Wednesday, January 29, 2014

Himalaya baby shampoo tak ada stok!

Serius saya rasa bersalah sangat, bila saya ada berjanji dengan beberapa kawan-kawan untuk tolong belikan Himalaya baby Shampoo untuk mereka, tetapi sampai ke hari ini saya masih belum dapat membelinya. Saya telah ke outlet di OU, KLCC, dan juga Midvalley serta pergi ke warehouse sale yang sering diadakan di Bangsar tu, tetapi tetaplah tak ada stok shampoo untuk baby ni.Kiosk lain saya tak pasti. Saya pun dah tanya promoter kat situ, bila akan ada stok, malangnya mereka pun tak dapat pastikan bila.  Sungguh rasa bersalah sangat bila buat orang ternanti-nanti. 


Dalam pada itu, mereka turut memperkenalkan atau nama lain, mempromote atau mengesyorkan saya untuk mencuba gentle baby bath ni, produk baru di Himalaya untuk baby. Katanya boleh juga guna untuk rambut (shampoo). Tapi saya tak beli dan tak pernah cuba lagi, jadi tak berani nak syorkan ke apa.  Cuma baunya juga sangat wangi dan seakan-akan dengan baby Johnson.


Jadi, harap kawan-kawan yang order shampoo dapat bersabar dan jika ada stok saya akan belikan. Namun begitu, kalau ada kawan-kawan yang ingin mencuba gentle baby bath ni, tetapi sukar untuk mendapatkannya bolehlah maklumkan pada saya. Insya-Allah saya akan belikan.

Pesan mama : Nanti kalau saya dah cuba saya kasi review ya :)

Tuesday, January 28, 2014

Lupus EBM lagi

Bila sofea dan menginjak ke usia satu tahun, maka sudah pastinya Sofea pun sudah setahun menikmati susu ibu. Alhamdulillah, rezeki anak. Bila bercakap pasal susu ibu, saya pasti sedih bila terpaksa lupuskan EBM lagi. Yang ini entah kali ke berapa, mungkin 4-5 kot. Sebelum ni, ada juga yang dah dilupuskan, tapi tak banyak. Kali ini memang banyak. Sedih, tapi dah tak ada tempat untuk nak simpan EBM ni


tinggal kenangan 

98 bekas dadih x 4oz = 392 oz
4 pek liner x 4 oz = 16 oz
So total EBM yang telah dilupuskan ialah = 408 oz

Apepun saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan untuk Sofea. Harap sangat semoga saya mampu menyusukan Sofea selama dua tahun atau lebih. Insya-allah. 

Pesan mama : Terima kasih pada kak diey, kerana benarkan saya untuk tumpangkan EBM dalam deep freezernya. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan akak :)

Oh ya, sebenarnya saya tak ada apa-apa rahsia atau amalkan apa-apa makanan tertentu semasa menyusu. Saya hanya makan makanan seimbang, minum banyak air dan juga mengepam. Kepada yang PM saya di FB bertanya pasal susu ibu insyaallah saya akan membantu setakat yang termampu. Kita sama-sama belajar ya!

Friday, January 24, 2014

sekadar renungan

Assalamualaikum...

source FB

Thursday, January 23, 2014

Cooler bag baru

Bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi, cooler bag sememangnya antara benda yang sangat penting dan wajib dalam menjayakan penyusuan susu ibu, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang bekerja. Di bahagian saya tidak mempunyai peti sejuk, jadi cooler bag sangat perlu untuk saya menyimpan susu semasa di ofis. Kini, cooler bag sudah menjadi 'handbag' no.2 saya, wajib bawa.  hehehehehehe

Sepanjang setahun menyusukan Sofea, ini merupakan cooler bag yang ketiga. Sebelum ini saya guna cooler bag Avent (yang Abang Zarin dulu) tapi dah menggelupas, jadi bertukar pada cooler bag baru (bubble). Tapi dalamnya dah terkoyak. So kali ini saya beli lagi cooler bag baru (stylo mama). 

PRODUCT DESCRIPTION
Stylo Mama Thermal Stylish Cooler Bag
Features:
Outer material: High Grade Neoprene
Dual Usage – Keep Warm(can keep your food warm for longer time) or Cold
Double Insulated
Fit up to 10 pcs 4oz milk container
22cm (L) x 23cm (H) x 17cm (W)
With front pocket, PP strap handle
Water resistant – easy to clean


Serius saya sangat sukakan cooler bag ini. Dan paling best saya dapat dengan harga RM40, termasuk pos! yeaaaaaa!!!! 

Murahkan???

Pesan Mama : Harap sangat cooler bag ini mampu bertahan lama. Hehehe

Tuesday, January 21, 2014

selamat hari lahir zea sofea

21 Januari 2013, 1:47 PM, lahirlah seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Zea Sofea. 
Alhamdulilah, hari ini genaplah setahun usia Sofea. Sungguh pantas masa berlalu, macam tak puas lagi nak gomol-gomol budak kecik comel ni. 


Sofea oh Sofea, semoga anak mama terus membesar dengan sihat, dengan baik, dengan solehah dan dengan macam-macam lagi. sesungguhnya mama, papa dan abang Zarin sayang sangat sangat dekat Sofea. 


Selamat hari lahir yang pertama sayang! 

Pesan Mama : Anak adalah anugerah allah, kita sebagai ibu bapalah yang mencorakannya :)

Wednesday, January 15, 2014

BE pertama 2014

Terima kasih nuffnang sebab bermurah hati berikan satu BE baru kat blog sendu (kejap aktif, kejap tak aktif) saya ni. Kali ini untuk iklan Taylor's. Nak tahu lebih lanjut boleh klik iklan ya :) Kiranya BE pertama untuk tahun 2014.  Alhamdulilah. 


Pesan Mama: Terima kasih juga pada semua yang sudi singgah di sini. Dan terima kasih juga korang sebab rajin klik iklan yang menari-nari di dalam blog saya ni. Sayang korang ketat-ketat 

Friday, January 10, 2014

nasi berlauk

Rezeki Jumaat,  Alhamdulillah hari ini ada orang belanja nasi berlauk Kelantan.  Sedap sedap sedap..
sebelum ni,  saya ingatkan nasi berlauk ni yang original lauk gulai ayam,  rupa-rupanya yang original lauk gulai ikan tongkol,  ada sambal belacan.  Hahahahaha...

Tapi hari ini,  orang yang belanja tu bermurah hati nak tambahkan solok lada dalam nasi berlauk ni.  nyum.. nyum.. sedap sangat..


oh sedap!

Apepun terima kasih bebanyak kerana belanja kami. Semoga rezeki semakin murah dan boleh belanja kami selalu... hahahahahha...

Ikan Tongkol Solok Lada,
Sudah Makan Lelapkan Mata.

Eh pantun dua kerat! maveles! maveles! 

Jom, tidur, rehat panjang hari ni.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Pesan Mama: Serius banyak betul nasinya.  Jenuh nak habiskan.  Nak buang sayang,  So kerit sikit sikit bagi habis jugak... Nasib baiklah saya ni jenis perut stoking,  boleh masuk macam macam.. ^_______^

Tuesday, January 7, 2014

Lupa

Lupa! Lupa! Lupa! Memang itulah situasi diri saya sekarang. Kadang-kadang baru sahaja bersembang dengan mr. papa pasal sesuatu topik. Bila ditanya mesti saya jawab entah, tak tahu. Awak ada cerita kat saya ke? Haaaaaa, tapi kadang-kadang guna ayat untuk cover. 

"Biasalah, dah beranak dua ni, banyak urat putuih masa besalin dulu. tu yang asyik lupa!" ^_^

Semalam saya terlupa bawak beg pump ni. Dalam kereta baru perasan. Last-last minta tolong Mr. Papa balik ambil dan hantarkan. hehehehehehehehehe. Tq mr. papa.


Beg pump ni saya tinggal di ofis. Hujung minggu baru bawa balik. Almaklum sajalah, hari Isnin, dengan kalut anak-anak lagi hingga tak tercapai beg comel merah ni. Jika dulu saya jadual pam saya 3 kali sepanjang di ofis, sekarang saya hanya pam dua kali sahaja. Pukul 10.30 pagi dan pukul 3 petang. 


Dan inilah hasilnya setiap sesi. Alhamdulilah, walaupun tak semeriah dulu, yang penting cukup untuk Sofea. sekarang pun Sofea dah kurang menyusu, hanya 2 botol di nursery, tetapi kuat makan. Nampak gayanya stok EBM yang dah lama tu akan saya lupuskan tidak lama lagi, dengan gantikan yang baru. Rasanya dalam 50 botol ke atas. sob-sob. 

Pesan Mama : Sentiasa berdoa semoga allah murahkan rezeki untuk anak-anak, Amin. 

Monday, January 6, 2014

ikan singgang - all time fevret


Saya dan ikan singgang memang tak dapat dipisahkan. All time fevret. Hari-hari ikan singgang pun tak apa. Dahla cara masaknya mudah, dan paling penting sihat. Tapi yang tak berapa bestnya, kalau masak ikan singgang sure makan nasi bertambah. Lagi-lagi kalau ada budu atau sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan bakar tawar, ikan goreng pun ok! 

Seksi sungguh ikan ni posing. Tergoda ai!
Sebenarnya masak ikan singgang ni pun ada pelbagai cara ikut selera masing-masing. Tapi saya suka guna resepi original Terengganu. Memang ummph habislah. Dan saya hanya masak ikan singgang guna ikan kembung, pelaling atau tongkol, ikan lain tak suka. 

Pesan mama : Sape kata ai ni cerewet bab makan? Mai nak babab sikit! 

Friday, January 3, 2014

Selfie

Membuka tirai 2014 dengan tajuk entry selfie! hahahahahhahahaha.. Rata rata ramai sangat yang suka berselfie sekarang ni. saya ni tak reti sangat berselfie, tapi kadang-kadang datang angin gedix memang tak dapat nak elak. 

selfie pertama 2014. jatuh chinta dengan wide shawl chiffon ni. selesa sangat


macam garang je, macam cengey je. macam-macam je

dengan dua 'handbag' comey dan hensem

my dealova

abang zarin juga yang sporting! muaaaah!

Hahahahaha. Baru-baru ini ada tertengok alat kalau tak silap nama dia self shot monopod, macam best je. Tapi kalu Ai beli confirm kena gelak dengan Mr. papa. hahahahahahaha.

Serius Mr. papa macam tak berminat kalau Ai nak berselfie together-gether ala-ala pengantin baru ni. Memang assalamualaikumlah jawabnya. kahkahkahkah..

Pesan mama: Selamat tahun baru buat semua rakan-rakan yang berkunjung ke rumah saya ni. Semoga tahun baru memberikan kita 1001 rahmat dan segala impian dan azam menjadi kenyataan. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...