Wednesday, May 14, 2014

hadiah yang sesuai untuk hari guru

Hari guru bakal menjelang tak lama lagi. Bila dah ada anak ni, mula terfikir nak bagi apa. Pening juga kadang-kadang. Huhuhuhuhuhuhu

Kalau zaman saya sekolah dulu senang saja, bagi sabun popinjay seketul, tisu sekotak, maggi, dan macam-macam lagi. Tapi yang glamer of course la sabun dan tisu. Muahahahahahahahha

Abang Zarin pun dah start tanya "mama, nanti hari guru nak beli hadiah apa kat cikgu abang. Cikgu sekolah (tadika) ada 5, cikgu school (taska) ada dua"

source: google

 Kalau tahun lepas last minit saya beli frame gambar saja. Tahun ni masih lagi berkira-kira ni. Yang glamer alat tulis, mug, frame, bunga, kuih-muih, dan barang-barang perhiasan. Ingat nak letak cookies dalam balang. Tapi oven rosak pulak. So kena cari alternatif lainlah.

 Kawan-kawan ada idea tak nak bagi hadiah apa yang sesuai. Bukan apa, sebagai menghargai jasa guru yang mengajar dan menjaga anak-anak kita. Tak kisahlah mahal ke murah ke, yang penting keikhlasankan?

Pesan mama : Tetiba teringat sajak " Guru, engkau umpama lilin yang membakar diri....." 

0 lovely comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...