Monday, June 30, 2014

Ramadan 1 : Ayam goreng berempah

Salam ramadan. 

Berbuka apa semalam dan hari dah fikir ke nak masak apa? Semalam hari pertama puasa so rajin sikitlah masak. Kebetulan juga semalam adik ipar dan sepupu-sepupu yang bujang pun datang berbuka sekali. alhamdulilah, meriah sikit waktu berbuka. Takla kelip-kelip empat beranak. 



lepas ni tak payah beli nasi kukus dah. hehehehehehe

Menu kami semalam ialah

1. Nasi daging (nak resepi boleh klik)
2. Ayam goreng berempah (nak resepi boleh klik)
3. Air asam kerisik  (nak resepi boleh klik)
4. Salad sayur (macam makan dengan nasi arab tu
5. Kurma telur
6. Agar-agar santan (nak resepi boleh klik)
7. buah tembikai - wajib setiap hari
8. kurma- wajib setiap hari juga
9. Air ribena
10. Air soya cincau

tembikai... tergoda sungguh!

Alhamdulilah, walaupun bulan puasa, masak tetap secukup rasa, tak terlebih masin ke tawar ke. Tunggu je la nanti. Confirm ada juga terbabas rasa ni.

Pesan mama : Alhamdulilah, zarin pun dah start belajar puasa. Kami pun tak adalah nak paksa dia sangat. Puasa seikhlas hati kekdahnya. Macam semalam tengah hari dah makan, lapar. Tak pe nak, lain kali cuba lagi ya. Ada lagi yang wajib perlu dilaksanakan. 

Mula terfikir petang ni nak masak apa. Hari kerja menu simple saja. Nasi + 1 lauk kuah + 1 lauk bergoreng + sayur. Ai is perut nasi. So memang setiap hari nasi la kot.

Harap Sofea tak meragam petang ni. Kalau tidak minum air dululah jawabnya. hehehehehehehe

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadan

Assalamualaikum

Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua...

Semoga ramadan kali ini lebih bermakna dan dimanfaatkan sebaik mungkin

Selamat bersahur

Jangan lupa niat puasa ya

Friday, June 27, 2014

Mamypoko murah!

Semalam terlintas di wall FB pasal promosi tesco. tetiba terpandang mamypoko ni hanya RM39.90. Wahhhhhhh!!!! Penjimatan berganda ni. So terus whatapps Mr. Papa ajak pergi tesco petang ni. Ditambah lagi stok pampers sofea dah nak habis. Rasanya last beli bulan March dulu. So bila ada promosi macam ni memang boronglah! 

Alhamdulilah, semalam masa di tesco nasib baik stok untuk pampers ni masih banyak. Lagi best bila takde limit. Belilah banyak mana pun. Yeaaaa!!!! Memang rasa berbaloi sangat. Iyalah, sekarang semua benda mahal. Kalau tak bijak bershopping memang terasa jugaklah. 



Paling best jugak bila pampers Goon pun RM39.90 je. Oh biasa susah pampers ni nak turun harga ok! Tapi stoknya tak banyak. Hanya ada 4 pack untuk size Sofea. Oklah, dari tak de langsungkan. Suka-suka! penjimatan berganda lagi! 

Pesan Mama : So kepada ibu-ibu yang menggunakana jenama Mamypoko dan Goon untuk si manja, jangan lepaskan peluang ke Tesco ya! Promosi ini sah sehingga 29 Jun 2014! jangan lupa singgah di Tesco ya! selamat memborong. Boleh buat stok untuk 3-4 bulan ni. ehehehehehheehehe



Friday, June 20, 2014

Aku bukan Model!

Amboi, tajuk entry kemain lagi. Aku bukan model gitu.. Ahahaha sebenarnya saya nak jelaskan pasal ada yang pm, post kat wall, whatapps, call dan tanya sejak bila saya jadi model tudung? Hahahahaha.. terkejut pulak bila masa saya jadi model ni??? biar betuiiii??? 

Ok, berbalik pada topik asal, sebenarnya semuanya bermula hanya kerana gambar Tutorial bawal ala fareeda yang saya kongsikan dulu. Tak sangka pula ada orang sharekan gambar saya dalam FB di page-page tertentu tentang cara-cara pakai tudung tu. Ahahahahahahahaha. Bila orang dah share dan ada yang like so tersebarlah gambar dan berita tak benar saya jadi model tu.  Serius malu weh!!! 



Ahahahahaha, korang ni agak-agaklah kalau saya nak jadi model pun. Tak sesuailah ahkak ni. Ahkak tak terlajak laris lah!  Tapi tak tahulah satu hari nanti kalau ada orang yang nak offer ahkak jadi model apa salahnyakan? Tapi bukan tudung kepala, model tudung saji bolehlah kot! ^___________^

Pesan mama : Setakat ni jadi model untuk anak-anak aje. hahahhahahaha... 

Awasi lidah kita!


Thursday, June 19, 2014

Nasi Lemak Royale @ Ampang

Nasi lemak royale aka nasi royale sememangnya sangat terkenal di Kedah. Saya pun tidak terkecuali daripada menajdi seorang peminat tegar nasi ini. kalau dahulu, setiap kali famili, saudara atau kawan-kawan nak datang KL, sudah pasti kami akan pesan untuk tapaukan nasi royale. Ahahahahahahaahaha..

Sekarang tidak lagi sebab nasi royale ni pun dah ada kat KL habaq hang! Sebenarnya dah lama juga ada, saya pun selalu juga ke sana tapi tak terentri pula. Bila tengok nasi royale terus terkam! Tak sempat nak snap gambar. hahahahahah. Gelojoh weh! 



Setiap kali menikmati nasi royale ni, inilah lauk yang akan saya ambil, ayam goreng dan sotong. Nyum-nyum. Sedap sangat. Rasa nasi royale ni sama macam kat Jalan Pegawai, Kedah. Harga sepinggan nasi saya ni RM13.50. Tapi saya request nak kuah sikit je. Tak suka kuah banyak-banyak. Tapi kuah sikit dia ceduk kuah tu, ceduk kuah ni, tetaplah banyak jugak. ^_____________^

Oklah, kalau sesiapa yang berminat nak rasa nasi lemak royale ni bolehlah terjah gerainya beralamat

Tiara Duta Clubhouse (Tiara Duta,Jalan Dagang 4,Taman Putra Sulaiman), 55100Ampang, Selangor

Waktu Operasi : Petang dalam hingga malam. Tapi tatau sampai pukul berapa. ihiksss!

GPS koordinat  3.150725,101.752249

Sebenarnya kat sini dia ada food court mentara @ Tiara Duta. Bukan sahaja ada nasi royale, tapi macam-macam lagi. 

Pesan mama : Walaupun lepas makan nasi royale licin sepinggan+ makan koteow kungfu Zarin lagi, sampai rumah perut kembali lapar. Sudahnya bakar roti sapu kaya sebelum tidur. ahahahahahahahahaha.. Dasar kuat makan kan. ^_______^

Wednesday, June 18, 2014

Happy kemain

Abang malas nak layan adik yang happy kemain. Entah apa yang digelakkan sangat pun tak tahulah. Kalau tengok dari mimik muka Zarin tu memang tak ada perasaan langsung. Sabar ajelah ya. 

Zarin Shah - Zea Sofea = Zarin Sofea

Pesan mama : Zarin Sofea, dua watak yang sangat berbeza walaupun dari perut yang sama. Semoga anak-anak mama membesar sihat sempurna dan berjaya dunia akhirat. Amin

Friday, June 13, 2014

Preloved Ed Hardy Shoes For sale!

Ada yang berminat dengan kasut Ed Hardy ni tak? 

Memandangkan Zarin dah tak muat dengan kasut ni jadi saya nak let go saja

Size seperti yang tertera dalam gambar. Sesuai untuk budak berumur 5-6 tahun

Harga RM50 sahaja

condition sama seperti dalam gambar. 







Berminat boleh emel saya : suhaidaazmi@gmail.com ataupun tinggalkan komen atau PM di FB saya Suhaida Azmi. Terima Kasih

Pesan mama : Rasanya banyak lagi barang-barang yang akan di letgo selepas ini. ada yang berminat tak?

Hari Sukan Zarin

Entri yang dah lama terperam. Malam ni tak busy dan Sofea pun tidur awal, so bolehlah copy gambar dari kamera gajah ke laptop dan siapkan entri pasal hari sukan sekolah zarin ni. Walaupun dah basi tapi tetap nak tulis juga walaupun lambat sebagai catatan di masa depan.

Hari sukan sekolah Zarin telah berlangsung pada 10 Mei 2014 (Sabtu) bertempat di padang Intan Bukit Kiara. Pukul 7 pagi semua pelajar diwajibkan berkumpul di sekolah kerana mereka akan menaiki bas untuk ke sana. Sementara ibu bapa follow belakang bus. Kami pun tak sempat breakfast, so dalam perjalanan sempat singgah beli subway, nanti lapar jenuh nak berebut beli makanan kat gerai. Tak kuasa mak! 

Berdasarkan pengalaman tahun lepas, tahun ini kami siap bawak tikar (minion) untuk dibentangkan di tepi padang, ala-ala piknik gitu. Memang tak dinafikan ibu bapa yang ada anak kecil juga memang akan bentang tikarlah. 

Nak dijadikan cerita, sebelum sukan bermula hujan turun dengan lebatnya. Terpaksalah berteduh di bawah khemah yang disediakan, nasib baik ada ruang lagi. hehehehehe. Tapi alhamdulilah, tak sampai setengah jam, hujan berhenti dan acara suka dapat dijalankan walaupun dalam keadaan padang becak. 






Sukan tahun ini, Zarin terlibat dalam dua acara iaitu membina menara dan mentanag minyak yang penuh. Dalam acara membina menara baru saya perasan, patutlah sebelum ni, selalu dia main botol susu simpan EBM Sofea untuk buat menara. Alah macam kita main tuju tin dulu-dulu tu. Dan inilah antara gambar yang terpilih. Sebenarnya banyakkkkkk sangat gambar, tapi mama malas nak resize, so mana yang sempat resize je la kita tempek di sini.





Seperti biasa, anak yang bersukan, ibu bapa yang pecah peluh dan over excited. Eh sayalah tu. Tapi rata-rata semua gitu kot. Masing-masing taknak lepaskan peluang merakamkan gambar anak-anak disamping memberikan sokongan dan menjadi pompom girl. Haaaa, kuat jerit ko biar anak bersemangat lari, nasib baik dapat Johan! hahahahahahaha.. Excited bukan main si mak ni! 

Dan ini pula pompom girl yang moody, muka masam sebab tak berapa sihat. Tapi oklah dia tak merengek ke apa, cuma nak dukung ajelah. 



Sebenarnya banyak acara yang dipertandingkan, ada yang untuk budak 5 tahun dan juga 6 tahun. Tahun ini sekolah Zarin mengenakan tema warna kuning, mama je yang tak menepati tema sebab baju kuning mama nipis kena pakai inner. Tak kuasalah nak berinner bagaikan, so cari baju yang selesa dipadang sajalah. 





Lebih kurang pukul 12.30 acara habis. Tapi kami tak tunggu hingga ke penyampaian hadiah pun. Sebab Sofea tak berapa sihatkan. Nanti jelah ambil medal dan hadiah kat sekolah. Apepun mama sangat bangga dengan abang! Mama tahu anak mama hebat! Lari pun laju macam mama dulu. eh eh! Ai pelari pecut ya masa sekolah dulu.. ahaks..Sekarang je dah pancit. Naik tangga turun tangga pun dah mengah. ahahahahahahahaha..

Oklah, dah lewat ni, mata dah ngantuk. So entri auto publish ajelah ni.

Pesan Mama : Bersukan sihatkan badan. Bersenam angkat besi berenang berlari, jagalah makan mu serta kesihatan diri. tak ingat dah lagu ape ni.. tapi macam lagu kot eh. ^__________^

Thursday, June 12, 2014

D'herbs Lipstik Collagen..Terlajak Laris!

Ahaks.. Sebelum nak buat entri ni nak gelak dulu. Sebelum ni selalu juga nak tergelak bila dengar perkataan Terlajak laris ni. Pernah suatu masa seakan jadi fenomena pula bila semua orang guna ayat terlajak laris ni! mana-mana hashtag pun ramai yang tulis terlajak laris. hahhahahahaha.. 

Tapi sekarang jangan tak percaya, iolls dah terjebak dengan produk terlajak laris uolssss! Ahakssss.. Mula-mula just try yang kawan punya, tapi rasa best pula. Apepun jom baca apa itu lipstik collagen ni. 

Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita !
Bibir kering ?
Lipstik tidak tahan lama ?
Mengelupas ?
Sensitif ?
Gelap, tidak menarik ?
Jangan bimbang! Dengan lipstick rawatan De Herbs, anda akan memiliki bibir seksi, mungil dan kemerah-merahan secara semulajadi…



 Pelbagai faktor boleh menyebabkan warna bibir nampak kusam, tidak menarik, merekah dan mengelupas apabila menggunakan lipstik yang terdapat dipasaran. Tetapi menggunakanLipstik Collagen Treatment, masalah bibir tidak berlaku lagi.

Khasiat Lipstik Collagen Treatment
Sebagai penyeri warna bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah.
Melembapkan bibir yang kering dan merekah.
Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan.


Apa yang menarik perhatian saya tentang lipstick ini ialah *Boleh digunakan sebagai pemerah pipi* itu saja fokus saya. 

Serius masa saya cuba tu risau juga, sebab dia berubah ikut warna darahkan. Mula-mula pakai tu kami dah tergelak dan terfikir adakah nanti dia akan lagi merah, lagi merah, dan lagi merah. cuba bayangkan tetiba pipi kami jadi merah bulat sebijik macam clown tu. hahahahahahaah (ni imaginasi tak berapa waras kamilah). Padahal tak pun. Saya lepas pakai tu siap sapu bedak lagi biar tak merah. 


Try sekali tu, saya rasa macam terjatuh cinta pula. Apalagi teruslah order. Pemerah pipi tu just nice dengan pipi saya. Nampak la sikit macam tomato baru nak masak. Bukan tomato masak ranum ya. hahahhahahahaha..  Pastu dia macam melekat kat pipi dan berminyak sikit kat kulit, nampak fresh. Tak nampak macam berkepuk kat pipi. So far rasa best sangat. Nak pakai pun mudah. Dua dalam satu senang dibawa ke mana-mana. 

Pesan Mama : Oklah, itu sahaja nak kongsi. Saya ada juga baca beberapa review yang kata berkesan untuk bibir. Kalau ada yang berminat bolehlah ke stokis Dherbs ya. Terlajak laris! Ahaks.. Harga pun memang mampu miliklah. RM25 ja. 

Oh ya, tak sempat nak BW ke blog kawan-kawan. insyaallah malam nanti saya BW ya :)


Tuesday, June 10, 2014

Kalau dah anak perempuan kan

Sebelum ni, tak kisah sangat pasal aksesori kan. Maklumlah anak lelaki. Tetapi setiap kali keluar memang ngintai juga kat barang-barang perempuan. Namun bila dah ada anak perempuan ni memang tak dapat lari dari membeli pelbagai aksesori rambut yang kiut miut ni.
 
 
 

Pelbagai jenis juga yang beli, klip, sepit, cekak, getah dan sebagainya. Tapi setakat ni Sofea lebih suka pakai klip, sepit dan getah. Memang wajib ada dalam beg toiletries ke nursery dia. Cekak pun ada, tapi dia tak berapa suka.

Sebenarnya cikgu-cikgu di nursey dia pun suka belikan juga. kadang-kadang rasa termalu pula bila ambil sofea ada saja klip, sepit, cekak getah baru. Bila ditanya berapa RM ni jawapan cikgu dia

"Eh, tak apa kak, murah je, saja beli untuk Sofea. Saya memang suka beli benda-benda gini. Sampai rambang mata nak pilih!"

Apepun terima kasih banyak-banyak cikgu-cikgu Sofea dan Zarin. Dan Alhamdulilah, setiap kali ambil sofea di nursery memang rambut dia sentiasa kemas bertocang. Macam-macam gaya ada.




Sama juga macam brooch, belilah banyak mana pun tetaplah hilang. Beli sepasang esok tinggal satu saja. beli lagi sepasang, hilang lagi. Adoiiiii.. Walaupun dah ada beg khas untuk aksesori dia ni. Lagi satu bila ada anak perempuan dalam hanbag mesti ada sikat dan beberapa jenis aksesori rambut ni. hikhikhik...




Dan Sofea pula, alhamdulilah dia suka ikat rambut. Jaranglah dia nak bukak ke apa. kalau keluar saya suka ikat tocang dua, sebab nanti dia duduk di stroller tak sakit. Kadang-kadang biarkan saja, hanya klipkan di depan biar tak cucuk mata.
 
Mula-mula ingat nak potong, tapi Nampak Sofea macam selesa je dengan gaya rambut sekarang, so nanti dululah. Cuma biasa potong rambut depan saja, bagi tak cucuk mata. Tapi itulah, duduk tak diam senget benget jadinya. Yang belakang tunggu besar sikit baru nak gunting. Kalau tak sure jadi bertingket-tingket aka layer.
 
Pesan mama : Sesiapa ada jual aksesori rambut untuk baby atau tahu kat mana yang best  jangan lupa tinggalkan link ya. Tq

Monday, June 9, 2014

Kasut tumit tinggi

Citarasa bermusim, bukan sahaja tudung, tapi kasut juga.. ahahahahahahah.. kalau dah namanya perempuan kan.  Serius rasa lamanya lahai tak pakai kasut tumit tinggi halus halus ni. Selepas bersalin lebih suka pakai wedges. Itu pun beberapa kali juga terpeleot. Paling tak tahan jatuh terjelepok dengan Zarin dulu. Sejak ada Sofea ni, alhamdulilah maintain lagi, tak pernah lagi terpeleot. kihkihkihkih..


Kali ini suka pulak pakai kasut design gini. Rasa selesa dan stabil. Abang Zarin pun kata mama cantik pakai kasut ni. adoiii, perunding imej mama ni. 


Tapi tak adalah 8 jam sarung kasut ni. Bukak tutup juga. Boleh krem kaki lama-lama pakai kasut tinggi. Salutelah bila ke shopping complex tengok orang jalan pakai high heels. hikhikhik..

Oh nampaknya kena tambah lagi koleksi ni. Sana sini sale weh... Apepun berbelanja secara bijak ya. Raya dah nak dekat ni.

Pesan mama : Terbaca artikel bahaya pakai kasut tumit tinggi ^______^

Friday, June 6, 2014

Doa harian

Salam jumaat yang penuh keberkatan

Source : FB

Thursday, June 5, 2014

Doa demam panas

Setiap kali anak demam pasti kita akan susah hati. Saya kongsikan doa dan amalan yang boleh dilakukan sebagai ikhtiar. 

Doa ini diambil dari buku Indahnya hidup bersyariat. 


Pesan Mama : Semoga anak-anak kita diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Amin.

Makan maggi

Sekali sekala lepaskan keinginan dengan makan maggi. Sejak ada anak ni, nak makan maggi kena sorok-sorok. Paling selamat bila anak-anak dah tidurlah. Kalau tak ada je yang bertenggek tepi pinggan sambil nganga mulut. Heheheheheheheehhe..

Cara saya masak meggi mudah saja, just masukkan telur. Kalau rajin masukkan sawi atau cili padi. Ni malas telur sebijik dah ok sangat dah. 



Saya sebenarnya suka makan maggi asam laksa. Tapi cara masak dia just rendam air panas, biar mee tu krup krap sikit. Macam zaman study dulu... Baru sedap. Apepun selera masing-masingkan.

Lagi satu saya suka makan maggi mentah. Tapi kalau nak makan maggi tu saya selalu beli mee sedap. Sebab dia rangup sangat dan sedap. ahahahahhahahahaahha.. ntah apa-apakan.

Oklah, jom makan maggi. slurrpppp!!!!

Pesan Mama : Sekali sekala ok kot. Jangan amalkan selalu ya :) tetiba teringat koteow PAMA

Wednesday, June 4, 2014

Ada budak merajukla

Cute sungguh tengok budak merajuk ni. So sebab cute sangat mama tak pujuk. Biar je dia pegang palang besi tu. Ahahahahahahaha.. kijam dak mama??  Al-kisahnya, kami nak keluar ke rumah kakak ipar di bangi, sementara menunggu papa ambil kereta, di lobi, Zarin duk main palang besi ni, suka dia buat gelongsor. Bila abang dah buat, sure la adik pun nak ikut, Tapi dia tak boleh buat aksi macam tu. Apa lagi, terus masam cetum terselit celah palang tu. 



So abang yang mula rasa bersalah teruslah datang pujuk adik. Tapi biasalah, orang tengah merajukkan?? Langsung tak makan dek pujuk Sofea ni.. Dimarahnya abang lagi ada.


Aduhai, memang macam-macam peel anak-anak ni. Zarin dan Sofea dua karakter yang sangat-sangat berbeza, walaupun dari perut yang sama. Hahahahahahahaha

Pesan Mama : Apepun telatah kamu wahai anak-anakku, memang sentiasa menghiburkan mama dan papa. Sayang abang adik ketat-ketat! 

Tuesday, June 3, 2014

Himalaya: Penjimatan berganda lagi

Semalam saya sempat terjah warehouse sale himalaya. Memang saya tak pernah miss kalau ada warehouse sale kat LRT Bangsar ni. Sebelum ni, rasanya banyak sikit produk. Tapi kali ini tak banyak sangat pilihan. Tapi produk yang saya nak semuanya ada. Alhamdulilah!!! 

Inilah hasil rembatan semalam! Nak tahu berapa RM??? Sure tak percaya punya! 




Semuanya hanya RM38 ok! yayayayayaya.. RM38 sahaja. Murahkan. dan memang jimat berbaloi-baloi..

Shampoo anti dandruff tu hanya RM10 satu untuk 400ml. Kalau harga pasaran RM24.90. 

Face moisturizing + purifying mud + Apricot Scrub tu hanya RM10 sahaja. 

Foot care cream tu RM8 PWP. 

So total semua RM38 sahaja. Giler murah!!! oh ya, shampoo tu exp 2015. Face moisturizing + purifying mud + Apricot Scrub tu pula akan exp akhir tahun ni. Insyaallah sempat habis...hahaha..Tapi still boleh guna sehingga 6 bulan dari tarikh exp. 

Harap-harap semakin muluslah kulitku selepas ni. Muahahahahahahahaha

Pesan mama : Belanja berhemah. Semua benda naik harga kan sekarang. ^_________^. Saya suka benda-benda yang murah ni :)

Monday, June 2, 2014

cooking with love

Nampaknya kena ada segmen kumpulan resepi seminggu idazs family la pulak lepas ni. Ahahahahahahaha... Bila dah bergelar isteri dan ibu ni, perkara yang penting bagi saya ialah memastikan anak-anak dan suami menikmati air tangan saya. Walaupun tak setanding masterchef pun, cukuplah sekadar masterchef dihati suami dan anak-anak. 

Boleh dikatakan hampir setiap petang saya akan masak. Kadang lauk yang simple, kadang yang renyah sikit, ikut permintaan. Sampai di rumah dah pukul 6.15 petang (paling lambat), buka tudung, tukar baju terus bersilat kat dapur. Sebolehnya saya akan pastikan saya siap memasak pukul 7.30 petang, paling lewat pun pukul 7.45 petang. Bila semua dah siap barulah saya mandi dah sembahyang maghrib, selepas itu makan bersama-sama keluarga. 

Inilah antara hidangan kami minggu lepas. Cooking with love gitu. Ahaks!!!!

Laksa terengganu kuah putih 

kuih buah boom atau paung goreng

ko teow ladna, eh ke ko teow hailam, terlebih kicap. belasah je lah.. hikhikhikhik

lauk simple, ada yang bergoreng, kuah dan sayur :)

Sambal kerang

Sambal tempe ikan bilis

cik pea yang sungguh berselera. Siap buat ummm...nom..nom..nom.. lagi

Abang Zarin, sangat susah nak snap gambar dia.Tapi bila gambar dia takde mula sentap nanti

cik pea lagi, nak makan sendiri je sekarang. Siaplah mop, penyapu, dan cham lepas ni. eheheheheeheh

Sejujurnya, saya memang amalkan makan bersama-sama. Jangan ada sorang pun buat nasi malaya (cedok lauk makan depan tv). Sungguh saya tak gemar sangat. Nak makan biar sama-sama. Saya bernasib baik kerana Mr. papa jenis ringan tulang. Nak harapkan saya sorang??? Matikkkkkk!!!! Saya masak, dia kemaskan. Kadang sambil-sambil masak saya cuci-cuci juga. Kadang tak sempat. Adat dalam rumah tangga, mestilah ada tolong menolongkan. 

Pesan Mama : Apa yang penting! KERJASAMA! eh macam wonderpet pulak. ^____^

Himalaya Warehouse Sale up to 80%

Assamualaikum. ..

Peminat Himalaya, jangan lepaskan peluang ini ok? Jom serbu..


Pesan Mama : Biasa tak banyak sangat barangnya, yang paling banyak ialah shampoo. Apepun nanti saya review ya setelah diterjah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...