Thursday, August 7, 2014

Ketupat palas pulut hitam vs ketupat palas biasa

Rasa tak lengkap kalau hari raya tanpa ketupat palaskan? Kami orang pantai timur (Terengganu) walaupun beraya di Kedah tetaplah membuat juadah pantai timur. Jadi ketupat pun versi pantai timur jugaklah, bukan versi utara. 

Seperti biasa setiap tahun, dua hari sebelum raya, ummi saya dah siap jemur dan buka daun palas  (buat bentuk ketupat juga) siap-siap. Bila dah buka, satukan lebih kurang 10 keping daun palas dan buat ketupat besar kosong.

Serius, ummi saya sangat cerewet dan teliti bila bungkus ketupast palas ni. Mesti ikut QC dia. phewwww, berpeluh mak. Ketupat pun majoriti sama besar je. Setiap tahun ummi akan buat dua jenis ketupat palas ni, iaitu ketupat pulut hitam dan juga ketupat pulut biasa. Rasanya lemak-lemak masin. nyum-nyum..

sehari sebelum raya (Ahad), pagi-pagi lagi kami dah bertenggek tepi besen untuk bungkus ketupat palas ni. Mula-mula buat ketupat pulut hitam dulu. Nasib baik sekilo lebih ja. 


Inilah rupa ketupat palas pulut hitam. Tugas saya dan kakak saya adalah masukkan pulut dalam bentuk kon seperti dalam gambar. Lebar daun yang ummi tetapkan ialah antara 4-5 jalur. Phewwww!!!! Tapi saya suka buat ketupat kecik-kecik macam ni sebab comel! Bila dah masukkan pulut dalam kon tu, ummi akan bungkus ketupat tu hingga sempurna. Ketupat mesti cekang dan cembung, serta kemas.  baru leit (bahasa terengganu). bahasa buku tak tahulah apa. hahahahhahahaha. Mesti ikut apa yang dah ditetapkan, Kalau tak, tak lulus QC ok!

bila dah siap bungkus ketupat pulut hitam ni, beralih pula ke ketupat palas biasa. 


Ummi saya memang buat ketupat versi kukus, bukan rebus. Mula-mula kukus pulut hingga 95% masak, kemudian campurkan santan yang telah dicampur garam ke dalam pulut dan arong dalam besen seperti dalam gambar. Kemudian cubit sikit-sikit masa bungkus tu. Bila dah siap bungkus, kukus sekali lagi.  pulut yang dah siap arong ni memang sedap dimakan dengan telur dadar. Teringat masa kecik-kecik dulu, tak puasa konfem makan bertambah pulut ni. hehehehehehehe



kali ini, Ummi buat ketupat palas biasa ni banyak sikit dari tahun lepas iaitu 3 kg! Haaa, jenuhlah duk bungkus ok! Buat banyak sebab saya nak bawa balik KL. ketupat ni sedap dimakan bersama rendang. Nyum-nyum.. terasa-rasa kat tekak ni. 

Sayangnya, saya terlupa ambil ketupat yang ummi dah letak atas meja masa nak balik KL hari tu. Dah sampai penang baru perasan. nangis ok! baru je duk berangan makan ketupat goreng, alih-alih dah tertinggal pula! uwaaaaaaaaaaaaaaa. Penyudahnya, minta tolong Mr. papa carikan daun palas di chow kit hari ni. Saya nak try buat sendiri. Jadi ke tak wallahualam. Jangan reput daun palas sebab tak terbuat sudah! hahahhahahahaha..

oh ya, baru-baru ni, muka saya terkeluar dalam NST pasal bungkus ketupat. Tapi bukan di rumah saya, tetapi di rumah mertua. 



Hahahaha, muka tak semenggah mama buat ketupat, bukan reti pun. belasah sajalah! hohohohoohohohoho. Masa sampai rumah mertua, memang reporter dah ada, so disuruh ramaikan umat untuk bungkus ketupat ni. 

Pesan mama : Walau apa pun hidangan yang dihidangkan, ketupat juga pilihan hati! 


15 comments:

  1. jue kalo balut jadi ketupat betina.. ntah apa betina ka jantan ka masuk perut sama gak.. hahhaha... tp akak balut jenis mcm ni blah2 kelantan bnyak buat gini kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi..ye la jue.. kak ida tataula jantan ke betina. tapi dah biasa dengan ketupat bentuk macam ni.

      Delete
  2. Tak pandai buat ketupat ni...jenuh dah belajar pusing2 kan dia...ketupat nasi juga lah yg sy pandai pun...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, rasanya jawab soalah matematik lagi mudah dari pusing ketupat ni.. lagi-lagi kena patuhi QC my mom...saya ketupat nasi pun tak pandai. huhuhuhuhu

      Delete
  3. Hehee..tahun ni aida tak berkesempatan nak buat ketupat palas..eceh padahal tolong gunting je..kikiki..sebab dah sampai lewat kan..tapi tahun ni memang aida berkesempatan merasa ketupat palas versi pulut hitam..rasa dia memang unik..tapi aid prefer yang biasa punya..sedap makan dengan rendang..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, saya pun prefer yang biasa juga. sebab kat kedah mcm macam juga ada, ketupat jagunglah, soya la. hihihihihi

      Delete
  4. Akak tak reti buat ketupat palas Idaz.. reti buat ketupat daun kelapa ajer..
    Selalu makan versi utara sebab abang ipar orang utara.. meamng sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak reti kak yati. tu yang letak pulut dlm kon je tu.. yang seterusnya mak buat. ketupat daun kelapa pun tak reti. hehehehe

      Delete
  5. cheery suka ketupat pulut hitam tu tapi mak xbuat.
    wah..famous sis!!hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ida lebih suka ketupat biasa tu cheery. pulut hitam pun ok jugalah.

      Delete
  6. assalam..blh bg resepi n step by step buat ktupat pulut hitam tu x?lg satu nk tya,pulut hitam tu bukan guna yg untuk buat bubur tu kan?tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm azira. nanti saya tanyakan ummi saya ya. saya tak tahu buat mcm mana. pasal pulut tu rasanya betul dah. tapi ada campuran kot. Nanti kalau dah dalam resepinya saya maklumkn ya :)

      Delete
    2. Ok..tkasih.sy tggu ye sis resepinya.hehe..cntik sgguh kejadiannya.hehe

      Delete
  7. Sy ingt nk buat ktupat pulut hitam tu mggu ni.hehe..xsbr rsa nk bg mak mkn ktupat ni pulak.hahaha

    ReplyDelete
  8. sis satu kilo dapat berapa bungkus ?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...