Friday, April 25, 2014

Habis dan Kekal


source FB

Thursday, April 24, 2014

Teaser : Instant Shawl

Masih lagi berkisar tentang tudung. Kali ini saya mencuba Instant shawl pula. Serius sangat suka shawl ni.
 

Nanti saya updatekan tutorial ya. Oh ya, Tutorial Bawal ala fareeda pun dah ada org sharekan gambar saya dalam FB. Nasib baik memang saya kaburkan muka masa collagekan gambar tu . Malu mak jemah!
 
Pesan mama : Siapa yang berminat nak beli shawl ni buleh contact mak jemah ya !

Wednesday, April 23, 2014

Pulut nyioq ikan masin

Amacam, seksi tak ikan masin tu posing atas pulut??? heheheheheheheh..

selamat pagi kawan-kawan.


Dah Breakfast? Makan apa pagi ni? 

Pesan Mama : Eh menjadi tak agaknya entri WW ni? Sungguh tak reti nak WW ni. Maklumlah mulut suka bercakap, tangan suka menaip. Tet! 

Friday, April 18, 2014

Tutorial Bawal ala fareeda yunabella

Ok, hari ini saya entrikan tutorial cara-cara memakai tudung bawal ala fareeda yunabella. Oh ya untuk pengetahuan cara pakai tudung ni adalah inspired dari blogger comel Yuna Bella

Dan ini pula cara saya pakai


Yang paling utama adalah sediakan sehelai tudung bawal. Tak kisahlah tudung bawal cap apa pun. Bercorak ke plain ke, berbatu ke, berkerawang ke. Yang saya guna bawal bercorak aidijuma. Sila rujuk no. digambar ya

1. Sediakan 3-4 biji brooch. (1 besar/panjang dan 3 yang kecil) berserta sepasang jarum peniti. Kalau suka pakai penitilah. Saya wajib pakai. 

2. Lipat tudung bawal jadi segitiga. Pakai biar sama panjang dan pinkan di bawah dagu.

3. Lipat tudung untuk bentuk muka dan Sematkan peniti di kiri dan kanan. Kalau suka pakai peniti. Saya wajib biarpun tak pakai anak tudung pung. ahahahahahaha

4. Bila dah siap, samakan bucu tudung bawah dan kira-kira dalam sejangkal untuk kita nak lipat nanti.

5. Mula lipat tudung dari bawah ke atas. Mungkin dalam 4-5 lipatan juga. Ikut suka sama ada nak singkat ke labuh dan banyak mana nak kedutnya. 

6. Ambil brooch yang besar dan pinkan di tengah-tengahnya. Masa ni akan nampak macam ada terjuntai kat bawah dan senget benget sikit.

7. Kemudian ambil sebiji brooch dan pinkan dibelakang tudung bagi kemas.

8. Tarik hujung tudung dan cantumkan kiri dan kanan supaya kemas dan jadi bulat.  

9. Rapikan di bahagian bawah tudung dan lipat serta pinkan ke belakang tudung. 

10. Ok siap!!!!! adjust-adjust lah sikit bagi elok. Tadaaaaaa!!!

Senang je kan???  selamat mencuba!


Tuan tanah hari ini. Assamualaikum :)

Pesan mama : sekali sekala ubah penampilan. Saya tukar-tukar gaya pemakaian tudung. Kadang pakai wide shawl, kadang pakai bawal, kadang pakai syria kadang tak pakai! (eh tu kat rumah je lah) ^_______^. 

Wednesday, April 16, 2014

Teppanyaki

Teppanyaki merupakan tempat makan fevret kami seisi keluarga. Kalau boleh setiap hari nak makan kat sini. Sebab sedap dan sangat berkhasiat. Biasa kami pergi ke Mid Valley, KLCC atau pun Ikano, ikut mood dan keadaan. Kalau bawa anak-anak lebih suka ke Mid Valley atau Ikano, kalau dating berdua lebih suka ke KLCC. 


 Kalau ikutkan, rasanya tak selaras antara kiosk kiosk ni. Paling sedap mestilah kat KLCC, tapi kami selalu pergi lunch hour, tak bawa anak-anak, tempat open susah nak handle. Kedua ke Mid Valley, ok juga tapi orang ramai lah sokmo, tapi fuji snow dia sedap. Dan yang ketiga Ikano. Orang tak ramai, sesuai untuk bawa anak-anak lebih lebih lagi si Sofea yang Abang Zarin kata 'Macam ninja' sebab siap panjat meja bagai. hahahahahah.  Tapi tak sedap sangat. Eh aci gitu? Selera memasingkan.


Sebenarnya terdapat pelbagai pilihan. Kegemaran saya sudah semestinya beef teppanyaki, tapi kalau pergi dengan Zarin mesti order ikut selera dia. Kadang-kadang ayam. Sebab kami selalu share. Tapi biasalah, kalau share dengan Zarin 3/4 nasi dia yang makan. huhuhuhuhuhu. 


Kegemaran Mr. Papa Salmon ni. Tapi saya sangat tak suka salmon. Tatau kenapa. Sofea pun suka salmon, kat rumah memang sentiasa ada salmon untuk sofea. Dan lagi bawang putih goreng tu pun Mr. papa suka. Saya tak suka sangat sebab nanti mulut bau kuat bawang putih. Makan banyak bawang putih nanti ketiak busuk! Eh ada kena mengena ke? teori sayalah tu.


Untuk abang Zarin semestinya Fuji Snow ni. Tapi biasalah dia, suka mengorder. Makan sikit mama yang habiskan. Tidak ketinggalan mineral water dan jasmine tea. Kadang-kadang order yang macam kulit popia tu. Dalam ada inti. Tatau apa nama. 

Suka makan kat sini sebab sayur dia fresh. Masih bunyi krup krap krup krap dan banyaaaaakkkkk!!! Sebenarnya kalau tengok derang masak teppanyaki ni senang saje. Dan dah tahu juga apa yang dia bubuh. Saya pun dah siap google cara-cara nak masak teppanyaki ni. Nanti nak cuba. Harap menjadi. 



Oh ya, ni gambar tiada kena mengena. Malam tadi abang Zarin merajuk sebab nak ambil gambar dengan mama, tapi mama tak perasan permintaannya itu. Duk ulang-ulang banyak kali dari sebelum tidur hingga tertidur, dan bangun pagi tadi tetaplah sebut jugak.

 "Abang nak ambil gambar dengan mama, tapi mama tak ambik pun!" .

 So pagi tadi sebelum keluar rumah sempatlah berselfie.

 "jom abang kita ambil gambar."

Tapi bila dia yang ambil, inilah hasilnya. Nampak muka dia sorang ja. huuhuhuhuhuhuhu.. Tak apelah. yang penting dia dah tak merajuk. Sebenarnya kami tak reti sangat berselfie. Tangan tak cukup panjangkah??? hahahahahahaha.. Nak bermonopod belum lagi terbuka hati nak beli. Mr. papa pasti tak setuju punya. phewwwwwww!!!! 

Pesan Mama : makan-makan juga, kesihatan wajib dijaga :)

Tuesday, April 15, 2014

Bawal Cik Da

Peminat bawal pasti tidak ketinggalan untuk mencuba cara  memakai tudung yang menjadi ikutan sekarang ni iaitu bawal ala fareeda. Saya pun tidak terkecuali. hehhehehehehe..

Macam mana ok tak cara saya???




Serius rasa macam suka pulak. Sebab kemas, sopan dan MANIS kata Mr. Papa. Yang best tutup dada, boleh adjust sama ada nak labuh ke singkat ke. DIY! Oh ya, yang saya pakai ni bawal aidijuma. Pun selesa juga. sekali sekala ubah penampilankan. ^_^

Kalau taknak beli tudung bawal baru, guna saja tudung bawal lama. Yang ada kerawang-kerawang tu. Serius pun cantik juga. Kita buat diakan. Selamat menggali stok tudung bawal lama ya. hehehehehehe. Jimat belanja.. Saya suka! 

Pesan mama :  peminat tudung bawal, selamat mencuba. 

Friday, April 11, 2014

Sharing is wrestling

Seperti biasa semasa ambil anak kat nursery memang macam-macamlah request mereka. Si Sofea masih kecil, jadi tatau sangatlah nak memacam, tapi abang Zarin memang panjanggggggggg sangat akalnya. Kadang ikut, kadang tak. Tapi tula, kalau tak ikut memang moody lah sampai malam. Dalam seminggu adalah 2 kali singgah kedai atas untuk beli ice cream. Dan semalam memang itulah yang dia minta pun.

Semasa buka peti ice, dia berkata

"Mama ngan adik kan princess, abang belanja mama ice cream gold" 

Dalam masa yang sama dia ambil ice cream salero untuknya. Abang yang belanja tapi mama yang bayar. kohkohkoh *batuk-batuk mama*


magnum gold, terliur tak? terliur tak?


Sampai di rumah lain pulak jadinya. Automatik ice cream gold dia punya, adik pula diberi ice cream salero. Adik baru pegang dia dah mintak tukar pulak. Apelagi, memang ngamuklah cik pea tu. (Sofea ni jenis yang jangan usik barang dia, kalau sekali kita dah ambil, bagi balik pun tetaplah takmau)- ehem ikut perangai sapela ni. lalalallalalalala

Bila dah ngamuk, ditambah pulak ice cream dah mencair, teruslah menangis dan habislah lantai rumah. Terus Mr. papa capai mop dan mop lantai. Sekarang dah jadi rutin, sampai rumah, benda yang pertama pegang mesti mop. Oh anak-anak. hehehehehehehe

Abang Zarin pun mulalah pujuk adik dia. Tapi adik dah merajuk tetaplah tak nak. (sharing is wrestling) pulak kali ni. hahahahhahahahahaha

Serius ice cream ni sangat sedap. Terus terfikir nak beli lagi hari ni. Tapi sebab dua beradik ni dah wrestling semalam, terus mama keluar circular baru

"Lepas ni balik school (nursery) tak boleh beli ice cream dah!"  huahuahuaaaaaaa

Pesan mama : Telatah anak-anak memang mencuit hati. Macam-macam ada. Kadang marah, kadang geram, kadang lucu, kadang tak terkata. Itulah sebenarnya yang melengkapi dan menghidupkan kehidupan kita seharian :)

Tuesday, April 8, 2014

Kopi kasih sayang

Anda penggemar kopi??? Saya kurang sikit, tapi sekarang dah ketagih. Puncanya sebab Mr. papa peminat kopi tegar! Setiap kali ke supermarket memang macam-macam kopi yang dibelinya. Kadang-kadang saya pun naik pelik. Tapi dia dah suka saya ok saja. Macam sayalah juga yang suka beli tudung. Kira adillah kan? ^______^ 

Sekarang setiap pagi Mr. Papa akan buatkan kopi untuk saya. Letakkan dalam thermos untuk saya bawa ke ofis. Oh terharu ok! Suami buatkan bekal untuk isteri tu, walaupun hanya sethermos kopi. eh ada ke perkataan 'sethermos.. (oh ofisku sayang, sila jangan audit bahasa ai ok) ... hahahahahahaha.. Kalau ikutkan pagi-pagi saya memang kalut sediakan bekal untuk Zarin dan Sofea, Mr. papa pula duk krek-krek-krek kisar kopi sesambil cuci pinggan mangkuk periuk belanga dalam sinki. Alhamdulilah, suami isteri mesti kena tolong menolong. 



Kadang rasa macam risau juga sebab kopi kan banyak kaffein dan kalau ibu yang menyusu kena kurangkan pengambilannya. sekarang dah ketagih pulak! Tapi saya rasa setiap kali minum kopi susu macam makin banyak. Kiranya kopi ni milkbooster untuk sayalah juga. 

Sejuk-sejuk dalam ofis ni sambil hirup kopi slow-slow memang layan ok! segar sikit mata, kurang mengantuk. 

Pesan Mama: Mr. Papa memang terer buat air. so jangan terkejut jika datang ke rumah saya Mr. papa yang buatkan air. Kalau setakat ribena saya boleh bancuh, tapi kalau teh, kopi, milo dan minuman panas yang lain memang saya surrenderlah. hahahahahahahah.. 

Kopi kasih sayang, semakin hari semakin sayang..tet! ^____________*

Friday, April 4, 2014

Tempered Glass Screen Protector

Masih ingatkan lagi cerita pasal retak seribu ini? Alhamdulilah telefon saya telah pun pulih sepenuhnya. (sebenarnya rasa aman juga dunia tanpa semakpon) Sepanjang telefon ni masuk wad, saya masih guna semakpon yang lama, tapi tak aktif sangat online. 

 Jika sebelum ini saya tak suka sangat letak skrin protector ke ape. Tapi sebagai langkah berhati-hati atau lebih tepatnya belajar daripada kesilapan, saya akhirnya memilih skrin protector yang ini. 

Sedikit detail pasal skrin protector ini. 

Made by chemical processed real glass, it has excellent window display, high sensitivity and fine touch feeling. The premium tempered glass has an oleophobic coating to prevent fingerprints and other contaminants. Anti-glare protection, eliminate the reflected light and strong glare light. Secure anti-explosion function, will not be broken into small pieces of sharp. It protects your phone screen from oil, scratch and abrasion while maintaining super high definition visuals. 2.5D curved arc edge processing technology, smooth and safe to touch. Easy to apply, bubble free.
  • Anti-fingerprints & oleophobic coating
  • 9H strong hardness, super anti-scratch
  • Ultra thin: only 0.2mm thickness
  • 2.5D edge curvature, smooth and safe
  • Bubble free, unique self adhering
  • With exquisite metal packing box


Menurut tauke kedai, yang ini merupakan the best skrin protector, dan harganya juga sedikit mahal. Kebarangkalian untuk skrin retak seribu apabila jatuh adalah rendah. Itupun berdasarkan bagaimana telefon itu jatuh. Kalau telefon jatuh, skrin yang mengadap permukaan, yang akan rosak hanyalah skrin protector, skrin telefon insyaAllah akan terselamat. Namun kalau telefon jatuh ikut tepi, kebarangkalian skrin telefon rosak adalah tinggi.

So far saya rasa selesa dengan skrin protector ni. Rasa macam tak pakai skrin protector pun ya juga. Kalau yang rasa nak try memang tersangatlah disyorkan. Value for money gitu. Eh tercakap omputih pulak. hehehehehehe

Pesan mama : Sekadar nasihat dan ingatan mesra untuk kawan-kawan yang pakai telefon samsung, harga skrin samsung tersangatlah mahal, so tolonglah jaga ia sebaik mungkin kalau taknak poket retak. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...