Friday, June 27, 2014

Mamypoko murah!

Semalam terlintas di wall FB pasal promosi tesco. tetiba terpandang mamypoko ni hanya RM39.90. Wahhhhhhh!!!! Penjimatan berganda ni. So terus whatapps Mr. Papa ajak pergi tesco petang ni. Ditambah lagi stok pampers sofea dah nak habis. Rasanya last beli bulan March dulu. So bila ada promosi macam ni memang boronglah! 

Alhamdulilah, semalam masa di tesco nasib baik stok untuk pampers ni masih banyak. Lagi best bila takde limit. Belilah banyak mana pun. Yeaaaa!!!! Memang rasa berbaloi sangat. Iyalah, sekarang semua benda mahal. Kalau tak bijak bershopping memang terasa jugaklah. 



Paling best jugak bila pampers Goon pun RM39.90 je. Oh biasa susah pampers ni nak turun harga ok! Tapi stoknya tak banyak. Hanya ada 4 pack untuk size Sofea. Oklah, dari tak de langsungkan. Suka-suka! penjimatan berganda lagi! 

Pesan Mama : So kepada ibu-ibu yang menggunakana jenama Mamypoko dan Goon untuk si manja, jangan lepaskan peluang ke Tesco ya! Promosi ini sah sehingga 29 Jun 2014! jangan lupa singgah di Tesco ya! selamat memborong. Boleh buat stok untuk 3-4 bulan ni. ehehehehehheehehe



2 comments:

  1. goon tu ada berapa keeping kat dalam n berapa rm?

    ReplyDelete
  2. wahh memang murah sangat..boleh borong kan Ida..semalam Aida tengok kat Giant RM53++ harga dia..huhuh

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...