Friday, March 28, 2014

MKJ : Pencil dan pemadam


Tuesday, March 25, 2014

kampungku

Betulla orang kata,

Tempat jatuh lagi dikenang, 
inikan pula tempat bermain. 


Setiap kali balik Terengganu mesti tak puas. Rasa kejap sangat masa berlalu. Kalau boleh nak cuti sebulan atau berbulan-bulan atau pun cuti terus. Tapi itu tak mungkin melainkan KALAU AKU KAYA! hahahahahahaha...

Sungguh rasa tenang dan damai sahaja apabila berada di pantai. Tempat kami bermain dan membesar. Setiap hari mandi laut, main pasir, tarik perahu kalau orang balik dari kelaut. Besiang ikan, cari remis, cari ketam dan macam-macam lagilah. Semua itu dah sebati dalam diri ini. Terus terasa rindu zaman kecik-kecik.
  
Zarin pun tersangat sukakan laut dan pantai. Nasib baik hari kedua di Terengganu, ombak tak kuat sangat. So sempatlah dia mandi. Masuk hari ketiga dan keempat, ombak sedikit bergelora dan berangin. Jadi hanya benarkan dia main pasir sahaja. 



Muka Zarin pun dah hangus sebab terlalulah kuat main panas. Celik mata je nak pergi pantai, nak main pasir. paling tak tahan tengah hari buta duk kejar ayam. Katanya ayam tu lari laju, penat abang kejar, macam cerita upin ipin. Hahahahahahahahahaha.. anak-anak. Kalau dah seronok main memang kuranglah makan. Jenuh paksa, lebih-lebih lagi jumpa ramai sepupu sepapat. 

Pesan Mama : Baru sampai KL, Zarin dah ajak balik terengganu lagi esok. Abang nak kejar ayam. Best! 

Friday, March 21, 2014

Ganu Kita

Hari ini bermulalah cuti sekolah. Ramai yang telah merancang cuti. Kami sekeluarga akan balik ke Terengganu. Insya-Allah petang atau malam ni. Sememangnya kami tersangat suka kalau balik Terengganu. Selain mengunjungi saudara mara, kami suka terengganu Sebab dalam kepala dan mata dah terbayang macam-macam makanan yang sedap. Keropok lekor, sata, pulut lepa, roti tempayan, roti paung, nasi dagang, apam kuoh, buah boom, warung pok nong, seafood yang fresh dan macam macam lagilah. nyum-nyum.. 

pic from google
Kalau Zarin pula, bila di tanya Kenapa abang suka terengganu?

jawabnya " Sebab boleh main pasir, mandi laut dan pergi kedai che ngah"

Pesan Mama : Selamat bercuti kawan-kawan

Thursday, March 20, 2014

Alahan Telur

Baru-baru ini muka Sofea naik ruam di sekitar mulut dan pipi. Mula-mula ingat macam gatal-gatal biasa disebabkan faktor cuaca. Tapi dia tak adalah menggaru sangat. Cumanya sebagai ibu, bila tengok keadaan anak macam tu mula susah hati. 

Kemudian bertambah susah hati bila cikgu di nursery whatapps tanya kenapa dengan muka Sofea, banyak bintik merah. Tak lama lepas tu whatapps lagi kata dah berkurang. Lega sikit. 

Kemudian lagi dia bertanya kot sofea alegik telur? sebab dia ada suapkan lempeng (yang diletak telur). 

Saya pun tak pasti, sebab Sofea tak pernah makan telur lagi. Cuma saya perasan kalau bagi to fu telur dia akan naik merah sekitar mulut dan pipi. Tapi kalau roti dan kuih lain yang ada telur macam ok pula. hmmmmm... pening fikir. Tapi alhamdulilah, hari ni dah ok. Tak ada merah-merah macam ruam dah. 


saya kongsikan sedikit info tentang alahan telur ni. 

Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.

Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.

Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.

Maklumat lengkap boleh rujuk SINI

Pesan Mama : Buat seketika kena elakkan atau kurangkan Sofea makan makanan yang ada telur. Tunggu besar sikit. sekurang-kurangnya dua tahun kot 

Tuesday, March 18, 2014

Bawang kecil bawang besar

Bawang merah pun sebenarnya ada bermacam-macam jenis. Ada yang kecil ada yang besar, dan warna pun berbeza-beza. Apatah lagi kegunaannya. Saya kongsikan jenis bawang dan kegunaannya untuk perhatian kita semua. Jangan tersalah lagi tau. 


Tapi secara peribadi, saya pun tak tahu sangat sebenarnya. Tapi adalah juga beberapa jenis bawang merah kat rumah tu yang saya guna. Cuma saya tak suka guna bawang yang red onion tu, sebab kerasnya kalau tumbuk. Kena guna tenaga yang banyak dan lama pulak tu. Kalau blend oklah. Saya lebih suka guna bawang besar (sederhana besar) sebenarnya. Sebab senang sekali masak guna sebijik.

Pesan mama : Selamat memasak kawan-kawan :)

Monday, March 17, 2014

meraikan hari lahirnya

16 March 2014, genaplah 31 tahun usia Mr. Papa. Untuk meraikan hari jadinya, kami ke OU, jalan-jalan cari makan (mainan), kata Abang Zarin. hehhehehehehehehe...Abang Zarin memang beriya sangat nak keluar, nak makan kek dan nak beli hadiah untuk papa. Kami keluar pun dah lambat, dalam pukul 6 lebih. 



Semasa beli hadiah untuk Mr. papa, abang Zarin siap sembunyi dan suruh papa tutup mata lagi. nanti papa nampak katanya. hikhikhik... Soalannya untuk papa

                                         Papa gembira tak abang bagi hadiah? 
                                         Papa suka tak hadiah abang beli tu?





Apepun, Selamat hari lahir yang ke 31 Mr. papa. semoga diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki, Menjadi papa dan suami yang terbaik untuk kami, yang boleh membimbing kami ke jalan yang diredhai. Amin.

We love you so much. ^_____^

Pesan mama : Walaupun usia u makin bertambah, tapi dimata dan hati ai, u menten muda. muahahahahahahahaha

Friday, March 14, 2014

Susah nak fahamkan

Masih lagi berkisar tentang telefon yang retak seribu. Alkisahnya, Zarin terjatuh atas jalan yang bertar di rumah kami pagi semalam. Telefon dia yang pegang, masa jatuh tu skrin telefon mengadap jalan tar yang tajam dan berbatu tu. Habis luka dan berdarah siku tangan dan lutut. Lutut sikit ja. yang teruk siku.

 Mula-mula nangis sikit je, sebab sakit dan panik nampak darah, tapi akhirnya bertambah kuat bila tengok telefon mama pecah dan tengok muka mama. Serius saya pun tak perasan langsung pasal telefon tu. Masa tengok dia nangis kuat tu, saya tengah lapkan luka dan letak minyak gamat. Lepas tu pujuk dia supaya jangan nangis sebab semalam ada acara bergambar kat sekolah. Kan dah tak elok muka lepas nangis ambil gambar. 

Tapi saya terus terkejut bila Mr. papa tunjuk telefon. hah, Pecah???? kata saya. Apa lagi makin kuat lah tangisannya. huhhuhuhuhuhuhuhuhu..

"Mama marah abang tak? mama sayang abang tak?" soalan yang bertalu-talu keluar dari mulutnya.

"Mama sayang, mama tak marah pun. Dah-dah. Takpe nanti mama hantar kedai kita baiki. Dah jangan nangis. Nanti tak hensem anak mama ambil gambar."

Pastu saya belikan handyplast dan tampal kat lukanya. 



Ingatkan dah lupa kes telefon tu. Masa ambil dia kat neseri, bertanya lagi. Telefon mama dah baiki ke dan sebagainya. Mulalah keluar cerita zaman dia umur 4 tahun 5 tahun dan sebagainya. Yang lucunya, Dia masih ingat dulu dia pernah pecahkan skrin telefon saya juga, rasanya masa umur 5 tahun kot. 

Pastu keluar lagi soalan "Mama marah abang tak? Mama sayang abang tak?". Bukan sekali tapi berkali-kali. Letih nak jawab. Risau sungguh kalau mama tak sayang dia. huhuhuhuhu

Susah sungguh nak fahamkan dia antara sayangkan barang dengan dia.  Akhirnya saya jawab. 

"Mama tak marah. Telefon kalau rosak boleh beli yang lain, ganti baru. Kalau Abang mama tak boleh beli. Tak ada jual di kedai. Faham tak? Sebab tu macam mana pun mama tetap sayang abang. Abangkan anak mama, mestilah sayang"

"oooo..kalau macam tu mama beli telefon color blue la.. Abang suka, tak payah pakai telefon color red lagi!" Balasnya. 

Hahahahahahahha.. Hadoiiiiii! ^______^

Mr. papa gelak-gelak dengar cakap Zarin. Tapi itulah, Zarin ni kalau apa-apa dia buat salah mesti ayatnya 

"Mama sayang abang tak?
"Mama sayang abang tak?"
"Mama sayang abang tak?"

tak pun dia kata 

"Abang sayang mama!"
"Abang sayang mama!"
"Abang sayang mama!"

^_^

Pesan Mama : Zarin ni, jenis anak yang patuh, lembut. Kira memang anak mak la. Tataulah besar nanti macam mana.. hahahahahahahahaha



Thursday, March 13, 2014

Retak seribu

Sob-sob... Macam-macam jadi hari ni... Salah satunya ini!!!!




Oh my S4. Retak seribu ok! Mula terbayang duit ada sayap duk terbang-terbang. Agak-agak berapa RM nak repair ni?

Pesan mama : Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Monday, March 10, 2014

update Sofea 13m+

Alhamdulilah dah masuk 13 bulan pun Sofea. Cepat sungguh masa berlalukan. Sekarang dia dah boleh faham apa yang kita cakap. Perkembangannya pun alhamdulillah hampir sama dengan perkembangan dengan budak-budak lain yang sebaya dengannya. 

1. Dah boleh sebut papa, mama, abang, nak, tak nak, angan (jangan), nen (nenen), yaq (ayaq-air). Kadang-kadang keluar jugak bahasa Jerman dia yang susah nak faham. Tapi mengikut cikgunya, sofea jenis banyak mulut. Asyik bercakap ja. Tapi tak tahu apa dia kata. heheheheheehhe

2. Kuat makan. Masih makan bubur nasi, tapi setiap kali tengok orang makan, pasti mulut kecik tu nganga juga, dia orang pertama yang akan duduk atas riba mama, suap nasi macam orang besar. Cuma bab makan sedikit memilihla. 

3. Suka minum air masak, tak suka manis

amboi rileks nampak.

4. Berat masa check up setahun hari tu 10.2 kg. Ni rasanya macam bertambah sikit beratnya, walaupun ramai yang kata dia nampak dah susut. Mungkin sebab dia tengah lasak dan tinggi kot.

5. Suka sangat buli abang dia. Suka panjat dan duduk atas abang, gigit abang, tarik telinga abang, berebut mainan dengan abang.

6. Suka menjeling ok!

7. Kalau cakap sape nama zea Sofea anagkat tangan? laju je angkat tangan. hehehehehe..

bab tayang gigi no. 1! say cheeeseeeee!!!!

8. Paling dia suka adalah tayang gigi! buat mimik muka... hahahahahaha.. serius lucu sangat setiap kali dia buat mimik muka.

9. Suka main air (mandi)

10. Suka panjat-panjat. Sofa, stroller, katil, basikal. Pernah terjadi letak dia dalam baby chair, sedar-sedar dah ada atas meja makan. Serius terkejut dan kecut perut!

11. Sungguh lasak.

12. Gigi pun dah banyak. Yang betul clear ada 9 termasuk satu geraham. yang dah tumbuh sikit (tunggul/pecah gusi ada 4)

13. Dah pandai jalan walaupun paling banyak dalam 6-8 langkah.. yeaaaaa

Rasanya itu jela kot dulu perkembangannya. Nanti kalau teringat akan diupdate.

Pesan mama : Setiap anak perkembangannya berbeza. Ada cepat ada lambat. 

#PrayforMH370#

Friday, March 7, 2014

Selera anak-anak

Selera bermusim, itulah anak-anak saya. Ada masa nak suruh mama masak, ada masa nak makan kedaiiiiiii je. Kuasa sepenuhnya bab makan malam diberikan pada abang Zarin. Dia tentukan nak makan apa dan kami ikut sajalah. Semalam dia cakap nak makan pasta. So apa lagi, cepat-cepatlah beli bahan untuk masakkan pasta spiral ni. Pasta ala bolognese aka pasta goreng kot. 


Saya ada updatekan resepinya di FB. So saya share di sini juga. Resepi mudah je tau. Jangan gelak pulak

Pasta spiral (direbus dan ditoskan).
3 ulas bawang putih (dicincang)
Olive oil secukupnya
Dua batang sosej potong bulat
Isi ayam dicincang/potong halus
Carrot dan brokoli (dicelur)
Capsicum, potong dadu
Fresh sweet basil
Garam/gula
½ tin tomato puri
Sedikit fresh milk


Panaskan olive oil, masukkan bawang putih dah goreng hingga naik bau. Masukkan sosej dan ayam, kalau perlu tambah sikit air, goreng hingga masak. Kemudian masukkan tomato puri, fresh milk. Kacau hingga menggelegak, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan sedikit oregano kering, carrot dan broccoli, capsicum dan fresh sweet basil. Kacau sekejap kemudian masukkan pasta spiral dan kacau sebati. Siap. 


Abang Zarin makan sampai bertambah. Tapi taknak sayur. Dah kena pilih satu-satu pulak. Cik Pea pun suka juga pasta ni. Makan banyak juga. Tapi jenuh sikitlah dengan Cik Pea ni, sebab nak makan sendiri, lagi satu nak pinggan kaca jugak! Sekarang suka makan makanan orag dewasa. Lebih-lebih lagi bila tengok abang makan, semua dia nak, kena sama.


Bukan setakat mulut yang comot, meja lantai, baju habis comot. So mama dah masak, papa, anak-anak semua dah makan,  bila dah tumpah-tumpah lantai kotor, tugas mop lantai otomatik menjadi hak Mr. Papa. Hehehehehehe, tugas hakiki Mr. papa di rumah. ^_^



Masak simple simple,
Alhamdulillah anak-anak suka, 
Selamat menjamu selera,
Mr. Papa dan mama senyum saja 

^_^

Pesan mama : masak simple pun tak apa, asalkan air tangan ibu dan isteri. tet! 

Thursday, March 6, 2014

Bekal untuk mama

Terkejut hari ini sebab Abang Zarin sediakan bekal untuk mama ke ofis. Biasanya hanya mama yang sediakan bekal untuk dia ke sekolah. Alih-alih masa tengah pakai tudung tadi dia dah letakkan macam-macam biskut dalam tupperware dan cakap 

"Abang dah letak bekal untuk mama, nanti mama lapar mama makan kat work mama"

Terkejut dan terharu semua ada. Walaupun dalam hati nak tergelak tengok isi bekal tu. Nak menolak memang tak sampai hati. Letak dulu bekal atas meja dan kemaskan tudung.

"mama letaklah dalam handbag mama, nanti mama lupa" 

Terus capai masuk handbag.


biskut bantal, biskut ketam, biskut cotek, biskut bear


tambahnya lagi "mama nak air coklat mama ke? Abang buatkan"

"Tak apalah sayang, balik nanti abang buat. Sekarang kita dah lambat, jom..galas bag abang tu" balas mama.

"mama abang good kan? mama sayang abang tak sebab abang buat bekal untuk mama?"

"Mestilah sayang good dan hebat. Terima kasih abang" balas mama sambil cium kepala dia.

^______^  Terus dia sengeh sampai telinga dan happy nak pergi sekolah.

Pesan Mama : Kadang-kadang terasa cepat sungguh waktu berlalu. Abang Zarin dah tinggi paras celah ketiak mama. Sob-sob. .. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh ya nak. dengar cakap mama dan papa.




Wednesday, March 5, 2014

WW : cembeng

Budak-budak, nangis pun tetaplah nampak cutekan? Abang dan adik. Dua-dua cembeng. Yang membezakan hanya suara.



Abang suaranya halus, adik suaranya nyaring! Memang banyak juga beza antara dua beradik ni. 

Pesan mama : Anak-anak harta paling berharga dunia dan akhirat.  

Tuesday, March 4, 2014

remaja

Setiap kali terpandang gambar ini, pasti mengingatkan kembali pada zaman remaja dulu-dulu. Inilah gambar kami berempat, kiranya kamcheng la ni, Nani, Nina, Nazrah. Serius sangat rindukan waktu-waktu ini. Dan alhamdulilah kami masih lagi berhubung antara satu sama lain. 


Pesan mama:
         Pohon Mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat Lagi pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
Sahabat setia payah dicari. 

Monday, March 3, 2014

Homestay Langkawi - dpadi

Nampaknya musim cuti sekolah hampir tiba, pasti ramai yang tengah merancang percutian untuk meluangkan masa bersama keluarga kan? Ok, hari ini saya ingin berkongsi homestay yang best di Langkawi. Bulan Januari lepas kami ke Langkawi, memandangkan keluarga kami besar (12 dewasa 9 kanak-kanak) jadi kami memilih homestay daripada hotel. Pilihan homestay kami kali ini ialah Dpadi Homestay Langkawi.



Saya kongsikan sedikit gambar homestay tersebut.  Kalau jenis yang keluarga besar macam kami ni memang berbaloi. Ditambah pulak dengan anak-anak yang tengah membesar dan lasakkan. Sesekali berjumpa sudah semestinya bermain tak ingat dunia. ^___^ Jadi kawasan yang luas memang menjadi keutamaan. Serius sangat selesa. Sebenarnya ada beberapa jenis homestay yang boleh disewa di dpadi ni. kalau tak silap saya ada 5 jenis. ada rumah, ada bilik.


Kami memilih Homestay dpadi 2. Satu rumah ada tiga bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan katil queen, kipas dan aircond. Ada kemudahan dapur, peti ais mesin basuh dan memang boleh masaklah kalau rajin. Pendek kata segala kelengkapan lengkaplah. Toilet pula ada 2, satu jenis cangkung satu jenis duduk.


antara kemudahan yang disediakan

Kami juga menyewa dua bilik, yang setiap biliknya mengandungi dua katil queen. Satu bilik tu siap ada dapur. 


hahahahaha, anak-anak ni pantang jumpa pasir 

 Paling best, homestay ini siap ada pakej dengan kenderaan. So memang tak payah pening kepala nak fikir kat mana nak sewa kereta dan sebagainya. Memang berbaloi. Tapi kalau tak nak sewa kenderaan pun ok, terpulang pada keselesaan kitalah.

Pemandangan waktu pagi. Bendang ok! sejuk dan cantik sangat! 
mmmm, tak reti sangat nak bercerita panjang lebar. Kalau kawan-kawan tengah merancang ke Langkawi dan berminat untuk sewa homestay ni bolehlah ke website beliau. Cepat-cepat book tau! sebab homestay ni glamer dan laris macam goreng pisang panas! Boleh tengok dengan detail apa yang disediakan, alamat, contact number beserta harga sekali . Klik SINI DPADI HOMESTAY

oklah, saya tempek juga kat sini contact numbernya 

Berminat Hubungi
EN. AZIZI BIN ALI
TEL 012 4737395


Pesan Mama : selamat merancang cuti kawan-kawan. Oh ya, cuti sekolah kami nak balik Terengganu. Yahoooo! 

Saturday, March 1, 2014

tanamera clearance sale

assalamualaikum...

semalam dapat sms daripada kawan cakap tanamera ada clearance sale up to 70%..wah mcm menarik je ni..

jom kita pakat pi jom!


Pesan mama : Psst, kawan saya pergi . katanya berbaloi-baloi! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...