Friday, February 28, 2014

Review Peel Off Mask Himalaya

Masih ingat lagi pasal entri ini? Ok hari ini nak bagi review, walaupun baru sekali pakai. ^___________^

 Ini rupa saya semasa tengah pakainya :) 

Licin berkilat

Tunggu 10-15 minit atau sampai kering atau berkilat, kemudian baru bukak.

Serius seronok sangat pakai peel off mask ni. Terasa macam kulit baru "bersalin" atau rasa licin dan bersih macam telur dikupas. Itulah perumpamaan yang tepatnya kot. awal-awal ni saya nak try pakai 2 kali seminggu, lepas tu baru nak pakai sekali seminggu. Tengoklah hasilnya nanti, ada perbezaan ke tak?

sila abaikan pori pori di muka ai tu. dah macam permukaan bulan :(


Segala blackhead, whitehead, lebih-lebih lagi kat celah celah hidung tu habis terkeluar. Tapi ingat, jangan letak kat bulu kening pulak, nanti tak pasal-pasal habis tercabut aka botak kening korang. hikhikhikhik...  so far saya sangat sukakannya dan memang mengesyorkannya untuk dicuba. Boleh didapati di watson, guardian dan juga caring farmasi.

Ini muka Kak Ton hari ini. Salam Jumaat korang ^_^

baju kurung kain sari+wide shawl :)


Pesan mama : eh hari ni Jumaat, rehat panjang. ke mana kita? Jom ke klcc nak? Ada expo mom and babylah kat situ. Ke nak bertapa saja di ofis??? mmmm... 

Doa menghindari gangguan makhluk halus di tempat kerja

Salam jumaaat yang penuh keberkatan  :)

source:FB


Jom amalkan :)

Thursday, February 27, 2014

BROS water bottle

Bukan mudah untuk mencari botol air yang sesuai untuk anak-anak. Walaupun terdapat banyak jenis dan design yang kiut miut dipasaran, tetapi pelbagai aspek perlu diambil kira. Macam kami pun agak cerewet juga, saya berkenan Mr. papa tak berkenan. Mmmmmm

Sebenarnya hanya nak cari botol air masak untuk sofea. Sebelum ni guna sippy cup avent, tapi macam Sofea tak berminat sangat. Beli juga MAM, tapi kalau saya suap asyik tersedak saja. Aduiiii..sudahnya hanya bagi minum guna cawan. Tapi itulah, tetap juga nak cari botol yang sesuai. Mula-mula nak beli Thermos, sama macam bekas makanan dia, tapi Mr.papa tak berkenan. mmmmmm... kalau bapaknya dah tak setuju, memang tak boleh kata apadah. Akhirnya kami terjumpa PURE : BROS water bottle ni. 

Alhamdulilah, Sofea suka sangat dan Zarin pun of course la ada juga untuk dia. Tak berebut. Senang bawak pergi sekolah juga. Sebelum ni boleh dikatakan selang dua minggu, atau sebulan sekali beli. Sama ada hilang atau patah atau tak praktikal (susah nak buka-tutup). 


purple (Sofea) - merah (Zarin) 


sedikit info tentang botol ini :

Pure
BROS Pure series, like its name, aspire to make every sip of yours purely refreshing. These contrasting coloured water bottles are ergonomically designs and come with a flip top straw cap. Made from Eastman Tritan copolyester, rest assured that your daily water intake are taken care of in a healthier and jazzier way.
BPA Free – Made from 100% Bisphenol-A (BPA) free material (source)
Memang best sangat botol ini. Anak-anak suka sudah pasti ibu bapa gembira. Sofea memang jenis kuat minum air masak, so kena pastikan air sentiasa ada dalam botolnya. Terdapat pelbagai pilihan warna yang kiut miut untuk dipilih. Dan yang penting BPA Free, ada spare part dan mudah dicuci. Boleh dapatkan di shopping complex yang berdekatan dengan harga RM19.90. Hari tu kami beli ada sale 50%. Hehehehehehehe. 

Pesan Mama : Air sangat penting untuk tubuh badan kita. Pastikan anak-anak minum air yang mencukupi :)


Wednesday, February 26, 2014

Himalaya Peel Off Mask

Assamualaikum,

Lunch hour tadi keluar kejap sebab ada urusan bank...  Bila dah settle sempat kejap singgah kat kiosk Himalaya. Saja nak cari Face Moisturizing Lotion yang dah nak habis tu.  Alang-alang dah singgah sempat pulak belek-belek produk yang lain. Akhirnya saya terbeli Almond& Cucumber Peel Off Mask ni. (perangai yang ni tak dapat nak elak setiap kali ke kiosk himalaya, mesti nak cuba yang lain-lain juga) 

sedikit info tentang peel off mask ni 

Action:
Almond & Cucumber Peel-off Mask unclogs pores and peels away blemishes to reveal healthy, glowing skin. Almond nourishes, soothes and softens your skin. Cucumber tones your facial skin and provides a cooling effect. Pineapple removes impurities and dead skin cells and firms up the skin. Indian Gooseberry has cleansing and antioxidant properties.

Indications:
Cleaning and unclogging pores in all skin types.

Ingredients:
·         Cucumber (Cucumis sativus, Trapusha)
·         Indian Gooseberry (Emblica officinalis, Amalaki)
·         Almond (Prunus amygdalus, Vatada)

Directions:
Apply evenly over cleansed face and neck, avoiding the area around the eyes. Allow the mask to dry for 10-15 minutes. Gently remove the peel from the side of the face. For best results, use once or twice a week. Do not apply on broken or inflamed skin. Follow with Himalaya Face Moisturizing Lotion.

Serius tak sabar nak cuba. Nanti saya bagi review ya :) Oh ya, tadi saya beli produk ini yang 75g dan harga RM17.90 before 20% diskaun. 

Pesan mama : oh ya, saya dah belikan Himalaya Baby shampoo pada kawan-kawan yang dah order. Nanti saya poskan ya :)

Tuesday, February 25, 2014

Escada Elixir

Alhamdulilah, dapat tambah satu lagi koleksi perfume, Escada Elixir. First time try jenama ini. So far baunya best juga, macam bunga-bunga dan soft ja. Oklah, boleh tukar-tukar. Abang Zarin merupakan peminat utama perfume ni. Boleh dikatakan setiap pagi nak pergi sekolah minta perfume mama. 


Katanya, Abang suka bau perfume mama, wangi. Nanti kawan-kawan Abang cakap mama Zarin wangi. Sebab tu abang kena pakai. 

Perfume ini pemberian Mr. Papa, sebagai tanda terima kasih sebab jagakan anak-anak semasa dia ke luar kawasan. hehehehehehehe.. 

Tapi serius agak mencabar juga jaga budak berdua ni seorang diri. Yelah, time baik ok sangat, tapi nanti time begaduh, time bebal, memang mama perlukan tahap kesabaran yang tinggi! Grrrrrrrr...




Kadang-kadang kesian Abang Zarin, bila kena tegur sikit  terus nangis dan cakap

Abang nak papa! Papa! Papaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! (Zarin memang berjiwa halus dan lembut sikit).

Asyik duk menghitung hari bila papa nak balik dan sebagainya. Maklumlah jarang kena tinggalkan.Sofea pulak ok sahaja, asalkan ada mama.

Pesan mama : Tabik spring dekat ibu-ibu yang PJJ dengan suami dan menjaga anak seorang diri :)


Monday, February 24, 2014

CPUV Februari 2014

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, nampaknya nuffnang masih sayangkan blog saya yang tenggelam timbul ni. tq so much nuffnang.


Dan inilah tiga iklan yang sedang menari-nari kat blog saya ni..   Nak maklumat lanjut boleh klik iklan ya :)


tengok McD jadi lapar pulak dah. suka mcflurry oreo tu. nyum-nyum..


oh, IKEA tengah sale sekarang ni. Jangan lupa terjah! memang berbaloi ok!
Kalau nak bibir sexy dan berseri macam model boleh try lipstick ni. :)

Pesan mama : Tq so much pada yang rajin singgah dan klik iklan.

Friday, February 21, 2014

Lipstick Debella

Kalau dah namanya perempuan mesti tak dapat lari daripada produk kecantikankan? Hari ini saya ingin berkongsi lipstick yang saya selalu guna, eh silap baru guna, tetapi sesuai. (sebelum ni dah try tester dia, jenis kecik pendek tu) dan tersangat ok! Kalau sebelum ini saya pernah coretkan saya hanya menggunakan lip balm, tapi kali ini ada improvement, Ai dah pakai lipstick you! hahahahahahha

Jangan gelak tau, kemungkinan kawan-kawan langsung tak tahu jenama ni. Tapi memandangkan bibir saya sesuai, jadi saya pun belilah  Harga pun murah dan paling penting bibir saya tak 'gelebek' bila memakainya. Nak tahu apa dia??? inilah dia Debella. Katanya berasaskan tumbuhan, itu yang saya suka.



Eh ada improvement lagi, sebab kali ini beli satu set dengan lip gloss. Jangan silau pula bila berjumpa saya dari jauh dah nampak kilat-kilat aka glossy! Haaaa, sudah, terover pulak mu Mek ida weh. Tapi lip gloss saya tak suka sangat pakai, sebab rasa macam bibir tebal aka terjuih pulak. Sekali sekala bolehla pakai.



 Tapi lipstick dan lipbalm yang saya tak boleh tinggal adalah dua jenis seperti dalam gambar di atas ni. Himalaya dan magic stick dari nutrimetics ni. Tapi dengarnya nutrimetics dah tak ada sekarang, termasuk dalam Avon kot dan packaging pun dah tukar. 

Nak tengok rupa bibir saya dengan lipstick baru????

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Taddaaaaaaaaaaaaa



 Eh, silap, ni gambar Abang Zarin dalamlLif masa nak pergi sekolah pagi tadi.

Ok, kali ini betul!

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Eh ni Cik Pea.. hahahahahhaha.. Gurau je. Takkanlah nak tempek bibir kat sini, ingat bibirmu macam bibir Angelina Jolie ke Mek Ida weh! hikhikhik...

Pesan Mama : Kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Peace!!! \o/

Posing sexy

hehehehehehe, tajuk entry bukan main ya. Bukan orang yang posing sexy, tapi si kepak ayam ni. Siap belaga lutut you! hahahahahahaha... Inilah makanan kegemaran anak teruna dua minggu ni. Kalau boleh setiap hari nak kepak ayam. So stok kepak ayam memang selalu ada kat rumah, kalau dia nak just bakar je dalam pemanggang ajaib. Mudahkan??? 

Sexy tak ai????

Teringin nak buat kepak ayam macam kat pasar malam yang color merah tu. Tapi tak tahu macam mana resepinya. Ada yang kata letak pewarna. mmmmmm... Takpelah nak, yang tak color merah ni pun dah sexy dan sedap hingga menjilat jari. Lain kali kalau kita singgah pasar malam kita beli banyak-banyak k! 

Yang kat bawah ni pun bukan main jugak posingnya. Kalau tengok lengan nampak macam Sofea yang lebih besar. Macam nilah ragam anak-anak. Kalau Sofea, apa abang buat banyak yang nak ikut. Abang minum susu dia pun nak juga. Jadi Sorang minum susu sorang minum air masak. Yang penting sama macam abang. Tataulah besar nanti macam mana. 

Pink-biru, seakan sinonim dengan girl -boy! 

Dan si abang ni, cukup lembut dan selalu mengalah dengan adik. Alhamdulilah, dah besarkan abang. Kenalah pandai jaga adik. Mama selalu pesan "Adikkan small, dia tak tahu lagi apa yang dia buat tu, jadi abang kenalah mengalah dan jangan bekasar dengan adik, kena jaga adik elok-elok. Adik beradik kena sayang, Nanti Allah pun sayang!"

Pesan Mama : Selalu nyanyi kat bebudak ni  "Satu itu satu, Allah itu satu, dua itu dua, dua anak mama!" ^_____^

Thursday, February 20, 2014

Kerabu beronok

Siapa pernah makan kerabu beronok ni? Cepat ngaku. 

Kerabu beronok (beqonoq) merupakan salah satu makanan istimewa yang terdapat di Pulau Langkawi. Jadi kebetulan, bulan satu hari tu kami sekeluarga ke Pulau langkawi (oh, Mr. Papa anak jati Lanmgkawi tau!), jadi alang-lang dah pergi memang wajib carilah kerbau beronok ni. 

Rata-rata ahli keluarga saya kata sedap-sedap dan sedap. Serius saya tak boleh imagine langsung macam mana rupa kerabu beronok ni. jadi apalagi, teruslah menggoogle. Bila dah jumpa, terus terdetik, ooo, macam ni rupanya.. ada iras-iras dengan gamat jugaklah. 

ape rasa kerabu beronok ni????  serius saya tak tau. Sebab saya langsung tak mencubanya. Silap sendiri juga sebab google dulu rupanya, terus jadi tak tertelan.  huhuhuhu (saya cerewet sikit bab makan ni). tapi Mr, papa kata isinya sedikit liat, dan macam bunyi krup krup masa makan. Tapi semua orang kata sedap. Fikiran saya, mungkin kalau di Terengganu nu, rasanya seperi rojak kateh kot. hahahahahahaha...





Oklah, jadi kawan-kawan yang ke Langkawi jangan lupa untuk mencuba kerabu beronok ya. Haaa, ni ada sedikti info tentang beronok.

Beronok  ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan gamat dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok dimakan mentah iaitu dijadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di LangkawiKedah.

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.

Sumber : Wikipedia

Pesan mama : Kalau saya free nanti saya entrikan cerita di langkawi walaupun dah basi. huhuhuhu... banyak benda nak cerita ni. 

Friday, February 7, 2014

4 tahap mendidik anak ikut sunnah Rasulullah

Assalamualaikum..

source : TB
Pesan mama : Sharing is loving  :-x

Thursday, February 6, 2014

Dapur saya masih berasap

Oh, rasa terharu sangat bila kawan-kawan Pm tanya lama tak nampak gambar air tangan saya, baik di FB atau pun di Dari Dapur Kecah. Sejujurnya dapur saya masih lagi berasap seperti biasa, cuma untuk di Upload di FB, sebolehnya saya minimakan. Bukan apa, kadang-kadang niat kita lain, tapi lain pula tanggapan orang. Paling tak tahan bila ada yang kata "MACAM DIA JE YANG PANDAI MASAK". Sob-sob..

Kalau di Blog pula saya kekangan masa. Bukan mudah untuk tulis resepi. Insya- Allah, saya akan cari masa untuk update balik dapur kecah saya tu. Sebenarnya banyak nak kongsi, tapi tak terkongsi. 

Oklah jomlah cuci mata tengok gambar makanan. Yang simple-simple sahaja

Bubur nasi berlauk

Capati kuah sambal sardin

sambal udang eh ketamlah bertelur (tq cheqna)

sambal cumi-cumi

nasi lemak 

karipap sardin

mentarang rebus serai

sambal telur

cucur udang

Setiap hari saya pasti masak untuk abang Zarin. Menunya yang simple simple sahaja. Kalau bekal ke sekolah, Abang zarin jenis yang bermusim. Contohnya, 2 minggu dia nak bawa bekal ayam goreng ala kfc (drumstik sahaja), seminggu nugget dan fries, seminggu sosej, seminggu roti bakar, minggu ni dan minggu lepas nasi goreng, sampailah dia jemu dan minta menu yang lain pula untuk minggu yang akan datang.

Kalau makan malam pula, pun hampir sama juga. tapi mesti yang pedas (masak merah). Minggu ni dia minta sambal ikan bilis, so memang setiap hari masak sambal ikan bilis simple. hahahahahahahahaha.. Semuanya bergantung pada selera Abang Zarin. Sebab saya dan Mr. papa jarang makan malam, sebab dah kenyang makan di ofis. Kalau abang Zarin makanlah apapun, akhirnya sebelum tidur minta nasik juga. Ayat yang tak boleh tahan 

"Mama, abang lapar, perut abang sakit ni. Nanti abang mati kalau tak makan nasi" 

Pesan Mama : Eh, sekarang saya rasa gas cepat sangat habis. Dulu gas tahan sampai 3 bulan. Sekarang sebulan lebih dah habis. Padahal tak adalah masak sangat-sangat. Dulu lagi meriah masaknya. ermmm... gas bocor ke eh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...