Monday, June 2, 2014

cooking with love

Nampaknya kena ada segmen kumpulan resepi seminggu idazs family la pulak lepas ni. Ahahahahahahaha... Bila dah bergelar isteri dan ibu ni, perkara yang penting bagi saya ialah memastikan anak-anak dan suami menikmati air tangan saya. Walaupun tak setanding masterchef pun, cukuplah sekadar masterchef dihati suami dan anak-anak. 

Boleh dikatakan hampir setiap petang saya akan masak. Kadang lauk yang simple, kadang yang renyah sikit, ikut permintaan. Sampai di rumah dah pukul 6.15 petang (paling lambat), buka tudung, tukar baju terus bersilat kat dapur. Sebolehnya saya akan pastikan saya siap memasak pukul 7.30 petang, paling lewat pun pukul 7.45 petang. Bila semua dah siap barulah saya mandi dah sembahyang maghrib, selepas itu makan bersama-sama keluarga. 

Inilah antara hidangan kami minggu lepas. Cooking with love gitu. Ahaks!!!!

Laksa terengganu kuah putih 

kuih buah boom atau paung goreng

ko teow ladna, eh ke ko teow hailam, terlebih kicap. belasah je lah.. hikhikhikhik

lauk simple, ada yang bergoreng, kuah dan sayur :)

Sambal kerang

Sambal tempe ikan bilis

cik pea yang sungguh berselera. Siap buat ummm...nom..nom..nom.. lagi

Abang Zarin, sangat susah nak snap gambar dia.Tapi bila gambar dia takde mula sentap nanti

cik pea lagi, nak makan sendiri je sekarang. Siaplah mop, penyapu, dan cham lepas ni. eheheheheeheh

Sejujurnya, saya memang amalkan makan bersama-sama. Jangan ada sorang pun buat nasi malaya (cedok lauk makan depan tv). Sungguh saya tak gemar sangat. Nak makan biar sama-sama. Saya bernasib baik kerana Mr. papa jenis ringan tulang. Nak harapkan saya sorang??? Matikkkkkk!!!! Saya masak, dia kemaskan. Kadang sambil-sambil masak saya cuci-cuci juga. Kadang tak sempat. Adat dalam rumah tangga, mestilah ada tolong menolongkan. 

Pesan Mama : Apa yang penting! KERJASAMA! eh macam wonderpet pulak. ^____^

3 comments:

  1. Wah meriah sungguh lauk pauk kuih muih yg Idazs masak ye.. rajin betul kedapur tu :)

    ReplyDelete
  2. yup..setuju dgn makan 1 family nie..kene amalkan selalu

    ReplyDelete
  3. tgk koew teow ladna tu terus terasa nk ke psr mlm nnt beli bahan2 basah.Sy pulak hr bekerja masak time subuh mmg siap2 masak utk lunch anak2 balik sklh dan cuti sklh ni pun masak subuh gak utk dorg.ptg masak simple2 je kalau lauk tghari habis

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...