Tuesday, August 12, 2014

Resepi ketupat palas pulut hitam


Assamualaikum, Dalam post sebelum ini, Azira ada bertanya resepi ketupat pulut hitam yang ummi saya buat tu, jadi hari ini nak berkongsi resepi ketupat pulut hitam seperti yang dijanjikan.

Bahan-bahan yang diperlukan

1/2kg pulut hitam (Pulut hitam ni khas untuk buat ketupat je tau. Bukan untuk buat bubur tu. Untuk ketupat Ummi saya kata dia dah bersihkan siap-siap, tak ada kulit dah)
1/2 kg pulut susu (pulut biasa pun boleh)
Santan (RM2-RM3, beli yang dah siap perah)
sedikit garam
Daun palas secukupnya.
air kapur secukupnya.

Cara membuatnya

1. Campurkan 1/2 kg pulut hitam dan 1/2 kg pulut putih. Basuh dan rendam lebih kurang 2 jam. Bila dah siap 2 jam angkat dan toskan.
2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut sehingga masak.
3. Dalam mangkuk, campurkan santan dengan garam secukup rasa. (lemak-lemak gitu) kalau santan pekat boleh tambah sedikit air.
4. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam besen dan campurkan dengan santan tadi. Tuangkan santan sedikit demi sedikit dan arong (saya tatau istilah apa dalam bahasa baku) pulut tu sehingga menjadi padat seperti dalam gambar.
5. Apabila pulut telah sejuk bolehlah bungkus ketupat tersebut dengan daun palas.

Tips: air kapur digunakan untuk elakkan pulut lekat ditangan semasa membungkus. Oleh sebab itu, Semasa membungkus, celupkan jari dalam air kapur sekali sekala mengikut keselesaan.

6. Bila semua dah siap bungkus, potong lebihan daun palas yang telah disimpul mengikut kesesuaian panjangnya.
7. Kemudian, kukus sekali lagi ketupat tersebut sehingga daun palas menjadi layu (bertukar warna).




Ok, begitulah resepinya. Selamat Mencuba.

Pesan mama : oh ya, kalau nak buat banyak just gandakan sahaja jumlah pulut dan santan tu ya. :) Ummi saya buat 1 kg ni dapat lebih kurang 57 biji


3 comments:

  1. huhuuu..nak buat malas...tapi nak mkn jek..

    ReplyDelete
  2. ooo..tkasih byk ye...nnti nk cuba..hehe..tq3

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak..boleh buat nanti...

    Jom lawat blog saya...

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...