Friday, March 7, 2014

Selera anak-anak

Selera bermusim, itulah anak-anak saya. Ada masa nak suruh mama masak, ada masa nak makan kedaiiiiiii je. Kuasa sepenuhnya bab makan malam diberikan pada abang Zarin. Dia tentukan nak makan apa dan kami ikut sajalah. Semalam dia cakap nak makan pasta. So apa lagi, cepat-cepatlah beli bahan untuk masakkan pasta spiral ni. Pasta ala bolognese aka pasta goreng kot. 


Saya ada updatekan resepinya di FB. So saya share di sini juga. Resepi mudah je tau. Jangan gelak pulak

Pasta spiral (direbus dan ditoskan).
3 ulas bawang putih (dicincang)
Olive oil secukupnya
Dua batang sosej potong bulat
Isi ayam dicincang/potong halus
Carrot dan brokoli (dicelur)
Capsicum, potong dadu
Fresh sweet basil
Garam/gula
½ tin tomato puri
Sedikit fresh milk


Panaskan olive oil, masukkan bawang putih dah goreng hingga naik bau. Masukkan sosej dan ayam, kalau perlu tambah sikit air, goreng hingga masak. Kemudian masukkan tomato puri, fresh milk. Kacau hingga menggelegak, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sedikit oregano kering, carrot dan broccoli, capsicum dan fresh sweet basil. Kacau sekejap kemudian masukkan pasta spiral dan kacau sebati. Siap. 


Abang Zarin makan sampai bertambah. Tapi taknak sayur. Dah kena pilih satu-satu pulak. Cik Pea pun suka juga pasta ni. Makan banyak juga. Tapi jenuh sikitlah dengan Cik Pea ni, sebab nak makan sendiri, lagi satu nak pinggan kaca jugak! Sekarang suka makan makanan orag dewasa. Lebih-lebih lagi bila tengok abang makan, semua dia nak, kena sama.


Bukan setakat mulut yang comot, meja lantai, baju habis comot. So mama dah masak, papa, anak-anak semua dah makan,  bila dah tumpah-tumpah lantai kotor, tugas mop lantai otomatik menjadi hak Mr. Papa. Hehehehehehe, tugas hakiki Mr. papa di rumah. ^_^



Masak simple simple,
Alhamdulillah anak-anak suka, 
Selamat menjamu selera,
Mr. Papa dan mama senyum saja 

^_^

Pesan mama : masak simple pun tak apa, asalkan air tangan ibu dan isteri. tet! 

4 comments:

  1. seronoknya tgok dorang mkn...ank akak pun sama..suka sgt mkn pasta

    ncahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2013/05/simple-spaghetti-bolognese.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala tukar selera omputih kak. heheheheheheh.. btw, tq atas resepi yg tertera :)

      Delete
  2. OOOOOO...baru tau kene tamba fresh milk sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. beb, bila letak susu ni sos bolognese tu akan kurang sikit masamnya dan akan jadi lemak manis, susu tu akan keluar balik dari ayam lepas masuk air. (eh faham tak) hahahahha.. lebih kurang gitu la.. Tu yang sofea makan sampai comot tu! :P

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...