Tuesday, August 5, 2014

kesihatan masih terganggu

Assalamualaikum. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk semua kawan-kawan. Rayakan sebulan. eheeeeeeeee..

Beberapa minggu menyepikan diri. Hari ini baru terasa nak mencoret sesuatu. Sebenarnya saya tak berapa sihat lagi. *ehem*.

Dua minggu sebelum raya, Mr. papa kena denggi. Saya dan Zarin pun demam. Tapi biasalah kalau jadi mak ni kan, sendiri demam tetaplah kena menjaga seluruh isi rumah yang lain. Bayangkanlah betapa nak nangisnya saya bila demam, Sofea pulak asyik menangis malam-malam nak dukung, dengan keadaan Mr. papa yang sakit-sakit badan akibat denggi, dengan Zarin demam lagi. Nak tak nak gagahkan diri juga bangun dukung Sofea walaupun air mata merambu keluar sebab tak larat sangat! huhuhuhuhuhu

Bila Mr. papa dah sembuh, Zarin dan saya pula suspect denggi. Ulang alik amik darah juga. Nasib baiklah hanya suspect. Tu pun dah sakit-sakit badan. Paling saya risau bila bangun tidur Zarin tak boleh jalan, katanya sakit kaki (betis) dia jalan guna lutut! (Nangis lagi mak!)

Bila jumpa doktor, kemungkinan demam viral yang menyebabkan otot sakit, sebab memang bukan denggi. Lega sikit dengar penerangan doktor fevret saya ni. Pergi klinik satu lagi, dimarahnya kita, last-last saya pun naik hangin dan termarah doktor sama. muahahahahahahaha.. serius taknak jumpa dah doktor tu! geram dan nak marah tak habis lagi ni.

Sebab kesihatan jugalah saya dapat MC dan terpaksa pulang ke kampung untuk beraya lebih awal. Risau kena warded. at least dah ada kat kampung oklah. Tp Alhamdulilah kesihatan Zarin beransur baik. Dan semasa hari raya dia dah sihat sepenuhnya. Malangnya, saya pula yang demam tak kebah-kebah. Suara tak ada, batuk!

Hari ini pun masih batuk, badan pun rasa suam-suam lagi. Air hidung dah mula mengalir macam paip pecah! Sofea pun dah start batuk jugak tu. Semalam tak lena tidur dia, termasuklah mamanya ni. Hari ni datang ofis dengan mata bengkak tak cukup tidur dan batuk kong kong kong!

Pesan mama : Kawan-kawan yang ada petua nak hilangkan batuk please share. Tak sanggup dah rasanya ni. Gatal tekak tahap rasa nak ambil garfu keruk. sob-sob

3 comments:

  1. Selamat Hari Raya buat Ida sekeluarga..
    Semoga cepat sembuh ye .. macam tu lah kalau satu keluarga demam .. dah tak larat kaum ibu nak jaga..

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Ida tak sihat..sekali satu famili pulak tu..hopefully keadaan akan bertambah baik walau tak sepenuhnya..memang risau anak2 demam walau kita pon tak sihat jugak..huhuhu..kesian Zarin tak larat jalan..sedihnya dengar..hopefully sekarang semua dah ok ye..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...