Friday, April 11, 2014

Sharing is wrestling

Seperti biasa semasa ambil anak kat nursery memang macam-macamlah request mereka. Si Sofea masih kecil, jadi tatau sangatlah nak memacam, tapi abang Zarin memang panjanggggggggg sangat akalnya. Kadang ikut, kadang tak. Tapi tula, kalau tak ikut memang moody lah sampai malam. Dalam seminggu adalah 2 kali singgah kedai atas untuk beli ice cream. Dan semalam memang itulah yang dia minta pun.

Semasa buka peti ice, dia berkata

"Mama ngan adik kan princess, abang belanja mama ice cream gold" 

Dalam masa yang sama dia ambil ice cream salero untuknya. Abang yang belanja tapi mama yang bayar. kohkohkoh *batuk-batuk mama*


magnum gold, terliur tak? terliur tak?


Sampai di rumah lain pulak jadinya. Automatik ice cream gold dia punya, adik pula diberi ice cream salero. Adik baru pegang dia dah mintak tukar pulak. Apelagi, memang ngamuklah cik pea tu. (Sofea ni jenis yang jangan usik barang dia, kalau sekali kita dah ambil, bagi balik pun tetaplah takmau)- ehem ikut perangai sapela ni. lalalallalalalala

Bila dah ngamuk, ditambah pulak ice cream dah mencair, teruslah menangis dan habislah lantai rumah. Terus Mr. papa capai mop dan mop lantai. Sekarang dah jadi rutin, sampai rumah, benda yang pertama pegang mesti mop. Oh anak-anak. hehehehehehehe

Abang Zarin pun mulalah pujuk adik dia. Tapi adik dah merajuk tetaplah tak nak. (sharing is wrestling) pulak kali ni. hahahahhahahahahaha

Serius ice cream ni sangat sedap. Terus terfikir nak beli lagi hari ni. Tapi sebab dua beradik ni dah wrestling semalam, terus mama keluar circular baru

"Lepas ni balik school (nursery) tak boleh beli ice cream dah!"  huahuahuaaaaaaa

Pesan mama : Telatah anak-anak memang mencuit hati. Macam-macam ada. Kadang marah, kadang geram, kadang lucu, kadang tak terkata. Itulah sebenarnya yang melengkapi dan menghidupkan kehidupan kita seharian :)

2 comments:

  1. hihihi, sedap pulok auntie tgk aiskerim gold zarin...balik ni rasanya auntie nak g beli lah ;-))

    *nasib la papa kena ngemop ek ;-))

    ReplyDelete
  2. Tak try lg yg baru ni..sedap ekk...hehe..terbayang2 sofea bergurau2 dgn abg zarin..mesti cute

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...