Monday, March 3, 2014

Homestay Langkawi - dpadi

Nampaknya musim cuti sekolah hampir tiba, pasti ramai yang tengah merancang percutian untuk meluangkan masa bersama keluarga kan? Ok, hari ini saya ingin berkongsi homestay yang best di Langkawi. Bulan Januari lepas kami ke Langkawi, memandangkan keluarga kami besar (12 dewasa 9 kanak-kanak) jadi kami memilih homestay daripada hotel. Pilihan homestay kami kali ini ialah Dpadi Homestay Langkawi.



Saya kongsikan sedikit gambar homestay tersebut.  Kalau jenis yang keluarga besar macam kami ni memang berbaloi. Ditambah pulak dengan anak-anak yang tengah membesar dan lasakkan. Sesekali berjumpa sudah semestinya bermain tak ingat dunia. ^___^ Jadi kawasan yang luas memang menjadi keutamaan. Serius sangat selesa. Sebenarnya ada beberapa jenis homestay yang boleh disewa di dpadi ni. kalau tak silap saya ada 5 jenis. ada rumah, ada bilik.


Kami memilih Homestay dpadi 2. Satu rumah ada tiga bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan katil queen, kipas dan aircond. Ada kemudahan dapur, peti ais mesin basuh dan memang boleh masaklah kalau rajin. Pendek kata segala kelengkapan lengkaplah. Toilet pula ada 2, satu jenis cangkung satu jenis duduk.


antara kemudahan yang disediakan

Kami juga menyewa dua bilik, yang setiap biliknya mengandungi dua katil queen. Satu bilik tu siap ada dapur. 


hahahahaha, anak-anak ni pantang jumpa pasir 

 Paling best, homestay ini siap ada pakej dengan kenderaan. So memang tak payah pening kepala nak fikir kat mana nak sewa kereta dan sebagainya. Memang berbaloi. Tapi kalau tak nak sewa kenderaan pun ok, terpulang pada keselesaan kitalah.

Pemandangan waktu pagi. Bendang ok! sejuk dan cantik sangat! 
mmmm, tak reti sangat nak bercerita panjang lebar. Kalau kawan-kawan tengah merancang ke Langkawi dan berminat untuk sewa homestay ni bolehlah ke website beliau. Cepat-cepat book tau! sebab homestay ni glamer dan laris macam goreng pisang panas! Boleh tengok dengan detail apa yang disediakan, alamat, contact number beserta harga sekali . Klik SINI DPADI HOMESTAY

oklah, saya tempek juga kat sini contact numbernya 

Berminat Hubungi
EN. AZIZI BIN ALI
TEL 012 4737395


Pesan Mama : selamat merancang cuti kawan-kawan. Oh ya, cuti sekolah kami nak balik Terengganu. Yahoooo! 

5 comments:

  1. berapa sewa utk homestay tu ...bila2 teringin nak pegi sana :D

    ReplyDelete
  2. dah lama saya tak ke langkawi!!!
    boleh la consider h/stay ni

    ReplyDelete
  3. Wah..langkawi!!Lama tak pergi..huhuhu..Ida..cuti sekolah ni pon aida akan ke Tganu..Marang n KT kot..kot-kot terserempak tengah jalan nanti,jgn segan teguq naa..hehehee

    ReplyDelete
  4. march 2015 kami sekeluarga akan menginap di sana...
    makin excited nak pegi nie bila baca u punya blog..
    hehehe

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...