Thursday, June 12, 2014

D'herbs Lipstik Collagen..Terlajak Laris!

Ahaks.. Sebelum nak buat entri ni nak gelak dulu. Sebelum ni selalu juga nak tergelak bila dengar perkataan Terlajak laris ni. Pernah suatu masa seakan jadi fenomena pula bila semua orang guna ayat terlajak laris ni! mana-mana hashtag pun ramai yang tulis terlajak laris. hahhahahahaha.. 

Tapi sekarang jangan tak percaya, iolls dah terjebak dengan produk terlajak laris uolssss! Ahakssss.. Mula-mula just try yang kawan punya, tapi rasa best pula. Apepun jom baca apa itu lipstik collagen ni. 

Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita !
Bibir kering ?
Lipstik tidak tahan lama ?
Mengelupas ?
Sensitif ?
Gelap, tidak menarik ?
Jangan bimbang! Dengan lipstick rawatan De Herbs, anda akan memiliki bibir seksi, mungil dan kemerah-merahan secara semulajadi…



 Pelbagai faktor boleh menyebabkan warna bibir nampak kusam, tidak menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakanLipstik Collagen Treatment, masalah bibir tidak berlaku lagi.

Khasiat Lipstik Collagen Treatment
Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
Melembapkan bibir yang kering dan merekah.
Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.


Apa yang menarik perhatian saya tentang lipstick ini ialah *Boleh digunakan sebagai pemerah pipi* itu saja fokus saya. 

Serius masa saya cuba tu risau juga, sebab dia berubah ikut warna darahkan. Mula-mula pakai tu kami dah tergelak dan terfikir adakah nanti dia akan lagi merah, lagi merah, dan lagi merah. cuba bayangkan tetiba pipi kami jadi merah bulat sebijik macam clown tu. hahahahahahaah (ni imaginasi tak berapa waras kamilah). Padahal tak pun. Saya lepas pakai tu siap sapu bedak lagi biar tak merah. 


Try sekali tu, saya rasa macam terjatuh cinta pula. Apalagi teruslah order. Pemerah pipi tu just nice dengan pipi saya. Nampak la sikit macam tomato baru nak masak. Bukan tomato masak ranum ya. hahahhahahahaha..  Pastu dia macam melekat kat pipi dan berminyak sikit kat kulit, nampak fresh. Tak nampak macam berkepuk kat pipi. So far rasa best sangat. Nak pakai pun mudah. Dua dalam satu senang dibawa ke mana-mana. 

Pesan Mama : Oklah, itu sahaja nak kongsi. Saya ada juga baca beberapa review yang kata berkesan untuk bibir. Kalau ada yang berminat bolehlah ke stokis Dherbs ya. Terlajak laris! Ahaks.. Harga pun memang mampu miliklah. RM25 ja. 

Oh ya, tak sempat nak BW ke blog kawan-kawan. insyaallah malam nanti saya BW ya :)


8 comments:

  1. IDAZS dah cuba ehh? macam best je..teringin gak nak cuba..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru dua tiga hari cuba ni mamavogue..so far rasa mcm best je...harap sesuai la..

      Delete
  2. hahhaha..boleh lah jadi model d herbs lps ni.... lipstick kak baru je abis...apakah....apakah ini suratan atau kebetulan? entri awk ni mengajak kak beli d herbs kah? ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kak diey..terlajak laris! Saya tgh cuba ni..tp utk buat blusher la..mana tau kalau pakai nanti pipi jadi gebu gebas montot ...kikiki..nanti saya review ya..

      Delete
  3. Hehehe..xleh dgr betul ayat terlajak laris nie..mesti terbayang muke pengasa dherbs..kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula falsya...tak tahan betul dgr suara org dlm iklan dia..terlajak laris! Terbahak bahak ketawa...eh pengasas tu sama dgn org dlm iklan kan...

      Delete
  4. MIL aida pon ada beli lipstick ni..tapi tak tau pulak kelebihan dia..nanti Ida buat review eh..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Baru skali calit kat bibir...bibir terus jadi pink...satu hari....n nmpk mcm natural gitu...ni lah warna lipstik yg paling best...wrna darah sendiri

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...