Wednesday, October 1, 2014

Fresh Seafood di Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor

Boleh dikatakan hampir setiap minggu atau selang seminggu saya pasti akan menapak ke Pasar Pasir Penambang untuk membeli stok barang basah atau bahasa mudahnya lauk pauk. 

Ada bermacam-macam jenis ikan, sebut saja nak ikan apa, kerapu, jenahak, ikan merah, bawal emas, bawal hitam, bawal putih, ikan kekek, kerisi, tenggiri, kembung, pelaling, parang, pari, (eh, tetiba terarif pulak jenis-jenis ikan sebab selalu diperkenalkan jenis-jenis ikan oleh penjual di sana).. heheheheh..

Itu baru ikan, kalau udang, sotong, kerang, ketam pula, macam macam size ada, kecik, besar, sedang, paling besar, semuanya berlainan harga. Pilih sahaja yang mana suka. 

Minggu lepas terajin nak ambil gambar, so inilah yang kami borong. 


Mentarang ni sangat susah sangat nak dapat, dah banyak kali pergi tapi tak ada. Baru-baru ni ada terus beli 2 kg. Mr. papa nak makan mentarang bakar. Dalam duk tinjau-tinjau tu, ternampak pulak udang lipan, oh, teringin juga, tapi dah beli mentarang, minggu depan pula ya. 



Seterusnya ikan, Inilah tiga jenis ikan yang saya beli, pelaling, jenahak dan bawal emas. Pelaling tu fevret saya, goreng garing-garing atau masak singgang. Nyum-nyum.. Ikan jenahak masak kari. Boleh dikatakan setiap minggu Mr, papa request kari, lebih-lebih lagi ada orang jual rempah giling kat situ. Kadang kami beli ikan merah, ikut selera Mr. papa. Bawal emas tu kegemaran anak-anak. Kadang tukar dengan tenggiri, budak-budak senang makan ikan macam ni, banyak isi dan tak banyak tulang. 


Yang terakhir adalah udang, ketam, sotong. Yang ni memang wajib beli setiap minggu. Udang hari tu saya masak rendang. Ya Allah, sedap sangat rupanya rendang udang ni. biasa buat sambal ajekan..Sekali sekala pelbagaikan menu ok jugakan. 

Total semua bahan basah saya beli ini ialah RM89. Tahan untuk seminggu. Murahkan?? 

Selain daripada lauk pauk ni, kami juga beli sayur-sayuran, ulam-ulaman dan juga buah-buahan. Semuanya fresh fresh ok, dan harganya berpatutan. 

Pesan mama : Teringat ketika di terengganu dulu, boleh dikatakan semua lauk pauk dan bahan basah di sana dapat percuma. heheheheheehhe

2 comments:

  1. memang seronok pegi situ.. macam2 ada.. tp sayang sebab saya terlalu jauh... kalau lah dekat memang tiap2 minggu pegi..

    ReplyDelete
  2. seronok dapat beli yang fresh

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...