Tuesday, September 9, 2014

Universal Studio Singapore

Kali ini nak cerita tentang jalan-jalan kami ke Singapore. Tujuan asal hanyalah nak ke USS, yang lain-lain tu jalan-jalan cari makan sajalah. Kami ke Singapore 3 hari 2 malam.

Sebenarnya, jumaat tu, kami bertolak lebih kurang pukul 4 pagi, kami pergi drive sendiri. Lebih mudah.  Lagipun Mr. papa dah banyak kali drive ke Singapore. Kami masuk Singapore melalui Tuas. Berhenti kat hentian (tak ingat hentian apa) mandikan bebudak ni dan terus breakfast. Masa tu lebih kurang pukul 7.30 pagi. Selesai urusan anak-anak teruslah ke kastam. Alhamdulilah, weekdays taklah jam sangat. Semua urusan cepat je. 

Oh ya, semasa nak masuk Kastam tu, kena isikan satu form "embarkation form" untuk rekod kita masuk Singapore, dalam form tu isi kita nak stay sana berapa hari, menginap di mana dan maklumat lain yang sama macam kita isi apa-apa form lah. Sebenarnya, kita boleh je isikan form tu siap-siap, (suruh je kawan-kawan yang selalu ulang alik singapore amik card tu). Jadi masa nak lalu kastam, terus je serahkan. Tapi sebab kami  tak ambil form tu siap-siap, jadi kereta kena parking tepi dan isikan kat dalam tempat dia. Ok, settle pasal form " tu. Mula-mula officer tu suruh ambil lebih form tu, senang untuk kegunaan lain masa, tapi bermula 1 September 2014 derang akan guna form baru, jadi kami pun tak ambillah. 

Dah settle pasal tu, beralih pula ke tempat autopass. Kalau nak masuk Singapore wajib beli autopass ya, kalau drive sendirilah.  Rupanya lebih kurang sama macam touch and go lah. kegunaan untuk parking kat USS dan mana mana parking kat shopping mall ke, dan tempat parkinglah. Boleh top up kat  7 Eleven. Haa, ingat, autopass ni register atas kenderaan ya, bukan macam kad Touch and Go kita yang boleh pindah milik. Lagi satu kena selalu semak berapa baki kad auto pass tu. Tapi ada juga yang kena guna kupon parking macam buku. Yang kupon parking tu boleh beli kat 7E. Oh, tu boleh dikira sebagai tips lah ye. hihihi.. 

Memandangkan kami drive sendiri, GPS sangat membantu. Kami guna Sygic GPS navigation. Sygic ni tersangat ok, sebab boleh guna walaupun takde sambungan internet. Mudah pun mudah, taklah sesat barat. Perjalanan berjalan dengan lancar. Alhamdulilah. Set kat USS terus dia tunjuk arah. Cuma nak cari tempat parking susah sikit. So kalau drive nak ke USS make sure korang parking di B1 EAST.

Tadaaaaaa!!! Akhirnya nampak jugak tempat wajib ambil gambar ni. Haaa, masa kami sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi, orang pun dah ramai. So, jangan haraplah dapat ambil gambar kat sini tanpa ada watak-watak tambahan yang lain ya. ^_____________^


my chenta hati

3 beradik. eh  3 beranak! 

Ok, bila dah masuk sahaja, dapatkanlah map dulu. Senang nak rancang nak pergi mana. Tapi dia pusing-pusing kot tu juga. Di mana kita pasti akan lalu semua tempat. Ada 7 tempat dalam USS ni. Boleh tengok dalam map di bawah tu.



map, wajib amik tau

Kalau yang ada anak kecik tu, lebih baiklah bawa Stroller. Bukan apa, nanti penat jenuhlah nak berdukung. Kami memang bawa stroller dua siap-siap. Sebab dah faham sangat dengan 'kerajinan' berjalan Abang Zarin. hehehehehehe..

Tapi kalau tak bawa stroller jangan risau, sebab memang ada perkhidmatan menyewa stroller disediakan berdekatan dengan pintu masuk. Jadinya, masuk sahaja, teruslah ke tempat sewa stroller tu. jangan dah jalan setengah, pastu patah balik sudah. hikhikhik.. harga sewa stroller adalah seperti yang berikut.

10SD untuk single stroller
15SD untuk double/twin stroller

(Sila darab 1SD dengan RM2.50 ya)

Lagi satu stroller sewa tu tak boleh recline. Statik gitu je lah.

kat sini ada orang, pakai maskot warna hitam. tapi dak zarin takut nak ambil gambar. aduiii


Perjalanan kami bermula dengan HOLLYWOOD disepanjang jalan masuk, seterusnya NEW YORK

Tepi tu ada macam-macam. Yang paling menarik perhatian Zarin ialah Minion tu.

minion! yeaaaa


Kemudian Zarin masuk dalam SESAME STREET dan tentulah ada ELMO. Kat elmo ni sedih sikit sebab Sofea tak boleh masuk. Dia ada had tinggi yang telah ditetapkan untuk masuk ke sesuatu tempat/permainan. Jadinya Saya dan Sofea hanyalah jadi penunggu setia, sementara Abang Zarin dan Mr. Papa berseronok sakan.


elmo

keretapi

posing saja suka-suka

mata dah melirik ke arah transformers


Seterusnya ke SCI-FI CITY.

Memandangkan Zarin peminat transformers, jadi memang itulah tempat yang kena terjah dulu, ditambah lagi ada show bumblee bee dan optimus prime pukul 11.15 pagi. Untuk nak tahu show-show pukul berapa boleh rujuk map, yang diambil. Jadi mudahkan lagi kita nak tengok. Memandangkan masa masih awal, belum 11.15, jadi Zarin dengan Mr. papa , masuk tengok Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle. Saya dengan Sofea tak masuk sebab Sofea bawah umurkan. Tapi inilah tempat yang paling ramai orang dan lama kena que. Lebih kurang 30-45 minit kot. Menurut Mr.Papa dan Zarin, memang best sangat masuk kat 3D tu. Memang real betul.

hahahaha, dah buat gaya dah sikit tu

kete kuning mcm datin paduka. Opsss!

ramai yang ambil gambar sini

Memang rezeki Zarin, sebaik dia selesai tengok 3D tu, show optimus prime dan bumble bee bermula. Oh, terkesima juga tengok si gagah perkasa kacak bergaya ni.


show pun bermula

Optimus Prime

bumble bee.. kacak sungguh


Dan Sofea pula, dah tidur. Menangis sebab nak ikut Mr. Papa dan abang. Oh Sofea ni memang tersangatlah manja Mr. Papa ok. pantang Mr. Papa hilang dimata. Surelah bermula drama air mata. Pujuk punya pujuk tidurlah dia.


cik mek yang tidur tak ingat dunia!

Yang ni jela mama mampu naik pun

Dua kereta yang sangat berjasa untuk anak-anak


Sofea dah tidur Saya dan Zarin pun ambil peluang naik benda alah ni. tatau nama apa, tapi dia berpusing-pusing sampai rasa pening-pening lalat jugalah. Mr. papa ada suruh saya masuk sekali lagi tengok 3D tranformers dengan Zarin, tapi dengar cerita mereka dan rasa takut, tarus taknak. Alasan malas nak beratur, padahal takut! muahahahahahahahaha


hehehehe, muka suka sebelum benda alah tu berpusing. pastu buat-buat suka walaupun takut. malu kat anak weh!


Kemudian kami bergerak ke Ancient Egypt. Kat sini tak jumpa pulak abang badan ketak-ketak, tinggi lampai  yang selalu blogger lain tempek setiap kali ke USS. Mungkin bukan masa show mereka kot. 
Just Pusing-pusing jelah dalam tu, tengok. nak masuk Zarin taknak, takut katanya. 

egypt!


Kemudian kami ke THE LOST WORLD

Kat sini ada macam-macam, Jurassic parklah, water world, amber rock climb, tapi orang ramai yang amat. 

Mr. Right ku

Mini Me!

Dah letih

ewah... 

warggghhh!

Kalau sofea bangun mungkin dia takut kot



Comel sangat tumbler ni..

Budak aktif dapat sakit. katanya, Mama dinosour ni gigit kepala abang". padahal terhantuk

Nasib baik dia tak gigit bebetul. heheheheheh

Akhirnya saya dan Zarin hanya naik benda pusing-pusing ni. Oklah, mak-mak yang ada anak kecik boleh naik benda gini jelah. 

Q


Mr. papa ingat nak naik water world, tapi tengok orang beratur, maunya makan jam ni. Jadi kami hanya pusing-pusing dalam tu, dan naik benda-benda yang layak untuk kami empat beranak ajelah. Masa tu dah lebih kurang pukul 2 petang. perut pun dah lapar, so tiba masa untuk lunch! 

Alamak, macam malas dah nak karang. Bersambung Part 2 ajelah nanti. Insyaallah. 

Pesan Mama: Seronok tengok anak-anak dan suami happy. Kehappy-an mu, kehappy-an ku jua... ahaaks..

7 comments:

  1. bestnyeee..masuk tmpt gini kalau anak dh besar2 best..cer kalau kecik mcm mek tembun tuh..mmg duk mengelolakan die je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, betul tu Falysa. tunggu mek tembun besar sikit. saya pergi tu pun sebab Zarin yang asyik duk sebut. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan evantube! huhuhuhuhuhu... Tapi ok juga, kalau nanti dah sekolah darjah 1 susah sikit nak jalan-jalan, org pun ramai kan.

      Delete
  2. patotnye sediakan stroller utk orang yang malas jalan mcm aku ni. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, adoiiii... tak sure ada ke tak.. tunggu next visit la boleh survey kot ada.

      Delete
  3. dari thn lepas nak pi USS tak terpegi2 lagi.. tapi klo dpt bwk kereta mcm senang sikit la yeh sis compared to naik bas or flight kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib pergi tu Elya :)

      Kalau ada anak kecik rasanya mudah naik kete la. Tapi kalau kita-kita sahaja ok kot naik bas/flight. Lagipun ada MRT, mudah juga ke mana-mana sis. Ni nak tolak stroller naik MRT rasa macam renyah pulak.

      Delete
  4. Wahh seronoknyaaaaaaa...tetiba terasa nak eprgi padahal tak sedar diri ada baby kecik nanti..huhuhu..tunggu 2 tahun lagi la kot..tapi Aqil dah masuk sekolah pulak..haihla..hehe..tapi memang berbaloi lah masuk USS ni..sebab semuanya ada dan tak rasa rugi membayar walaupun pricey jugak kan..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...