Thursday, July 3, 2014

Ramadan 4 : Sotong Masak Kicap

Alhamdulilah, sehingga hari ini kami masih lagi memasak lauk pauk untuk berbuka. Alah, menu yang ringkas-ringkas sahaja. Bukan taknak terjah PARAM, tapi nanti lebih banyak komplen dan membazir. Jadi untuk elakkan hal sebegitu, masak sajelah ya, walaupun hanya sekadar sotong masak kicap. 

Menu berbuka kami semalam ialah
1. nasi putih
2. Sotong masak kicap
3. Sayur campur
4. ayam goreng
5. Ikan pekasam goreng
6. Cabai jeruk arab
7. Bubur keledek (beli)
8. Air ribena
9. kurma

sotong kicap

Alhamdulilah, semalam sampai rumah pukul 5.30. Jadi sempatlah juga golek-golek dulu dengan anak-anak. Biasanya sebelum saya ke ofis, saya dah keluarkan dulu lauk pauk, letak di peti atas, (supaya dia cair) balik nanti just masak ajelah. Jimat masa. Tapi bawang sayur-sayur saya potong bila nak masak petang tu. Ada juga kawan-kawan saya yang potong dan blend siap-siap. Memang lagi mudah kalau macam tu kan. nampaknya weekend ni lah nak siang bawang dan belnd siap-siap. ehehehehehehe.. ye ye je kan.. padahal nanti tak buat juga >_<


sayur campur krup krap krup krap

Hari ini masih lagi buntu nak masak apa. Dalam esbok pun takde apa juga. Kena singgah publika la gamaknya ni, beli stok bahan mentah dan sayur mayur. Takpun masak sambal sardin, sedap jugakan :)
Harap-harap jalan tak jemlah hari ni. 

Pesan mama : Alhamdulilah, setakat ini rasanya kuih-muih yang beli semuanya habis. Tidak ada istilah pembaziran! Bagus, teruskan lagi untuk hari- hari ramadan yang seterusnya ya :)

4 comments:

  1. Tergoda tengok sotong masak kicap Idazs ni...
    Masak sendiri tu yg sedapkan idazs..:)

    ReplyDelete
  2. nyum nyum..sotong masak kicap tuh sedap nye........

    ReplyDelete
  3. petang ni nak masak syur campur gak la.cantik gambar tu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semoga pembaziran dapat di elakkan..aida pulak hari2 buka puasa kat rumah MIL..so memang tak pergi PARAM, masak pon tak..memang teruk!hehee..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...