Tuesday, July 1, 2014

Ramadan 2 : batu belah batu bertangkup!

Ramadan kedua tragis sedikit. Ahahaha, tragis la sangat. Memandangkan saya balik keje pukul 5.30 lagi, jadinya sampai rumah lebih kurang pukul 7.15 pm, jalam jem giler kot.. biasa pukul 6 petang dah sampai. Sampai dah time nak berbuka, ape benda pun tak prepare lagi.  Makanan di PARAM pun tak beli. aduiiiii!!! 

Duduk kejap azan pun berbunyi, kami just minum, makan kurma dan juga agar agar santan yang masih berbaki. Selepas itu saya teruslah ke dapur. Menu untuk ramadan 2 ialah :

1. Nasi putih
2. sambal udang
3. sayur kubis goreng
4. ayam goreng
5. Chicken wrap (Mr. papa makan ni, dia masak sendiri)

Masak pung pang pung pang ditambah dengan sofea yang dah sepahkan dan picitkan anggur, lenyekkan tembikai kat lantai... Sepah la nak oii, nanti Mr. papa Mop. Muahahahahahahah..

Dah siap masak lebih kurang pukul 8 malam. Zarin dah tak sabar nak makan dan duk ratah udang sambal. saya terus mandi dan sembahyang maghrib. lebih kurang pukul 8.20 malam baru nak makan. 

Tapii.... ada tapiiiii....

Bila nak makan, tengok sambal udang lebih kurang 15 ekor kot, size pun besar juga sudah habis dimakan oleh abang Zarin! Berselera sungguh dia. Tak sangka makan banyak macam tu. Ayam goreng tak diusiknya pula. 

My chentahati


Bila dia cakap "udang dah habis abang makan, sebab sedap. Kalau mama nak mama ambil yang ni. (Ada sekor lagi yang belum diusik). Mama marah abang tak sebab makan sampai habis? mama sayang abang tak?

Haishh la anak teruna sorang ni. saya membalas, mama tak marah pun, abang sukakan? lain kali mama masak lagi. mama makan ayam goreng ni.

Dan bila saya tengok Mr. papa makan chicken wrap, terus tanya, mana saya punya??? Katanya dah habis, dia buat satu je! huwaaaaaaaaaaaaaa!!! sedih sungguh rasanya.

Terus saya cakap kat Mr. papa, dah jadi macam batu belah batu bertangkup dah saya hari ni. semua takde, semua habis.

Balas Mr. papa "Esok kita buat lagi ya".

Pesan mama : Harap hari ini, saya tak sampai lewat, sebab dah tukar waktu ke WP2

3 comments:

  1. Selamat menjalani ibadah puasa :)
    alahai,s emuanya dah habis.. tak ape, dimakan oleh insan yang tersayang kan :)

    ReplyDelete
  2. Bertabah lah idaz.. dah habis nak buat cam mana eheh :)

    ReplyDelete
  3. sama la WP2 tapi sampai umah 6.45 .. huwaaa...fenattt...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...