Thursday, September 25, 2014

Legoland Theme Park

Masih lagi cerita legoland. hikhikhik..

Ok, setelah bincang punya bincang, akhirnya kami sepakat untuk ikut sahaja plan asal. Lagipun hujan dah berhenti dan cuaca pun mendung, sesuai sangat untuk bermain-main. Bila saya tengok dari dinding kaca lobby hotel, orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke theme park tu. Masa tu dalam pukul 12 tengah hari. Mr. papa kata, tawakkal je la mama. hihihihihihihihhihii..

Ini adalah map di legoland, ada theme park, water park. 


Sebaik masuk sahaja, hujan mula turun rintik-rintik. uwaaaaaaaaaaa.. Nak nangis, nak nangis. Saya tengok Mr. papa, Mr. papa tengok saya. Hujan rintik saja, tapi tak lebatla. Untuk Sofea guna saja rain coat stroller dia. Cuma Zarin kami belikan rain coat di Legoland ni.  Rm12 rasanya. aaaaaaa.. pitam! Mula mula nak beli sorang satu, tapi sebab hujan rintik, beli untuk Zarin sajalah. 



Tempat utama yang kami pergi adalah di wave racers ni. Nasib baik orang tak ramai. Sofea memang tak boleh naik, jadinya mr. Papa dan Zarin sahajalah yang join. Sofea pula bila dah tengok abang dan papa dia naik, ape lagi, mulalah meraung tak ingat.


Ditambah lagi dia memang mengantuk. Pujuk punya pujuk, bagi nenen terus lena. haaaa lega sikit dari dengar dia meraung kan. huhuhuhuhu..

Sebaik lepas main, Mr. papa dan Zarin mengadu lapar. Mungkin main air kot. Ditambah lagi, kami memang tak bawa apa-apa bekal makanan. Cuma ada biskut laocker sahaja untuk Sofea. So kami berhenti untuk lunch sekejap.


Inilah yang diorder. Untuk saya, combo set asam laksa, Mr. papa, nasi putih kari ayam dan Zarin nasi lemak. Setiap set RM15 mengandungi air (boleh pilih nak air apa), buah tembikai satu gelas tu, dan juga ayam dua ketul. Asam laksa tak ada ayamlah. Kalau ambil combo set ni, kita boleh tambah RM5 untuk dapatkan paperbag legoland seperti dalam gambar dekat zarin tu.


Dalam tu ada sebotol air heaven and earth (lemon tea) dan juga seunit (keychain / fridgemagnet/note book) legoland. Boleh pilih salah satu. Memandangkan kami beli 3 set, jadi kami ambil semua serba satu. So, satu hidangan berharga RM20 la termasuk paperbag tu. Bagi saya sangat berbaloi, sebab kalau ikutkan kat kedai jual-jual dalam legoland ni pun keychain saja dah  RM19.90 untuk seunit. Yeaaa, jimat. 

Nak dijadikan cerita, sedang kami makan-makan tu, ada seekor gagak datang sambar seketul peha kari ayam Mr. Papa. Ya Allah, terkejut sangat kami, termasuklah customer-customer lain. Tapi tak dinafikan memang banyak sangat burung gagak kat situ. 

Saya pun mengusik Zarin "Abang, tadi masa kat singaporekan mama dah cakap jangan bagi makan kat burung banyak sangat. Tengok, burung tu dah datang ikut kita sampai kat legoland ni."

"Mesti dia kata, budak lelaki dan adik dia tu baik, suka bagi makanan kat binatang, jom kita ikut dia. sebab tu dia bawa kawan-kawan dia juga tu. Cuba abang tengok kat sana tu. Banyak burungkan!"

Dia jawab! "Mana ada! Bukan kan papa, mama tipu!" 

hehehehehehe, saja nak takutkan dia. Sebab tadi masa kat Singapore memang boleh dikatakan setengah makanan dia duk bagi burung makan. Sofea pun sama juga. heheheheeheh

Lepas dah tukar baju semua, (Baju Zarin basah sebab main wave racer tu) makan kami pun mula menjelajah sekitar taman teman legoland ni. Yang pertama dituju pastilah Star Wars! 



Sayangnya, amsa kami pergi star wars ni ditutup. kalau tak silap dia bukan bulan september ni, tak ingat berapa haribulan. Tapi mungkin dah buka kot.


Seterusnya kingdom pula.







Kat sini Zarin dan mr. papa seronok sebab naik mainan tu. ala-ala mini roller coaster kot. Saya tengok dah seram. oiiii, tak ternaiklah mama. hahahahhahahahaha




Tak lama selepas itu, Sofea pun bangun. Jadilah dapat tidur sekejap, hilangkan mengantuk kekdahnya. nanti takla mengamuk sangatkan. hikhikhik..








Kemudian bawa Zarin naik kuda ni. Sofea tetaplah juga tak boleh naik. So Mr. papa bawa dia pusing-pusing sahaja.







Abang Zarin kata bosanlah naik kuda tu mama, sebab slow sangat. Hohohohohohohohohoho.




Lepas tu, kami pusing-pusing lagi dalam legoland ni. Sebenarnya memang cantik sangat setiap patung yang dibina tu. Semuanya lego. mahunya tak seronok Zarin dan Sofea kan. Benda yang mereka suka. 

Tapi kalau kawan-kawan ke legoland ni make sure bawa banyak air masak ya, sebab sepanjang kat sana tak kelihatan pula water dispenser, tak macam kat USS. urmmm.. eh pasal segala tips-tips USS-legoland nanti saya akan upkan dalam satu entry ya. Insyaallah. Oklah, sampai ketemu lagi di lain entry. Mengantuk dah, nak tidur jap! 

Pesan mama : Kalau ke sini kena siapkan duit lebih sikit, sebab budak berdua ni memang pow kami sungguh! haishhh! 

4 comments:

  1. hehehe bestnya.. Qebal dah hari2 tanya.. tgk la ujung2 tahun ni pergi...

    ReplyDelete
  2. Bagi akak kena spare banyak duit ni sebab anak ada tiga Idazs... kata mahal belanja disitu ye..

    ReplyDelete
  3. hiihih..comel...next entri tu letak kos (yuran masuk) jugak, boleh? khikhihk... (mcm berminat nih.;-))

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...