Wednesday, July 2, 2014

Ramadan 3 : Puteri Mandi Lulur dan Akok Collagen

Alhamdulilah, bila tukar Waktu  ke WP2, saya sempat sampai rumah pukul 6 petang. Tapi jalan tetap juga jem ditambah dengan hujan lebat kilat petir berdentum. Tapi eloklah dari hari sebelumnyakan. Ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk masak juada berbuka. 

Oh menu saya semalam simple saja iaitu :

Puteri mandi lulur

1. Kue teow ladna (permintaan abang zarin ni, kalau ikut mama dia, nak nasi jugak)
2. kuih akok
3. kuih puteri mandi
4. Air soya cincau
5. kurma

Kuih puteri mandi memang kuih kegemaran saya. Sebenarnya boleh nak buat sendiri, tapi susah nak jumpa nyiur muda. Yang ada dan jual kat kedai semua dah kertu, tak sesaui untuk salut puteri mandi ni. hehehehehehehe. semalam masa beli kat cafe pun ramai yang duk cedok salutan kelapa tu. Sudahnya banyak puteri mandi lulur dan togel. Ada juga yang bisik kat saya kata ni kuih kepek hidung! hihihihihihihihi.. sungguh menarik nama kuih melayu kitakan :)

Jadi semalam menu simple, pukul 7 baru start masak. Sampai rumah terus potong-potong sayur, siang udang sotong segala bagai. Dapatlah peluk-peluk budak buchuk masam Cik Pea lama sikit. Kalau tak jenuh juga. 

akok collagen - sebab macam kurang kedut je

Manakala akok pula, saya bukan peminat sangat, tapi setiap kali bulan puasa, ofismate jual dan saya tersuka pula sebab tak manis dan tak bau hanyir. Tapi ada yang cakap kalau nak akok sedap tengok pada kedutnya. eh, tak pandai pulak saya. Tapi yang ni macam kurang je kedutnya. Akok collagen kot eh! Muahahahahhaa

Bila berbuka dengan kue teow, lepas makan perut mula rasa luga (bahasa terengganu ni) bahasa standard tak tahulah apa. Sudahnya nasi juga yang dicari. hehehehehehehe.. 

Pesan mama: kawan-kawan masak apa petang ni? saya ingat nak masak nasi lauk ayam goreng, sayur campur dan juga sotong masak kicap. 

5 comments:

  1. alahaiiii sedap nyerrrr puteri mandiii...grrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la beb, aku sebiji semulut! sedar sedar habis.. nyum nyum

      Delete
  2. Replies
    1. aah hayati. tapi kalau di pantai timur memang selalu ada kalau tak silap.. :)

      Delete
  3. Akok!!sedapp..hehe..aida sampai sekarang tak jumpa lagi Akok sedap..kat PARAM pon tak jual asangat..huhuhu..Rajinnya Ida masak..Aida memang tak sempat masak kalau kerja..plus tak larat.. *Alasan..hheee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...