Thursday, September 18, 2014

Jalan-jalan cari makan

Hari kedua di Singapore diteruskan dengan jalan-jalan cari makan. Memandangkan Mr. Papa peminat kopi, jadi walau kemana pergi pun pasti kopi juga yang dicari. Siap beli biji kopi juga. haissshhhla. Yang lucunya Abang Zarin cakap

"Mama jangan minum kopi ni banyak sangat, nanti banyak bulu macam papa"

Mungkin refer gambar kat cup tu kot. Misai tebai melentik ala wak doyok! hahahahhahahaha 

nylon coffee

Serius makanan yang kami makan di sini semuanya sedap-sedap. Alhamdulilah. Sepanjang di sana inilah antara yang kami sempat rasa. Oh ada juga yang lain macam nasi ayam, nasi beriyani, tapi tak tersnap pulak gambar. Nasi ayam dia memang sedap sangat. Sofea boleh habiskan 3/4 pinggan tau. 


kacang pool mustafa, sedap yang amat


murtabak singapore


mee rebus special (ada satay kambing..mbeeeekkk)


Paling maveles, sup tulang merah!


sup kambing

Kami juga sempat ke Bugis Street, Arab street dan juga shopping complex yang berdekatan. Mr. papa cari beg dia, nasib baiklah ada. Yang lain-lain tu kat KL dah ada. So tak adalah beli apa-apa sangat. lebih kepada makan-makan je.


banyak yang murah kat sini


ais krim tak boleh tinggal.. hueewww

Sekejap je kat sana, sarung jeans dah mula ketat. kalau lama lagi terus tak muat la agaknya. Bukan apa, jalan-jalan cepat lapar, makan, jalan, makan, bila malam pula makan kenyang-kenyang balik terus tidur. Maunya tak berlemakkan? hehehehehehe

putu piring, sebungkus (5 keping makan sorang)

sedap ke dik?

budak kecik macam besar

budak besar tapi suka majuk! uhuk

Pesan Mama : Insyaallah, kalau ada rezeki nak pergi lagi, nak repeat makan makanan yang sedap-sedap. Haaa, tengok mesti fikir pasal makanan jugak :)


4 comments:

  1. sup tulang merah tu mengoda sungguh :)

    ReplyDelete
  2. aduduud..sedap sungguh tu, teringin nak makan kacang pool tu (dah lama) ;-))

    ReplyDelete
  3. makan kat Geylang Serai ke Ida..makanan kat situ memang sedap hamat..aida pon suka pergi situ..sebab makanan situ memang berasa..cuma hari tu tak sempat ke Bugis Street..Sempat ke Mustafa Cnetre je..huhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...