Friday, May 30, 2014

Discharge dan follow up

Syukur alhamdulilah, setelah 5 hari 4 malam berkampung di wad, akhirnya dah boleh discharge. Terima kasih pada semua nurse dan doktor yang merawat dan menjaga Zarin. Puas hati sangat dengan servis yang diberikan. 

Saya pun sempat juga tanya doktor sama ada Zarin dan Sofea dah boleh pergi sekolah atau nursery atau kami kena jaga dulu di rumah. Doktor kata insyaallah mereka dah pulih, dos ubat pun dah habis, jadi memang boleh dah pergi sekolah dan nursey. Alhamdulilah, lega juga, sebab cuti tahunan saya dah tinggal paras hidung. Nampaknya raya ni saya tak boleh cutilah. 

tak nak jalan, abang penat katnya

Sampai di rumah bukan main happy dua beradik ni. Kami pun happy jugak. Terasa syoknya dapat rebahkan diri atas tilam sendiri. Haaaahahahahahaha.. sampai rumah cepat-cepat masak nasi sebab Zarin dah lapar sangat. Tak sampai sejam makan nasi minta pulak nasi goreng sebab perut dia lapar lagi. 

Selasa (27 Mei) dia dah pergi sekolah. Namun lebih kurang pukul 9.30 pagi, cikgu call cakap dia muntah. Badan pun macam suam-suam sikit, muka pun pucat, sekarang tengah rehat kat bilik rehat di sekolah! Ya Allah, memang panik saya kat ofis. Cepat-cepat pergi sekolah ambil dia. Ya Allah, dugaan apa lagi ni??? 

Sampai di sekolah, tengok dia tengah praktis nasyid, nanti ada pertandingan. Dah ok katanya. Fuh lega! Jadi, saya bawak dia datang ofis saja.  Dalam kereta sempat dia bercerita

"Tadi masa berdiri, baca ikrar, selawat syifa', kaki abang rasa macam tak boleh berdiri, abang rasa pening. Tu yang abang muntah keluar bubble (air liur). 

Perkiraan saya, mungkin juga dia masih dalam proses nak sesuaikan balik rutin harian. Yelah, sebelum ni asyik terbaring saja. Apepun syukur sebab sepanjang di ofis dia ok saja. cergas, super duper aktif, makan minum seperti biasa. hahahhahahaha...Saja nak datang ofis mama ya??  Abang! Abang! bikin Mama Papa lari tak cukup tanah!

sempat pergi playground sebelum nama dipanggil

Rabu (28 mei), ada follow up dengan Dr. Salleh. Menurut doktor, Zarin memang dah pulih sepenuhnya. Alhamdulilah, Tapi berat dia memang susut. So doktor bagi vitamin dan juga pribiotik, untuk nak stabilkan balik perut dia. Sebab sebelum ni makan ubat dan antibiotik kan. 

Dia pun dah kembali ceria macam dulu, selera pun semakin bertambah. Apepun kami kena kurangkan aktiviti luar sebagai langkah berjaga-jaga.

Pesan Mama : Anak tak sihat adalah dugaan kepada ibu bapa. Sentiasa berfikir positif. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Kadangkala, orang boleh berkata apa saja tentang anak-anak kita. Ya, kamu-kamu tidak berada dalam 'kasut' saya. "Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. kalau kita simpan memang akan terkesan di hati". 

Salam Jumaat yang penuh keberkatan.  

3 comments:

  1. lega kalau anak dah discaj kan

    ReplyDelete
  2. Memang menakutkan bile baca Zarin muntah n nak pitam kat school..risau dia belum pulih sepenuhnya..Alhamdulillah semuanya dah kembali pulih n no more sakit-sakit lagi ye sayang..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...