Monday, June 30, 2014

Ramadan 1 : Ayam goreng berempah

Salam ramadan. 

Berbuka apa semalam dan hari dah fikir ke nak masak apa? Semalam hari pertama puasa so rajin sikitlah masak. Kebetulan juga semalam adik ipar dan sepupu-sepupu yang bujang pun datang berbuka sekali. alhamdulilah, meriah sikit waktu berbuka. Takla kelip-kelip empat beranak. 



lepas ni tak payah beli nasi kukus dah. hehehehehehe

Menu kami semalam ialah

1. Nasi daging (nak resepi boleh klik)
2. Ayam goreng berempah (nak resepi boleh klik)
3. Air asam kerisik  (nak resepi boleh klik)
4. Salad sayur (macam makan dengan nasi arab tu
5. Kurma telur
6. Agar-agar santan (nak resepi boleh klik)
7. buah tembikai - wajib setiap hari
8. kurma- wajib setiap hari juga
9. Air ribena
10. Air soya cincau

tembikai... tergoda sungguh!

Alhamdulilah, walaupun bulan puasa, masak tetap secukup rasa, tak terlebih masin ke tawar ke. Tunggu je la nanti. Confirm ada juga terbabas rasa ni.

Pesan mama : Alhamdulilah, zarin pun dah start belajar puasa. Kami pun tak adalah nak paksa dia sangat. Puasa seikhlas hati kekdahnya. Macam semalam tengah hari dah makan, lapar. Tak pe nak, lain kali cuba lagi ya. Ada lagi yang wajib perlu dilaksanakan. 

Mula terfikir petang ni nak masak apa. Hari kerja menu simple saja. Nasi + 1 lauk kuah + 1 lauk bergoreng + sayur. Ai is perut nasi. So memang setiap hari nasi la kot.

Harap Sofea tak meragam petang ni. Kalau tidak minum air dululah jawabnya. hehehehehehehe

2 comments:

  1. wah mcm2 juadah ada tapi sy fokus corak meja tu cantik

    ReplyDelete
  2. Wahh banyaknya Ida masak..ada orang nak datang wajib kita excited buat macam2 kan..sama jugak dengan aida..pulun kat dapur..tapi letih gileee..huhuhu..takpelah..janji dah taknak masak dah lepas ni..penat..boleh tak gitu..heheee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...