Tuesday, July 1, 2014

Fitflop SuperJelly

 Selepas balik kerja, kami nak ke Tesco beli barang dapur. Semasa nak keluar kereta baru terperasan yang fitflop saya sebelum ni hanya tinggal sebelah sahaja! Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!! Sedih tau. Jenuhlah saya geledah kereta cari. Saya memang jenis sarung fitflop ni ke mana-mana dan tinggal dalam kereta, dah sampai destinasi baru tukar kasut lain, kadang tak tukar pun. 

Bila dah tak ada teruslah terkejut. Cepat-cepat tanya Mr. papa. Rupanya sebelum ambil saya dia pergi basuh kereta. Mungkin masa basuh tu orang tu terambil sebelah selipar saya dan termasukkan ke dalam kereta lain di sebelah kereta kami. Sebab Mr.papa dah pergi tanya, tapi derang pun tak tahu. Ye la mungkin derang pun tak perasan. Kata mereka kalau ada tercicir mereka akan simpan. Nak kata cicir kat tempat lain rasanya memang taklah, sebab memang tak ada orang yang akan buka pintu sebelah tu, apatah lagi nak usik kasut sayakan.  

Emmmm...Anggaplah tak ada rezeki kata Mr. Papa. Lagipun selipar tu dah lama juga saya pakai. Mungkin nak bagi saya beli yang baru, sebab tu dia hilangkan sebelah. kalau tidak sampai lunyailah saya pakai! tambah Mr. papa lagi. 

Tapi serius, walaupun dah lama saya pakai, tapaknya dan semuanya masih  tak jejas pun. Sedih tau! sob-sob. berkali-kali pesan kat mr. papa kalau rajin pi jenguk jenguk kat tempat cuci kereta tu, mana tau orang tu pulangkan ke. Bukan sepasang yang hilang, sebelah je kan. Hikhikhikhik.. Entah apa-apa saya ni. Tetap tak boleh nak terima hakikat tu.  Sebelum ni saya pernah juga hilang selipar Teva, sepasang terus, lepas cuci kereta juga, tapi kat tempat lain. Emmm, bukan rezeki kita, nasihat Mr. papa. 



Cantik-cantik, macam-macam color ada

Bila kita dah selesa dengan sesuatu brand, beli yang lain pun pasti takkan sama. So nak taknak kenalah cari pengganti. Kebanyakan design fitflop adalah sama dengan yang saya tengok sebelum ni. Jadi tak ada yang berkenan sangat. Tapi baru-baru ni saya singgah kat Bratpack Publika, terpandang pulak fitflop superjelly ni! serius berkenan. 

Tapi warna dan size tak banyak yang ada. Saya berkenan colour biru, tapi dah out of stock! Memang selling fast sungguh. Jadi saya tak jadi beli nak tengok kat tempat lain dulu. Jadinya saya pun pergilah ke beberapa kedai termasuk parkson yang jual fitflop ni. Tapi tak ada pulak design ni. Yang ni latest design katanya. Nak pergi Bratpack OU dah malas, di tambah dengan nak raya ni kan. pastu patah balik ke Publika. 

 Yang ada size 8 hanya  warna hijau dan oren. Mr. papa berkenan color oren, begitu juga dak Zarin. So saya pun pilihla oren, daripada hijau tu. Oren nampak muda, hijau nampak macam orang tua sikit kata Mr. papa. ^___________^

kasi close up sikit

Alhamdulilah, dah ada pengganti walaupun si oren. Serius best yang ni. Waterproof gitu. hahahhahahahaha.. paling tak tahan harganya adalah yang termurah berbanding dengan yang lain. Yang penting selesa. Oh yang ni bukan selipar raya ya. ahahahahahahahahaha.. nyampah betui bila selipar hilang time nak raya, lari bajet aii!!! Nak beli high heels dah terbeli yang ni pulak. 

Yang ni boleh adjust ya, Mr. papa kata nanti kalau mama gemuk kaki bertambah kembang bolehlah besarkan bagi tak ketat! Amboiii mr. papa, bukan main ya, you kata nanti ai gemuk! Ai susah nak gemuk selain dari pregnant ok! tet!!!!  

Dan sempat juga saya pesan kat Mr. papa, lain kali kalau basuh kereta jangan lupa check semua kasut saya ya. ehehehehehehhe

Abang zarin kata "mama, orang yang ambil kasut mama tu dia taknak pulangkan kasut mama, kan. Dia suka kasut mamakan". hehehehehehehe.. iyakan sajalah nak oiii. Mama pun tatau mana cicir sebenarnya. hahahhahaha

Pesan mama : Peminat fitflop jom dapatkan superjelly ni. Pasti puas hati. Erkks, mr. papa nanti ai nak color biru boleh? bila ada stok eh! ^___^

8 comments:

  1. Santek santek..fitflop kite tuh kesian die terabai..time preggy je duk menyarung..skang nie boleh kire berapa kali pakai..;)

    Mesti xpuas hati kan bile barang kite suke the most dh xde..pssttt, ade terdetik x nak gie crk kete yg mungkin ade sipe tuh..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang pakai fitflop walau ke mana. pakai juga yang lain, tapi tak selesa yang ni. nak tak nak kena cari jugalah.

      hahahah.. tanya juga mr. papa, tapi dia cakap tak ingatlah kereta apa. ahahahaha.. giler bersungguh bini dia nak cari selipar .. hahahahah

      Delete
  2. Wahh cantik jugak flitflop ni tapi aida tak terbeli pulak..masih setia dengan crocs..eceh..tapi kalau dah hilang, memang terpaksa cari gantinya jugak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. crocs pun memang selesakan. saya pun suka juga. kadang-kadang tukar tukar, tp kalau nak ke kedai lebih suka sarung selipar macam ni.

      Delete
  3. next time ,before g cuci kete kena kuarkan brg yg kita syg..haha kalo tak sia-sia ja owang terambik hehe.
    Cantik!! mak saya suka lah kasut pesen gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahla.. next time kena wat gitu lah. Haaaa, apa kata hadiahkan kat mak, sure dia suka tu :)

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...