Thursday, May 29, 2014

virus influenza A Kena admit

Sambungan daripada entri demam lebih 3 hari semalam. Lebih kurang pukul 2. 45 petang, Mr. Papa datang ambil saya di ofis, seterusnya ambil Sofea di nursery dan terus ke Sime Darby Medical Center Desa Parkcity.  Kami ke sini sebab berdekatan dengan rumah, dan Sofea pernah admit kat sini dulu. 

Boleh baca kat sini


Kami sampai di hospital lebih kurang pukul 3 lebih. Sampai saja, check suhu 39'C. Tunggu sekejap dan terus berjumpa dengan Dr. Sallehuddin. Cerita sikit sejarah demam Zarin itu, ini, dan bila doktor check, memang kena admit, mungkin 3-4 hari juga. Sofea pulak, saya tak check sebab dia sihat saja. 

Masih aktif walaupun suhu 39'C

adik pun tak ketinggalan nak main

Selepas itu, Zarin kena jalankan beberapa ujian iaitu, ambil sample kot hidung untuk kenal pasti virus, x-ray dan juga blood test. Zarin juga diberi ubat syrup untuk turunkan suhu. Masa ambil sample tisu kat hidung memang dia menangis sebab katanya sakit. huhuhuuhuhuhuhuhuhu.. Sementara tunggu bilik ke wad siap, results untuk kenal pasti virus keluar. Rupanya Zarin demam virus influenza A. 

Sebenarnya tak dapat nak pastikan virus ni Zarin dapat dari mana. Tetapi biasanya melalui udara, dan sesiapa pun boleh kena. Dr. pun ada terangkan sedikit sebanyak tentang virus ini. Dalam pada itu sempat juga saya google pasal virus ini semasa menunggu bilik siap. Semakin dup dap jadinya. Akhirnya kami dibawa ke wad paediatrics tingkat 7 bilik 706-1. Maka bermulalah kehidupan 5 hari 4 malam di sini.  

Tak lama selepas itu, Doktor pun datang untuk buat blood test dan pasangkan drip untuk air dan juga ubat-ubatan+antibiotik. saya hanya jaga Sofea, tak masuk kat bilik rawatan tu, tetapi dengar juga Zarin nangis dan cakap 

Naaaakkkkkk maaaamaaaaaaa!!!! 


huhuhu... kesian anak mama

Bila dah siap, dia kata tak sakit, tapi abang takut. heheheheheehhehe.. Tak lama selepas itu, Doktor datang lagi dan terangkan results x-ray pulak. Menurut doktor, sebelah paru-paru Zarin terkena jangkitan kuman, dan paru-paru itu dah seakan mampat (keras). Nak kata tak serius tu tak juga, cumanya kami bernasib baik kerana cepat datang ke hospital. Dalam sesetangah kes boleh menyebabakan paru-paru berair. (Minta dijauhkanlah Ya Allah)  Menurut doktor lagi, demam zarin tak baik-baik sebab dia demam virus+bakteria serentak.  Kesian dia.  Insyaallah, mereka akan lakukan yang terbaik dan tengok perkembangan Zarin macam mana. 


Budak kecik yang mula borink tak tau nak buat apa

Alhamdulilah, selepas minum ubat kali pertama semasa sampai di hospital ni, Zarin dah tak demam lagi. Syukur sangat. Yang lain-lain semuanya normal. Cuma kena teruskan antibiotik, ubat dan sebagainyalah. Malamnya pula Sofea pulak demam suhu cecah 38'C. Patutlah dia asyik merengek je. 


tempat mama dan sofea beradu. Mr. papa atas sofa. hahahahahhaha

Tapi Doktor pun ada pesan sebelum ni, mungkin akan jangkit kat Sofea. tapi memang kami tak ada choice, nak tak nak memang semua kena berkampung di situ.  Nak suruh Mr. papa jaga Zarin, memang Zarin tak naklah. Mr. papa bawak balik Sofea, menangis pulak dia nak tidur cari mama. Sudahnya bentang tilam.

Sofea yang risaukan kesihatan abangnya


Pagi Jumaat (23 Mei 2014), semasa doktor datang melawat, doktor memberitahu bahawa result blood test Zarin tak cantik sangat. Kalau bagi orang yang normal bacaan dia 10, atau paling tinggi 12 tapi Zarin 200 lebih. memang agak tinggilah.  Bila check dada dia ada pulak macam kahak, walaupun tak batuk sangat. Jadi kena ambil nubelizer dan Paru-paru semakin bertambah baik, dia pun dah semakin sihat. 

Sempat juga suruh Doktor check Sofea sebab demam semalam kan. Doktor sarankan agar sofea pun kena ambil sampel tisu kat hidung. Bila dah buat memang Sofea pun disahkan positif virus influenza A. Tapi Tak payah admit, cukup dengan makan ubat. Tambahan pula memang dia duduk sekali dengan abang kan.  


Masih risaukan abang walaupun duduk di taman

suasana malam dari kaca 706-1

Hari ketiga  terus berlalu. Dan alhamdulilah keadaan Zarin dan Sofea semakin bertambah baik. Hari ketiga dah stop nubelizer. Cuma drip masih la tak bukak-bukak. Memang kesian juga Zarin, terbaring je kat katil. huhuhuhuhuhu.. Syukur padamu Ya Allah. Kalau tidak memang risau sangat.

peneman setia.. huhuhu

adik abang tak dapat dipisahkan

sesi mewarna pulak

Hari keempat drip dah buka. Tapi on off. So dia bolehlah bebas bergerak sikit. Kalau time masukkan ubat memang kena pasang balik. Bila dah bukak tu, memang panjanglah langkahnya. Langsung tak lekat kat bilik, asyik nak main kat luar. Menurut doktor, hari kelima insyallah dah boleh balik. yeaaaaa!!!!! 

Bila tengok pesakit yang lain, rupanya ada juga beberapa orang yang kena virus influenza ni. Cuma ada yang kena influenza A, ada yang kena influenza B. Mungkin juga musim sekarang. Bila tanya nurse, dia kata memang ada yang kena influenza sebelum ni ,tapi jarang. Tapi nampaknya macam makin bertambah pulak. Mungkin musim kot puan. heheheheheh

* Semua ini saya terangkan dalam bentuk yang mudah difahami oleh saya yang bukan doktor ni. Sebab ada sesetengah perkara tu diterangkan menggunakan istilah-istilah perubatan. hehehehehehehehehehe... Rugi tak belajar pepandai dulu. ^_______^ hahahahhaahahhaaa

Pesan Mama : Bila anak tak sihat, mama dan papa kena kuat. Tak boleh nak tunjuk sangat kita down, sedih ke apa. Apepun terima kasih pada yang datang melawat kami.  


3 comments:

  1. Ya Allah! kesian zarin... tapi syukur lah dah beransur baik kan.... takut dengan kewujudan pelbagai virus sekarang ni.. macam2...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah keduanya bertambah baik..memang merisaukan kan baca semua penyakit Zarin ,doktor tu memang buat thorough check up ..Bagus..At least semua kita dapat tau..ada dengan takde..Alhamdulillah semuanya bertambah baik..Sofea tuu kenapa comel sangattt..Gerammm!!hehee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...