Wednesday, May 28, 2014

Demam lebih 3 hari

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan kita mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini kita disahkan demam.

Zarin memang agak jarang diserang demam. Cuma yang merisaukan apabila dia demam memang akan ambil masa untuk sembuh. Baru-baru ini Zarin demam. Memang susah hati dah berhari juga saya dan  Mr. papa bergilir-gilir cuti. Sebab tu tak terupdate blog. Tak ada mood. sekarang semuanya dah pulih baru rasa nak mencoret di sini. 

19 May 2014

Lebih kurang pukul 4 pagi, Zarin datang ke bilik kami sambil merengek dan terus memeluk Mr. Papa. Saya yang tersedar terus merasa dahinya, Ya Allah, memang panas sangat. Dah tahu sangat kalau dia merengek tengah-tengah malam mesti badan panas tu. Terus capai termometer dan cek suhu. 38'C. Terus kejutkan Mr. papa dan mandikan dia. Haaa, memang semakin kuatlah menangisnya mandi pagi buta. Check suhu turun sikit. Lantas, terus bentangkan tilam dalam bilik kami dan terus jelumkan dahi dan lap-lapkan badan dia dengan kain basah. Alhamdulilah dia dapat tidur lena. 

Paginya dia memang nampak tak larat dan badan masih panas dengan suhu still 38'C. Saya terus bagi dia ubat dan tak lupa letakkan cool fever dan lap badan dengan tuala lembab. Dah makan ubat suhu tetaplah tak nak turun. Tengah hari, lebih kurang pukul 1, Mr. papa call, cakap nak bawa Zarin ke klinik, sebab suhu tetaplah tak turun sangat, 37.8'C-38.6'C (hari tu Mr. papa cuti). So saya pun nak ikut juga. Sampai di Klinik, check suhu 38.4'C. Tapi Zarin mengadu sejuk, jadi nurse bagi selimut untuk tutup tangan dia. Setelah jumpa Dr., mendengar penerangan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk kawal suhu dan ambil ubat, kami pun balik. Tapi kena datang balik sekiranya demam tak kebah dalam masa 3 hari.  Doktor juga nasihatkan minum banyak air, dan elakkan benda-benda sejuk. Zarin hanya demam, batuk tak ada, selsema tak ada, sakit tekak pun tak ada.

anak dan mak. dah dua-dua rupa tak sihat! hahahaha



20-21 May 2014

Keadaan Zarin tetaplah sama juga. Dr. menerangkan kepada kami supaya memberikan Zarin ubat 4 jam sekali jika suhunya masih tak turun, dalam 38'c ke atas tetapi kalau dah turun, boleh jarakkan sikit masanya 6-8 jam sekali. Dr. juga bekalkan Suppository (bahasa mudahnya ubat bontot) untuk guna waktu malam. Sebab waktu malam suhu memang akan cepat naik dan tinggi. Kadang-kadang kita tertidur dan terlelap walaupun cuba tahan mata, jadi bila suhu naik memang bahaya. 

Ubat bontot ni, antara cara yang paling cepat untuk turunkan suhu. Namun berbeza dengan Zarin. masuk ubat bontot pun suhu tetaplah gitu juga. Kalau turun pun sikit sangat. Memang kami letak 3 towel basah. Satu di dahi, dua di celah ketiak. Kadang-kadang tengah malam pun mandikan dia. Tapi ada masa dia menggigil sejuk. Kaki dan tangan pun sejuk. Saya selimutkan dengan selimut nipis dan peluk dia. Kadang dia terjaga dan menangis kata punggung dia sakit (panas), tu tandanya memang badan dia panas betul tu.  Paling risau bila dia ada juga macam meracau dan mengigau sikit sikit. Seolah-olah bermimpi. Bercakap dengan kawan-kawannya (coz, dia ada sebut beberapa nama kawan dia)

Cth: 

(Danial, jangan ambil barang saya)
(awak jangan buat saya)

paling saya takut dan mula nak nangis bila dia sebut

Mama, tu BESAR! Takut! sambil tunjuk situ, tunjuk sini. Abang tak nak tu, Besar, takut! 

Bila saya tanya apa yang besar?

Dia jawab pensel box besar, belon besar, nanti meletup! Abang takut. Besar! Besar!. Tu! Tu! 

Memang hampir dua malam juga dia begitu. Waktu siangnya, kadang-kadang suhu ok. Dia pun makan berselera seperti biasa, cuma tak adalah nak aktif main sangat ke apa. Hari rabu tu, suhu dia macam dah ok. 37.2'c dan memang 37.5'c ke bawah je lah. So kami ingat dia dah sembuh sepenuhnya. Fuh lega sangat.  Oh ya, saya ada juga guna air asam jawa untuk jelum kepala dan badan dia. Bagi minum air kelapa, buat air penawar sendiri, bagi air zam zam dan sebagainya jugalah. 

22 May 2014 

Kali ini, giliran Mr. Papa cuti, sebab saya dah cuti 20-21 Mei tu. Setiap masa duk call tanya zarin macam mana, Zarin macam mana. Dan Sofea pun badan ada juga suam-suam malam sebelum tu.Tapi siang dia ok. So boleh hantar nursery, risau juga kot-kot berjangkit dengan abang, Hati dah mula risau, bila dengan pasal Zarin yang demam lagi. Jadi Mr. Papa bawak Zarin ke klinik lagi. samapi di Klinik suhu 39.3'C. Masukkan ubat bontot sebijik! Seperti yang dijangka, Zarin dan Sofea dapat surat untuk refer ke hospital. huwaaaaa!!!! Sofea Dr. bagi juga, sebab demam dia waktu malam sahaja.  Menurut Dr, ada kemungkinan demam virus influenza, atau pun denggi. Sebab sekarang ramai yang kena tu. 

eh, macam terpanjang pulak, nanti saya sambung ya, kes kena admit pulak! 

Pesan mama : Kalau anak demam memang susah hati. Sentiasa monitor suhu anak-anak. Paling utama pastikan kat rumah ada termometer ya. Wajib! bagi sayalah! Terima kasih pada yang bertanya khabar dan sentiasa mendoakan kesihatan anak-anak saya. Hanya Allah yang mampu membalasnya :)

2 comments:

  1. Syafakallah ... semoga cepat sembuh dear..

    memang idazs bila anak demam, memang menakutkan kan.. akak pun macam tu juga.. mesti monitor perkembangan dorang..

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh keduanya..risau betul kalau anak2 anak sakit kan..sekarang ni pon Aqil baru terkena demam..hopefully tak terjangkit ke Medina..runsing di buat nya nanti..huhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...