Monday, August 18, 2014

Moody

Lain anak lain ragamnya.  Semenjak dua menjak ini Sofea tersangatlah moody dan unpredictable! Bayangkan dia boleh ketawa gelak-gelak, tapi tak semena-mena mengamuk dan menangis. 5 minit ok, 15 minit tak ok! haaa macam mana tu? agak-agak stress tak?

Oh bagi saya Stress ok! Serius kadang-kadang kami dah habis upaya dah nak pujuk dia. Tambah-tambah dah pandai cakap ni kan. Semua benda TAK NAK! Paling dia suka sebut ABANG! Nangis sikit ABANG! ABANG! Nasib baiklah abang tu jenis lemah lembut, kalau tidak dah lama kena debik sofea ni. 


Bila dia dah moody, dan borink berkurung dalam rumah. Bawakla pergi kedai kat Club house tu. Saja ambil angin. So nak bagi dia ceria mama upah nyam-nyam. (Dia pilih sendiri). Senyum lah sikit. Lega tengok.

Kadang-kadang dia menangis tanya dia "Adik nak apa? sakit kat mana? Cuba cakap kat mama."

Bila dah tak tahu nak buat macam mana, saya hanya berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kesabaran yang tinggi Ya Allah!"


Jawapannya tetaplah nangis. Kadang-kadang abang pujuk

"Adik good dia, adik good dia. Janganla nangis adik. Alah sayang-sayang anak abang." (dah banyak kali tegur bukan anak, adik) tapi tetaplah anak juga disebutnya, kadang-kadang je adik. hehehehehe.

Mr. papa kata, biasalah, dah setahun setengah, dah beralih bulan dan boleh cakap banyak dah.

Pesan mama : Apepun sebagai ibu memang memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi nak menangani anak yang mengamuk, menangis tak tau punca ni. 

4 comments:

  1. lama tak melayan kerenah anak kecik lagipun anak akak kecik2 dulu alhamdulillah boleh lagi dipujuk...sekali sekala tengok anak buah meragam semput jgk nak pujuk..hehe

    ReplyDelete
  2. fuh, berpeluh ketiak nak pujuk budak besar ni ... last2 buat tak tau....ha, menangis lah nak, sepuas2nya... dia rasa penat, berhenti lah..fuh....pitam mama! mama kena hati kering...;-))

    hahaha..zarin..camner boleh tertukar anak/adik ni..;-))

    ReplyDelete
  3. hahah..budak budak nak membesar kot. dia cuba nak tarik perhatian.ank buah cheery mcm tu jgk, dia yang buat abg dia,dia yang menangis pastu ngadu kat ibu abg buat...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...