Friday, March 14, 2014

Susah nak fahamkan

Masih lagi berkisar tentang telefon yang retak seribu. Alkisahnya, Zarin terjatuh atas jalan yang bertar di rumah kami pagi semalam. Telefon dia yang pegang, masa jatuh tu skrin telefon mengadap jalan tar yang tajam dan berbatu tu. Habis luka dan berdarah siku tangan dan lutut. Lutut sikit ja. yang teruk siku.

 Mula-mula nangis sikit je, sebab sakit dan panik nampak darah, tapi akhirnya bertambah kuat bila tengok telefon mama pecah dan tengok muka mama. Serius saya pun tak perasan langsung pasal telefon tu. Masa tengok dia nangis kuat tu, saya tengah lapkan luka dan letak minyak gamat. Lepas tu pujuk dia supaya jangan nangis sebab semalam ada acara bergambar kat sekolah. Kan dah tak elok muka lepas nangis ambil gambar. 

Tapi saya terus terkejut bila Mr. papa tunjuk telefon. hah, Pecah???? kata saya. Apa lagi makin kuat lah tangisannya. huhhuhuhuhuhuhuhuhu..

"Mama marah abang tak? mama sayang abang tak?" soalan yang bertalu-talu keluar dari mulutnya.

"Mama sayang, mama tak marah pun. Dah-dah. Takpe nanti mama hantar kedai kita baiki. Dah jangan nangis. Nanti tak hensem anak mama ambil gambar."

Pastu saya belikan handyplast dan tampal kat lukanya. 



Ingatkan dah lupa kes telefon tu. Masa ambil dia kat neseri, bertanya lagi. Telefon mama dah baiki ke dan sebagainya. Mulalah keluar cerita zaman dia umur 4 tahun 5 tahun dan sebagainya. Yang lucunya, Dia masih ingat dulu dia pernah pecahkan skrin telefon saya juga, rasanya masa umur 5 tahun kot. 

Pastu keluar lagi soalan "Mama marah abang tak? Mama sayang abang tak?". Bukan sekali tapi berkali-kali. Letih nak jawab. Risau sungguh kalau mama tak sayang dia. huhuhuhuhu

Susah sungguh nak fahamkan dia antara sayangkan barang dengan dia.  Akhirnya saya jawab. 

"Mama tak marah. Telefon kalau rosak boleh beli yang lain, ganti baru. Kalau Abang mama tak boleh beli. Tak ada jual di kedai. Faham tak? Sebab tu macam mana pun mama tetap sayang abang. Abangkan anak mama, mestilah sayang"

"oooo..kalau macam tu mama beli telefon color blue la.. Abang suka, tak payah pakai telefon color red lagi!" Balasnya. 

Hahahahahahahha.. Hadoiiiiii! ^______^

Mr. papa gelak-gelak dengar cakap Zarin. Tapi itulah, Zarin ni kalau apa-apa dia buat salah mesti ayatnya 

"Mama sayang abang tak?
"Mama sayang abang tak?"
"Mama sayang abang tak?"

tak pun dia kata 

"Abang sayang mama!"
"Abang sayang mama!"
"Abang sayang mama!"

^_^

Pesan Mama : Zarin ni, jenis anak yang patuh, lembut. Kira memang anak mak la. Tataulah besar nanti macam mana.. hahahahahahahahaha



2 comments:

  1. Dapat bayangkan Zarin cuak time jatuh tu kan..Alhamdulillah luka tak teruk..tapi tu lah kan..hati pon berbelah bagi..kalau aida memang mengamuk jugak lah..nampak sangat jenis mak2 yang tak sabar..haha..Untung Zarin dapat Mama lemah lembut dan untung Ida dapat Zarin si penyayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha aida, sebenarnya mama tak lemah lembut sangat pun. garang jugak. Tapi tatau kenapa semalam langsung tak rasa nak marah dia ke apa. cool je.. Macam tak ada apa sgt yang berlaku... mungkin sebab tgk dia luka dan tgh tahan sakit kot.. tambah tambah tengok air mata menjejeh, mulut nganga.. oh sedih sgt ok! hahahahahahahah..





      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...