Monday, May 5, 2014

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014

Semalam kami berpanas-panasan di dataran merdeka sempena sambutan Hari bomba Sedunia 2014. Kalau bukan kerana dak Zarin memang tidaklah pepagi buta nak terpacak kat dataran Merdeka tu. Kisahnya  tadika Zarin dijemput untuk terlibat dalam Sambutan Hari Bomba. Mula-mula dapat surat dari cikgu terfikir tak nak kasi. Tapi bila dia macam excited nak pergi dan asyik bercerita mula hati goyah. Bila tanya Mr. Papa dia pun bagi green light. So sayapun benarkanlah Zarin join, walaupun berat hati. 

Masa hantar surat kebenaran waris tu, mulalah saya tanya macam-macam soalan. Risau kan. Lagipun sure nanti orang ramai, ditambah dengan keaktifan dak Zarin ni pun boleh tahan. Adudududduu.. Bila cikgu terangkan so lega sikitlah. Bila dapat jadual tengok-tengok kena berhimpun di sekolah pukul 6.30-7.00 pagi. 

So jom layan gambar abang Zarin sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia 2014. Oh ya, Tema sambutan kali ini ialah  "Inovatif dan Integriti Pemacu Transformasi." 

Zarin dan kawan-kawannya. 

Seronok dia dapat naik bas bomba bersama kawan-kawan. Bila saya cakap nanti mama ikut terus dia kata "Eh, mama tak boleh naik bas bomba lah. Mama mana boleh ikut".

Mama memang tak naik bas bomba, tapi follow belakang bas bomba. ^_______^.  Mama, Papa dan adik pun nak tengok Bomba juga. hehehehhehehehehehehe..

Sampai di Dataran Merdeka, terus tukarkan baju mereka. Siap uniform abang bomba lagi. hahahahahahahaha.. Serius comel-comel budak budak ni pakai. Bila berarak tu nampak cute sangat. 
Abang bomba dah sedia untuk berkhidmat


Abang bomba tak boleh posing macam tu nak oiiii!

 Alhamdulilah. Mood Cik Pea pun tersangat ok semalam, Walaupun mandi peluh jugalah. Kiranya ini pengalaman baru jugalah bagi saya. Jika sebelum ni, memang tak adanya nak pergi sambutan-sambutan macam ni. Tapi bila anak dah join, terus mama jadi Mamadom! hikhikhik

Cik pea yang senyum sokmo walaupun mandi peluh

Best dan suka sangat tengok gambar tiga beranak ni!


Entah apa yang dua beradik ni duk sembang! 


Sebenarnya bagus juga menghadiri aktiviti macam ni. Banyak ilmu baru yang diperoleh. Asalkan anak gembira, mama papa turut saja..walaupun baliknya pening kepala yang amat!

Pesan Mama : Selamat hari bomba dan Selamat bertugas Abang dan kakak Bomba :)

3 comments:

  1. encemnya abng bomba..bagus tu ikut aktiviti sekolah...kasi anak 'bersosial' dgn kwn2..ank2 seronok, kita pun seronok kan!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...saya blogwalking kt sini jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...