Friday, May 9, 2014

Bila mama idazs ke dapur

Amboi, bukan main lagi tajuk entry. Bila idazs ke dapur gitu. Ahahahahahahahaha. Biasalah kita orang perempuan ni mesti jugak tahu masak sikit-sikit. Nak kata terror tu taklah. Sebab memasak ni kan merupakan satu proses yang kita sentiasa belajar dan belajar. Cuba dan cuba hinggalah seterusnya.  

Kadang-kadang saya terharu juga bila ada kawan-kawan yang PM tanya, lama tak tengok ida upload gambar masak kat FB. Dah tak masak ke?

Terima kasih pada yang prihatin, sebenarnya saya masih memasak seperti biasa. Cuma kadang tu sempat ambil gambar, kadang tu baru siap hidang, anak, suami dah nak makan. So tak tersnaplah jadinya. Jomlah jamu mata. Ahahahahahahahahaha

Sesetengah masakan tu saya dah update resepinya di DDK. Jadi boleh tengok di situ ya. Alah, menu simple-simple dan ulang tayang saja. Tapi ini yang selalu menjadi kegemaran keluarga saya. 


Pulut Pelam

Ketam nipah telur masin


Spiral bolognese
eh telur dadar pun menyelit jugak. ahahahahahaha

bubur nasi berlauk, ini menu wajib setiap minggu. Cuma lauknya saja yang berubah-ubah

Mama Fried Chicken. Bila hari hujan abang motor tak nak hantar. So buatlah MFC ni. 

Kek coklat resepi dari Anis Coklat moist. 

Kari ayam. Oh kalau bab kari memang saya selalu fail. sob-sob. Masih lagi belajar dan belajar. 

Yee mee kungfu. Selalu jugak masak ni

Spiral carbonara, fevret Sofea. memang wajib ada stok kat rumah. 

Oklah, setakat itu sajalah dulu . Lain kali saya kumpulkan lagi ya. Mana tahu boleh bagi inspirasi kat kawan-kawan untuk memasakkan? 

Kadang tu, saya saja kurangkan upload gambar di FB, sebab kadang-kadang ada juga yang tak suka, malah ditempelaknya kita "Macam dia sorang je pandai masak!"  Hok aloh, dah ko kenape? 

Sejujurnya, saya malas nak layan orang-orang yang negatif ni. Prinsip saya mudah saja, tak suka sila remove. Tet!

Pesan Mama: Pandangan peribadi, memasak ni bergantung pada air tangan kot. Bagi saya mudah saja, tak kisah pandai ke tak. Yang penting ada rasa, secukup rasa insyaAllah jadilah tu. Eh nak beli Buku Chef Wan yang baru launching tu. Belum jumpa lagi.. Nampak sangat best resepi-resepinya. Oh ya, baking-baking terpaksa stop sebab oven rosak. Tak tahulah bila nak gantinya. huhuhuhuhuhu


14 comments:

  1. alos la sedapnyo pulut pauh tu...sob sob.....ya betul tu..tak kira lah pandai ke tidak...yang penting kita masak utk keluarga...telur cicah kicap pun jadiklah tettt! ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sanagt kak diey. yang penting air tangan isteri dan ibu... eh, mak metua saya bawak pelam harum manis.. lagi sedap makan dnegan pulut.. nyumssss

      Delete
  2. Salam ukhuwah Idah..

    Terliur akak tengok masakan yg ditayang tu.. akak tak pernah makan pulut pelam tu.. macam nak cuba buatlah :)

    akak follow #489 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak.. Terima ksih singgah dan follow blog saya. Dulu saya pun tak pernah cuba juga. sejak kawin baru pernah makan. Tapi kalau pandangan peribadi lebih suka pulut durian

      Delete
  3. sedapnya pulut mangga..nak try buat gak la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba.. eh tetiba teringin nak rasa roti sarang lebah yang ziela buat tu.. nyumsssss

      Delete
  4. walaupun jarang2 masak, tapi bila ke dapur hidangan mmg nampak class & sedap...hehe..
    wahh.. pulut mangga tu tak menahan....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie, camera trick ja tu.. sekarang musim pelam, boleh try..

      Delete
  5. kalau waktu ni aku mengandung confirm aku mengidam ketam telur masin tu tauu..huwaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahha.. amin-amin.. tet! weh, dak zarin dah tamau makan ketam lain, nak ketam sepit besar ni ja... fengsan mama!

      Delete
  6. Bestnyaa dapat masak macam-macam..aida tak berkesempatan sangat nak belajar masak ni..so asyiklah ulang je benda yang sama..dapat pulak jenis husband yang tak kisah makan benda yang sama hari-hari..lagi lah takde motivasi nak belajar masak yang bombastic..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida, ni kalau mood rajin je. kami hari keje jrang makan malam. selalu masak kat bebudak ni je... alahai, takdela bombastic sgt pung... tapi selera abang zarin ni mmg nak yang sedap saja.. peluh mama dia

      Delete
  7. Replies
    1. hahahha aini, tunggu orang sponsor. harap harap adalah yang nak sponsor nanti

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...