Friday, September 12, 2014

Universal Studio Singapore Part 2

Entri bersambung. Part 1 boleh baca di SINI ya.

Selepas penat berada di lost world, perut pun dah mula lapar. Nasib baiklah anak-anak tak ada pulak mengadu lapar ke apa sepanjang berada di sana. Cuma dahaga tu ya. Tapi jangan risau, dalam USS ni memang banyak disediakan water cooler. Jadi kalau kita ada botol sendiri bolehlah refill sahaja. Saya pun ada juga bawa roti dan biskut kegemaran anak-anak, tapi tak termakan pula. 

Akhirnya kami makan di tempat FAR-FAR AWAY.

Kami makan di Goldilocks. Ambil set ayam goreng dan juga kids set fish and chip serta ice cream. Yang best untuk kids set dapat bekas woody wood pecker color merah. Besar juga bekasnya. Semua set makanan berharga lebih kurang 9.9 SD

Tumbler Optimus Prime

Oh ya, tumbler optimus prime ni beli untuk Zarin. Harga kalau tak silap 26.9 SD ke 28.9 SD, gitulah. Dalam USS ni kita boleh refill air kat mana-mana kiosk dengan bayaran 2 SD. Kami hanya refill air lemon tea. Semua boleh minum. Yang lain majoriti minuman bikarbonat (air gas) saja. Tak sesuai untuk anak-anak, ditambah kami bukan peminat air gas-gas ni.


Tengoh tengok maps nak ke mana lepas ni

ayam goreng

Mr. papa pun lapar jugak

Mama dan Sofea, letih dah oiii 

Alhamdulilah, kenyang perut suka hati. Sofea pun selera juga makan sebab baru bangun tidurkan. Selepas dah siap makan dan tukar baju anak-anak, terus kami ke FAR-FAR AWAY!

Kat sini sempatlah menonton Shrek 4-D Adventures. Menarik juga cerita dia. Anak-anak seronok dan yang penting Sofea boleh masuk. Tapi jangan risau, kalau yang ada anak kecil atau ibu mengandung, disediakan kerusi khas untuk mereka, iaitu kerusi statik yang tak bergerak di barisan tengah. Kalau yang lain tu, kerusi tu akan bergerak ikut cerita yang ditayangkan. Contohnya macam naik kereta kuda, so terasa seperti naik kereta kuda dan sebagainyalah. Cuma kalau air atau angin kencang tu semua orang boleh rasa. Sofea pun sangat enjoy tengok cerita shrek ni.

castle!

Yang lain kami tak pergi, sebab ramai sangat orang beratur dan Zarin pun dah nampak letih juga. Banyak yang dia taknak.

Seterusnya ke MADAGASCAR. I like to move it, move it!

pusing-pusing sampai pening. eh tak pening pun!

seronok dapat naik Alex the lion

Bawa anak-anak naik King Julien's Beach Party Go-Around. Seronok Zarin sebab dapat naik Alex the Lion. Alah, kereta pusing-pusing tu, apa nama dia?? emmm.. carousel rasanya. Sofea sedih masa ni sebab dia nak naik binatang tu sendiri, tapi sebab dia kecik, kena naik kereta dengan mama. Nangis kejap sebab tengok abang boleh naik sorang. hahahahahahaha

chenta hati.. muaaah!

Selepas dah habis naik benda pusing-pusing tu, terus pula ke Madagascar : A Crate Adventure. mula-mula suruh papa dengan Zarin je naik, ingat Sofea tak lepas, sekali ukur tingginya lepas pula. Oh tinggi juga cek mek ni. Yeaaaa!!!! So kami pun naiklah boat mengelilingi sungai. dalam tu kita akan berjumpa dengan macam-macam karakter madagascar. Dengan suasana yang gelap dan malap, ditambah dengan suara-suara kartun tu, Sofea nangis kejap, lepas tu dia ok.

dahaga sungguh tu

Jadi tamat sudah penjelahan USS, masa tu lebih kurang pukul 3.30 petang. Bila dah tatau nak pergi mana, Zarin pun cakap dia nak makan cookies monster yang dekat dengan ELMO pagi tadi. Jadi kami pun ke sana dapatkan cookies yang diidamkan tu, sambil lepak-lepak di NEW YORK.

lepak-lepak di NEW YORK

kami lagi

ape yang dibincangkan tu

love!

hehehehe

nak lompat sambil lambung sofea, tapi tak larat! hehehe

Yeaaa, melompat lebih tinggi!

dia dah sentap-moody. 

Posing sambil berharap janganlah roboh dinding tu

Sofea yang aktif ber opp gangnam style ke apa. Abang dah pancit masa ni

Jangan risau, kat sini turut disediakan surau ya. Kami turut berpeluang melihat break dance. Tapi tak ambil gambar, sebab dah rasa letih sangat. Lebih kurang pukul 4.30 kami pun menapak keluar.

Sebelum keluar, sempat singgah ambil gambar dengan minion sekali lagi sebab masa ni tak ade orang, macam pagi tadi. hehehehehehe

ba..ba..ba

ba..ba..nana

potatooooo..naaaaaaa

Zarin dan Sofea takut dengan mamat ni

rehat sekejap

Itulah sahaja cerita USS kami. Nasib baik sebelum balik, ada insan yang bermurah hati nak tolong snapkan gambar kami berempat. Adalah jugak dari tak adakan. ^______^

Kalau tak silap, kita boleh keluar kejap dari USS ni dan masuk semula, sebab adik yang jaga kaunter masuk tu tanya sama ada kami nak keluar terus atau masuk balik.  Jangan risau juga sebab di luar pintu masuk USS ni pun ada pelbagai jenis kedai makanan yang boleh kita singgah.


US!


Zarin pun dah cukup letih, ditambah dengan cuaca mendung dan hujan rintik-rintik. Terus ke tempat parking dan seterusnya bergerak untuk check inn hotel! Penat dan letih sangat-sangat dah, tapi seronok. Masa untuk berehat pula. Sebab esoknya kami nak pusing-pusing Singapore. Parking kat USS ni agak mahal ok. Kami kena 26SD. huhuhuhuhuhu.

Tanya Zarin, next time nak datang lagi tak USS ni? jawapannya sudah semestinyalah NAAAAKKKKK!! Insyaallah, ada rezeki kita datang lagi, ya. Tunggu adik besar sikit. Jangan beradik baru sudah. muahahahahahah!!! 

Pesan mama : sempat sembang-sembang dengan aunty dalam USS, terkesan dengan kata-katanya lebih kurang ginilah setelah dialih bahasa "U all beruntung, sebab muda-muda ada masa bawa anak-anak jalan-jalan, spend time with family. Aunty dulu asyik kerja-kerja-kerja, hingga tak ada masa dengan anak-anak. Sekarang bila mereka dah besar, mereka pula tak ada masa dengan kita, bila kita ajak dia keluar, dia pulak sibuk."

 Kerja, kerja juga. jangan lupa luangkan masa bersama family ya :). Tq aunty ingatkan. 



5 comments:

  1. Replies
    1. seronok kak diey.. jom kita buat trip nak? eheheheh

      Delete
  2. Saya Aishah Nin dari Johor Bahru. Even Singapore over the sea ajee tapi belum berkesempatan untuk ke sana. Paspport pun tak ada lagi...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Aishah... heheheh, takpe bila bila pun boleh pergi sebab dah dekatkan. kalau ada passport sure sampai tu :) Seronok ke sana sebab makanan sedap. EH!

      Delete
  3. Memang auntie baca entry ni pun auntie terasa nak pergi berkali-kali walau sekali pon tak pernah jejak lagi..hehee..Memang bagus entry ida ni..boleh refer bila sampai masa aida plan nak kesana pulak..Bestnyaa..bilalah masa tuu..hehee

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...