Friday, September 19, 2014

Days Hotel Singapore

Assalamualaikum, entri terakhir berkaitan Singapore. Baiklah, sepanjang 3 hari 2 malam di sana, kami menginap di Days Hotel, Zhongshan Park. 



Biliknya pun selesa dan kami memilih bilik yang (park view, bukan city view), bersih walaupun agak kecil. Tapi sesuailah untuk kami empat beranak. Dan warnanya pula oren you! terang benderang gitu. Walaupun kecil tapi cukup selesa, segala kemudahan telah tersedia di dalam bilik tersebut. Tak payah nak call house keeping bagai minta itu ini. WIFI pun free dan laju ok! 









Lagi satu yang saya suka pasal hotel ini, kedudukannya sangat strategik, berhampiran dengan kedai dan tempat membeli belah, juga berdekatan dengan tempat makan. Shuttle bus juga turut disediakan. Jadi kalau kawan-kawan nak ke sana dan tak pasti nak menginap di mana, bolehlah cuba hotel ini ya :)

Pesan Mama :  Entry LEGOLAND bakal menyusul selepas ini.

2 comments:

  1. Akak pun tengah mencari penginapan di Singapore ni Idazs .. berapa kos semalam.. dekat tak dengan USS tu ..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...