Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

Selamat hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru di malaysia. Tak terlupa ayah mertua Saya Cikgu Ishak Md. Shah :)

Source:FB

Hari ini kat sekolah dan nursery abang Zarin ada sambutan hari guru, sebagai meraikan dan menghargai jasa guru-guru. Saya pun tidak ketinggalan membelikan hadiah untuk semua cikgu-cikgu yang mengajar dan menjaga Zarin dan juga Sofea. Kat Sekolah ada jamuan dan saya buat agar-agar santan sahaja. Tak sempat. tu pun pukul 10.30 malam baru nak buat.

Untuk cikgu sekolah, pokok bunga ikea saja. Hehehehehehehe...


Yang ni untuk cikgu nursery + mama jugak, tudung bawal aidijuma.


Harap cikgu-cikgu suka hadiah yang tak seberapa daripada abang Zarin dan Sofea ini.


Abang Zarin tanya, "Kenapa mama beli jugak tudung untuk mama. Ni kan untuk hari guru abang."

Mama balas, "Mama pun cikgu abang jugak, mamakan selalu ajar abang baca, tulis." Tet! Tetaplah nak jugakkan. Muahahahahahaha

Terima kasih cikgu-cikgu kerana mengajar, mendidik dan menjaga anak-anak saya dengan baik. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. 

Selfie itu terapi

pagi tadi tanya Mr. papa, ok tak saya pakai tudung ni? Ada rupa Datin juma dak? kehekehekehekeh..

jawapan Mr. Papa : Diam seribu bahasa. Senyum meleret saja. Mungkin dalam hati berkata "Oh perasannya bini aku ni! takpun Jauh langit dari bumi!"

cissss!!! baru je nak fefeeling Datin Juma. lalalalalalalalalalalala

Pesan Mama : Selamat hari guru juga untuk semua kawan-kawan. Kita pun tetaplah guru untuk anak-anak kita. 

3 comments:

  1. cantik nyer cikgu ida..ahaksss..comeyyy :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Gurun buat semua guru-guru kat Malaysia ni..pokok bunga tu simbolik sangat..suka dengan hadiah cam tu..hehee..Untung Cikgu Zarin n Sofea dapat Tudung Juma..Glemer gitu..hehee

    ReplyDelete
  3. bestnyer cikgu zarin dapat pokok bunga...hehe selamat hari guru

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...