunjungi saudara mara, kami suka terengganu Sebab dalam kepala dan mata dah terbayang macam-macam makanan yang sedap. Keropok lekor, sata, pulut lepa, roti tempayan, roti paung, nasi dagang, apam kuoh, buah boom, warung pok nong, seafood yang fresh dan macam macam lagilah. nyum-nyum.. 

pic from google
Kalau Zarin pula, bila di tanya Kenapa abang suka terengganu?

jawabnya " Sebab boleh main pasir, mandi laut dan pergi kedai che ngah"

Pesan Mama : Selamat bercuti kawan-kawan

2 comments:

  1. Alahaiiii tak pernah jejak tganu lagi ni..

    ReplyDelete
  2. Selamat pulang ke kampung Ida..aida hari tu tak smepat pon nak jalan-jalan..2 hari memang tak cukup kan..kena pergi 3,4 hari baru puas..huhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...