Friday, November 7, 2014

Legoland Water Park

Seharian telah menghabiskan masa di legoland Theme Park, keesokan harinya kami ke Water Park pula. Sebenarnya kami ambil tiket combo 2D1N (Hotel+Theme Park+Water Park). Anak-anak sudah excited nak main air. Saya tak berapa excited sebab panas dering. Maunya sunburn kulitku yang tak berapa nak gebu ni. eheheheheheh.. dahla tak prepare sebarang sunblock.   



Sebelum ke waterpark, kami check out dulu. Kalau tak silap checkout kul 11 kot ke 12 lupa dah. Senang, angkut barang semua masuk kereta, Lepas puas main air, tukar baju terus balik KL. 


Sementara tunggu Mr. Papa Check out, sempatla anak-anak main lego kat lobby tu. Serius kat lobby hotel pun anak-anak dah seronok, apatah lagi kalau main kat dalam theme park kan? So kalau ada masa bawalah anak-anak ke legoland. Confirm derang happy! 




Lebih kurang kul 10.30 pagi, kami pun masuk water park. Masa nak masuk Sofea kena bayar RM10, dia bagi pampers khas untuk swimming 2-3 pieces, lupa dah. So kalau yang ada anak kecik tu tak payahlah nak prepare beli pampers utk swimming tu sesiap, kat sana dah ada. Tapi kalau nak prepare sesiap pun ok, terpulanglah. Eh kira tips la ni ye. 



Mula-mula masuk dalam water park ni bukan main excited anak-anak. Ya la, budak-budak suka air kan. Sofea pun sama. tapi tak lama dia happy. Dalam setengah jam lepas tu dia mula moody. Mengantuk agaknya.



Bila dia dah moody tu, saya bawa dia naik pelampung ni. pusing-pusing beberapa kali. Tapi tetaplah meragam dan nangis. Memang menangtuk sesangat kot. Sudahnya, saya hanya main benda alah ni satu je. Mr. papa dan Zarin sempat naik semua benda dalam theme Park ni. Tak sangka berani sungguh Zarin ni. 





Haaa, bukan main lena tuan puteri beradu. Hikhikhik. Nasib baik ada khemah kat situ. Ada yang boleh sewa satu (cavana) kot nama dia, atau duduk je bawah khemah yang umum tu. Memandangkan orang tak ramai, (tak de orang pun bawah khemah ni), saya sorang sahaja, jadi saya tak sewa pun. Tunggulah Mr. papa dan Zarin main sampai letih. 




Saya pun dah jaga Sofea tidur, tak adalah naik atas-atas yang tinggi tempat derang main tu. Ada macam-macam sebenarnya. Gambar pun tak de snap. 

Ohya, jangan risau, kat sini ada perkhidamtan sewa locker, sewa towel, juga ada jual baju mandi kalau tak bawa. Tempat makan pun ada, bilik persalinan pun ada. Tak perlu risau. Kami duduk dalam waterpark ni dalam 2 jam sahaja. Letih kot, dengan panas yang amat. Bila main air confirmla cepat lapar. Lebih kurang pukul 1 tengah hari kami pun keluar dan bersiap untuk balik KL. Oh ya, sempat juga kami singgah kat hello kity town (seronok juga) , JPO (murah juga barangan kat sini) dan Melaka (makan yang tau foo). Tapi malas dah nak buat entry pasai tu. ehehehehehehehe.


Pandangan peribadi saya, kalau setakat nak pergi water park 2-3 jam dah cukup kot. Tapi terpulang pada masing-masinglah ya :)

Good bye Legoland, till meet again! 

Oh ya, insyaallah nanti saya kongsikan tips-tip (do and dont) untuk ke USS dan legoland ya. ada ke yang nak tahu??

Pesan mama : Tengah riki-riki tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak jalan-jalan lagi ni. Untuk sekarang memang nak cari tempat yang boleh buat anak-anak seronok je. Untuk mak pak, tunggu dulu ya :P

5 comments:

  1. kena standby duit lebih sikit nak ke sini...takut ada yang migraine bila 'keteringinan' anak tidak dpt dipenuhi..;-))

    ReplyDelete
  2. baca je la dulu sebab masih tak berkemampuan nak pegi lagi..hehee

    ReplyDelete
  3. wah! seronoknya pergi ke Legoland Water Park.
    tengok gambar pun dah terasa seronoknya :)

    ReplyDelete
  4. seronok kemain lagi... lom pernah lagi singgah sini ntah kenapa... agaknya sebab takder budak kecik nak happy happy...

    ReplyDelete
  5. bkn anak2 je seronok mak pak pun suke jgk...

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...