Friday, May 2, 2014

Seafood Fresh Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor

Makanan laut yang fresh agak sukar untuk didapati di kawasan rumah saya.  Kalau ke kedai runcit berhampiran, jika bernasib baik dan awal pagi maka akan dapatlah yang fresh, Ke pasar tani pun kami kadang-kadang pergi juga. Tapi rasanya lebih kerap ke Pasar Pasir Penambang ni. 

Oleh sebab itu, setiap kali balik Terengganu dan Kedah, pasti akan beli udang ke, sotong ke ikan ke yang fresh. Begitu juga jika famili saya datang. pasti bawa seafood ni. ehehehehehehe.

Jarak Pasir penambang dari rumah saya lebih kurang 45 minit- 1 jam kot. Alang-lang dah ke sana mulalah singgah beli cendol bakarlah, karipap gergasilah, dan juga Singgah makan mee udang banjir. 

Sebenarnya tak adalah apa sangat nak dibeli, tetapi bekalan ikan untuk Sofea hampir habis. Jadi terus kami ke Pasar Pasir Penambang ni. Tapi almaklum sajalah, bila dah sampai terus rambang mata jadinya. Dan inilah hasil tangkapan kami. (penat menebar pukat tau!)

Ikan pari + Sotong

Udang + ketam bunga

ikan merah

ketam nipah.. scary weh

ikan temenung, singgang sedap ni! 

Serius sebenarnya ikan pari tu terbeli. Tatau nak masak apa. Mungkin bakar ala portugis aje kot. Dan paling rasa terkejut bila beli ketam nipah ni. Ya Allah masa tengok dia, scary weh. Duk menguek-menguek lagi. Dah lah cengey. Bila acukan barang lalu kot badan dia terus macam nak terkam orang. 

 Sempat jugalah saya bertanya orang yang jual tu macam mana nak matikan ketam ni bila nak masak. Tengok kepit pun seram. Kalau terkepit jari sure tercabut isi kot. Hahahahahaha.. Katanya, just letakkan dalam air batu, kejap je pasti mati. Oh senang saja. Alhamdulilah. Tapikan, kesian juga bila tengok mata dia duk kelippah - kelipah tengok muka kita. sob-sob. 

Bila bincang-bincang dengan Mr. papa, kami akhirnya pilih untuk masak ketam telur masin. Serius sedap. Sebelum ni order ketam kepit besar ni kat Fatty Crab. Tapi lainlah cara masaknya, yang ni lebih kepada lidah Melayukan.  Mr. papa kata kalah fatty Crab. 

ketam nipah telur masin

nyum-nyum
 Dan abang Zarin pula kata,  So good mama! Makan nasi siap bertambah. Tapi masa tengok ketam ni hidup lagi, mencecet lari takut. Nanti ketam tu gigit abang! Aduiii... Takut-takut pun pergi tengok. Bila ketam tu menguek bertempik lari. Abang..abang! 

Hari ini pagi-pagi lagi dah cakap, "mama abang balik school nanti mama masak Mr. Crab macam semalam lagi ok? nyum-nyum!"... sambil gosok perut. Suka dia. 

Sebelah malamnya, dalam pukul 9, dua beradik tu minta nasi. Sofea bila dah start tarik high chair tu sambil duk sebut 'Allah..Allah" tu maknanya nak makanlah. So sebab lauk ketam dah habis, jadi saya pun masakkanlah ikan merah asam kicap ni. Berselera dua beradik tu makan. Oh ya, Sofea saya belum suap ketam, udang dan sebagainya.. Hanya ikan dan ayam sahaja. 

ikan merah asam kicap

Mmmm, bila ada yang bertanya murah ke seafood kat pasar pasir penambang ni. Pada pendapat saya, nak kata murah sangat tu taklah. tapi rasanya berbaloi pergi kalau nak dapatkan yang fresh. Tapi frust sikit kali ni sebab mentarang tak dak. Belum musim katanya. Sob-sob

Pesan mama : seronok tengok suamid an anak-anak makan dengan berseleranya :) 

3 comments:

  1. huwaaa nangisss tgk ketam masak masin tuh...terliur nyerrrrr....

    ReplyDelete
  2. Akk sebulan sekali kesini sis..mmg betul..nak kata murah tu tidak jugak kan...kalau kat kedai2 kecik mmg boleh dpat lagi murah dari sini..tapi sebab kesegarannya tu...

    ReplyDelete
  3. sedapnya ketam weih! pari kak biasa bakar je..buat air asam kicap..hiihihi..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...