Tuesday, June 10, 2014

Kalau dah anak perempuan kan

Sebelum ni, tak kisah sangat pasal aksesori kan. Maklumlah anak lelaki. Tetapi setiap kali keluar memang ngintai juga kat barang-barang perempuan. Namun bila dah ada anak perempuan ni memang tak dapat lari dari membeli pelbagai aksesori rambut yang kiut miut ni.
 
 
 

Pelbagai jenis juga yang beli, klip, sepit, cekak, getah dan sebagainya. Tapi setakat ni Sofea lebih suka pakai klip, sepit dan getah. Memang wajib ada dalam beg toiletries ke nursery dia. Cekak pun ada, tapi dia tak berapa suka.

Sebenarnya cikgu-cikgu di nursey dia pun suka belikan juga. kadang-kadang rasa termalu pula bila ambil sofea ada saja klip, sepit, cekak getah baru. Bila ditanya berapa RM ni jawapan cikgu dia

"Eh, tak apa kak, murah je, saja beli untuk Sofea. Saya memang suka beli benda-benda gini. Sampai rambang mata nak pilih!"

Apepun terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu Sofea dan Zarin. Dan Alhamdulilah, setiap kali ambil sofea di nursery memang rambut dia sentiasa kemas bertocang. Macam-macam gaya ada.




Sama juga macam brooch, belilah banyak mana pun tetaplah hilang. Beli sepasang esok tinggal satu saja. beli lagi sepasang, hilang lagi. Adoiiiii.. Walaupun dah ada beg khas untuk aksesori dia ni. Lagi satu bila ada anak perempuan dalam hanbag mesti ada sikat dan beberapa jenis aksesori rambut ni. hikhikhik...




Dan Sofea pula, alhamdulilah dia suka ikat rambut. Jaranglah dia nak bukak ke apa. kalau keluar saya suka ikat tocang dua, sebab nanti dia duduk di stroller tak sakit. Kadang-kadang biarkan saja, hanya klipkan di depan biar tak cucuk mata.
 
Mula-mula ingat nak potong, tapi Nampak Sofea macam selesa je dengan gaya rambut sekarang, so nanti dululah. Cuma biasa potong rambut depan saja, bagi tak cucuk mata. Tapi itulah, duduk tak diam senget benget jadinya. Yang belakang tunggu besar sikit baru nak gunting. Kalau tak sure jadi bertingket-tingket aka layer.
 
Pesan mama : Sesiapa ada jual aksesori rambut untuk baby atau tahu kat mana yang best  jangan lupa tinggalkan link ya. Tq

13 comments:

  1. comelnye lahai sofea ikat rambut pakai sepit..my doter skang nie rambut tiada lagiii sooo terpaksa simpan angan2 nak pakaikan sepit n ikat rambut..

    *suke sebenarnye tgk anak perempuan ikat rambut and pakai sepit..cuteness overload..;D*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Falysa boleh pakai headband yang tgh meletup sekarang ni. Comel-comel. Tunggu dak tembam tu besar sikit sure mama rambang mata nanti. ;)

      Delete
  2. sama dgn cikgu syakirah sufiya..penuh beg dibeli nyer mcm-mcm getah dan sepit!

    ape punnnnn dari dulu aunty gerammmmmm sgt dgn rambut sofea tau!lebat kemainnnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, syukur anak-anak kita dapat penjaga yang baik. alhamdulilah..

      Mama pun pening tgk rambut dia ngikut gen sape pun tatau. hahahahaha

      Delete
  3. Comelnya..!!
    Lama tak tgk sofea, makin comel anak dara ni..
    Rambut lebat mmg kena la dgn segala aksesori tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mamavogue..kalau aksesori budak-budak ni memang rambang mata sokmo. cute semuanya

      Delete
  4. alahai..comey2 nye...bestkan..tp anak sy jenis xsuke kepit2 rambut or reben2 nie..kalau tak..dah lama buat koleksi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ila. Sofea mungkin dari kecik dah biasa ikat n kepit rambut dia. Tu yang dia ok.

      Tapi kalau angin puting beliung dia ikat kejap terus dicabut

      Delete
  5. bila la nak beli sepit rambut comel2 jugop ni....mcm mana la rupa anak perempuan kak nanti ..eh.. eh..eh. eh?? ??...;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem-ehem kak. tahun depan jom!

      Delete
  6. menyampah rasa tgk sofea...sbb badan ketak2 dgn rambut comel!!! rasa nk penyet2 pipi dia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi.. samalah macam auni tu.. Pipi tembam mata bulat.. cute!!!!

      Delete
  7. Bestnyaa ada ank pompuan boleh tocang-tocang..hihihi..Medina ni bila lah nak tumbuh rambut tah..ni nak botakkan lagi sekali,mana tau lepas ni lebat..hihii..nasib baik Sofea sporting je kan pakai sepit segala..gud girl..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...