Friday, April 18, 2014

Tutorial Bawal ala fareeda yunabella

Ok, hari ini saya entrikan tutorial cara-cara memakai tudung bawal ala fareeda yunabella. Oh ya untuk pengetahuan cara pakai tudung ni adalah inspired dari blogger comel Yuna Bella

Dan ini pula cara saya pakai


Yang paling utama adalah sediakan sehelai tudung bawal. Tak kisahlah tudung bawal cap apa pun. Bercorak ke plain ke, berbatu ke, berkerawang ke. Yang saya guna bawal bercorak aidijuma. Sila rujuk no. digambar ya

1. Sediakan 3-4 biji brooch. (1 besar/panjang dan 3 yang kecil) berserta sepasang jarum peniti. Kalau suka pakai penitilah. Saya wajib pakai. 

2. Lipat tudung bawal jadi segitiga. Pakai biar sama panjang dan pinkan di bawah dagu.

3. Lipat tudung untuk bentuk muka dan Sematkan peniti di kiri dan kanan. Kalau suka pakai peniti. Saya wajib biarpun tak pakai anak tudung pung. ahahahahahaha

4. Bila dah siap, samakan bucu tudung bawah dan kira-kira dalam sejangkal untuk kita nak lipat nanti.

5. Mula lipat tudung dari bawah ke atas. Mungkin dalam 4-5 lipatan juga. Ikut suka sama ada nak singkat ke labuh dan banyak mana nak kedutnya. 

6. Ambil brooch yang besar dan pinkan di tengah-tengahnya. Masa ni akan nampak macam ada terjuntai kat bawah dan senget benget sikit.

7. Kemudian ambil sebiji brooch dan pinkan dibelakang tudung bagi kemas.

8. Tarik hujung tudung dan cantumkan kiri dan kanan supaya kemas dan jadi bulat.  

9. Rapikan di bahagian bawah tudung dan lipat serta pinkan ke belakang tudung. 

10. Ok siap!!!!! adjust-adjust lah sikit bagi elok. Tadaaaaaa!!!

Senang je kan???  selamat mencuba!


Tuan tanah hari ini. Assamualaikum :)

Pesan mama : sekali sekala ubah penampilan. Saya tukar-tukar gaya pemakaian tudung. Kadang pakai wide shawl, kadang pakai bawal, kadang pakai syria kadang tak pakai! (eh tu kat rumah je lah) ^_______^. 

13 comments:

  1. comel! dah lama tak berbawal..hehe. pasni bole la keluarkan balik dr kotak simpanan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mama vouge.. saya pun bukak balik kotak.. eheheheh..jom try

      Delete
  2. Replies
    1. jom ros.. sekali sekala tukar penampilan :)

      Delete
  3. Cantik tengok Ida pakai..nampak kemas..tapi aida tak try lagi pakai stail gini..nak kena cek balik koleksi bawal yang ada..hehee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...