Monday, September 22, 2014

LEGOLAND Malaysia


Misi jalan-jalan diteruskan lagi. Dari USS ke Legoland pula. senang satu jalan sekali harungkan. Pagi Ahad, selepas check out days hotel singapore, kami breakfast dahulu di Geylang Serai. Rasa sayang kalau tak breakfast sebab makan kat situ sedap-sedap. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami terus bergerak ke Legoland. bye-bye singapore, hingga ketemu lagi, insyaallah



Sampai di legoland lebih kurang pukul 11 pagi cuaca mendung, tak lama selepas itu hujan gerimis. Oh mula rasa sedih, macam mana ni? Memandangkan kami menginap di hotel legoland dan ambil sekali pakej combo theme park dan water park, jadi kami singgah ke hotel legoland terlebih dahulu uruskan apa yang patut. 

Zarin dan Sofea dah excited bila nampak lego. Zarin lagilah peminat tegar lego kan. terus duk main lego di lobby hotel. Memandangkan hujan, jadi memang ramai la di ruang lobi, masing-masing terkandas dan menunggu hujan berhenti. 





Setengah jam berlalu, hujan semakin lebat dan tiada tanda untuk berhenti. Teruslah check ramalan cuaca. katanya petang mendung. So ada harapan lagi ni. Jadi untuk mengisi masa menunggu hujan berhenti, Zarin join buat lego ni. Lego starwars. Setiap peserta akan diberi satu blok yang bernombor dan pasang lego ikut warna yang telah diberikan. Bila dah siap abang yang jaga kat situ akan tolong pasangkan kat board lego star wars tu. 





Bila berjaya setiap peserta yang mengambil akan diberi satu button badge lego star wars.. yeaaaaaa!!!! Yang tak syoknya kat sini ada kedai yang jual lego, awal -awal lagi dah kena pow ngan dak Zarin ni. hew hew hew! 










Sementara itu, saya dan Mr. papa berbincang dan mula buat Plan B dan C. Plan A - (plan asal), kami masuk theme park, tidur semalam dan esoknya ke water park. Plan B (jika masih hujan) kami extend lagi satu malam di situ, Maknanya hari tu (ahad) just duduk je kat hotel dan jalan-jalan kat Johor. Esoknya (isnin) baru masuk theme park, tidur lagi semalam dan lusa baru water park. Sebab ramalan cuaca kata esok (isnin) cuaca cerah. Plan C, balik dulu datang lagi weekend. Sebab tiket tu valid seminggu kot. Dah lupa. Tapi macam tak berapa setuju sangat dengan plan C ni. 

Tapi alhamdulilah, pukul 11.45 pagi, hujan makin reda. Tapi kami  masih lagi buat kata putus. Bincang-bincang dengan Zarin Plan A, Plan B dia setuju saja, sebab tempat dia suka kan. Kang masuk hujan pulak, dah rugi. Anak-anak pun tak boleh main nanti.. Aduiii, pening mak. 










Belum lagi masuk theme park anak-anak dah seronok, sebab semuanya lego. Tak payah pergi theme park pun mereka dah seronok sangat. Kat theme park nanti tataulah macam mana.

Dalam hati terus berdoa semoga hujan berhenti, tak payah extend tinggal di situ, jimat duit, jimat cuti. kalau tak terpaksalah EL kan :P

Pesan mama : Anak-anakku, kegembiraanmu kegembiraanku jua :)

4 comments:

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...