Wednesday, April 16, 2014

Teppanyaki

Teppanyaki merupakan tempat makan fevret kami seisi keluarga. Kalau boleh setiap hari nak makan kat sini. Sebab sedap dan sangat berkhasiat. Biasa kami pergi ke Mid Valley, KLCC atau pun Ikano, ikut mood dan keadaan. Kalau bawa anak-anak lebih suka ke Mid Valley atau Ikano, kalau dating berdua lebih suka ke KLCC. 


 Kalau ikutkan, rasanya tak selaras antara kiosk kiosk ni. Paling sedap mestilah kat KLCC, tapi kami selalu pergi lunch hour, tak bawa anak-anak, tempat open susah nak handle. Kedua ke Mid Valley, ok juga tapi orang ramai lah sokmo, tapi fuji snow dia sedap. Dan yang ketiga Ikano. Orang tak ramai, sesuai untuk bawa anak-anak lebih lebih lagi si Sofea yang Abang Zarin kata 'Macam ninja' sebab siap panjat meja bagai. hahahahahah.  Tapi tak sedap sangat. Eh aci gitu? Selera memasingkan.


Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan. Kegemaran saya sudah semestinya beef teppanyaki, tapi kalau pergi dengan Zarin mesti order ikut selera dia. Kadang-kadang ayam. Sebab kami selalu share. Tapi biasalah, kalau share dengan Zarin 3/4 nasi dia yang makan. huhuhuhuhuhu. 


Kegemaran Mr. Papa Salmon ni. Tapi saya sangat tak suka salmon. Tatau kenapa. Sofea pun suka salmon, kat rumah memang sentiasa ada salmon untuk sofea. Dan lagi bawang putih goreng tu pun Mr. papa suka. Saya tak suka sangat sebab nanti mulut bau kuat bawang putih. Makan banyak bawang putih nanti ketiak busuk! Eh ada kena mengena ke? teori sayalah tu.


Untuk abang Zarin semestinya Fuji Snow ni. Tapi biasalah dia, suka mengorder. Makan sikit mama yang habiskan. Tidak ketinggalan mineral water dan jasmine tea. Kadang-kadang order yang macam kulit popia tu. Dalam ada inti. Tatau apa nama. 

Suka makan kat sini sebab sayur dia fresh. Masih bunyi krup krap krup krap dan banyaaaaakkkkk!!! Sebenarnya kalau tengok derang masak teppanyaki ni senang saje. Dan dah tahu juga apa yang dia bubuh. Saya pun dah siap google cara-cara nak masak teppanyaki ni. Nanti nak cuba. Harap menjadi. 



Oh ya, ni gambar tiada kena mengena. Malam tadi abang Zarin merajuk sebab nak ambil gambar dengan mama, tapi mama tak perasan permintaannya itu. Duk ulang-ulang banyak kali dari sebelum tidur hingga tertidur, dan bangun pagi tadi tetaplah sebut jugak.

 "Abang nak ambil gambar dengan mama, tapi mama tak ambik pun!" .

 So pagi tadi sebelum keluar rumah sempatlah berselfie.

 "jom abang kita ambil gambar."

Tapi bila dia yang ambil, inilah hasilnya. Nampak muka dia sorang ja. huuhuhuhuhuhuhu.. Tak apelah. yang penting dia dah tak merajuk. Sebenarnya kami tak reti sangat berselfie. Tangan tak cukup panjangkah??? hahahahahahaha.. Nak bermonopod belum lagi terbuka hati nak beli. Mr. papa pasti tak setuju punya. phewwwwwww!!!! 

Pesan Mama : makan-makan juga, kesihatan wajib dijaga :)

6 comments:

  1. err..nak kene try la kottt...tak pernah lagi mkn kat sini!

    ReplyDelete
  2. Kami dulu2 suka juga tepanyaki. sbb kenyang, ada nasik...hihihi...dah bertahun rasanya tak g tepanyaki ;-))

    ahha...monopod? ades, sama la...tentu suami kak tk setuju, tk monopod dia 'geram2' je kalau kami cuba berselfie ;-))

    ReplyDelete
  3. teringin nak cuba tp husband plak x suka

    ReplyDelete
  4. dulu2 suka mkn teppanyaki kat food court lama bwh jusco one utama, sejak dah renovate dah xsedap. yg ikano pun mmg xbrape nk best.. nk try yg mid valley plak la nti.. hehe.. nti singgah2 la mykhalish.net hehe.. mykhalish.com dah x wujud :(

    ReplyDelete
  5. pun tak pernah makan kat sini lagi..

    ReplyDelete
  6. Aida teringin nak try teppanyaki ni..tapi hubby tak suka pulak so tak pernah try sampai ke hari ni..mungkin nanti akan cuba jugak..ramai yang cakap sedap..Abang Zarin pandainya ber selfie..nampak muka hensem dia..hehee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...