Wednesday, July 23, 2014

Big Winning : Tq tropicana twister & era.fm

Baru-baru ini adik ipar saya (Siti Sajada) join contest Tropicana Twister Eratkan Jalinan. Program Eratkan jalinan dengan Tropicana Twister dimana mereka akan menyatukan dan membawa pulang ahli keluarga yang berada diperantauan untuk menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga tersayang. Kalau tak silap saya ini merupakan kali kedua Tropicana membuat contest ni. 

Misi kami ialah membawa pulang adik kami yang tersangat istimewa iaitu Afifi yang kini sedang melanjutkan pelajaran di New York. Berkat doa semua ahli keluarga alhamdulilah Sajada terpilih untuk berentap di Finale yang berlangsung semalam (22/7/14) di Era.fm, Astro bukit Jalill bersama empat keluarga yang lain.

 Di sini, mereka akan menjawab beberapa soalan bagi melayakkan mereka dinobatkan sebagai pemenang sekaligus membawa ahli keluarga yang diperantauan pulang ke tanah air. Sebenarnya pihak tropicana tidak memaklumkan berapa orang pemenang yang akan dipilih! Serius sangat cemas ok! 


Semalam juga saya tak lepaskan peluang untuk dengar radio era. Serius kami jarang sangat dengar radio. hohohohohohhoho.. Tapi demi nak tahu keputusan, sama ada sajada dapat tak bawa balik Afifi, pulun dengar sesambil follow wall Era. FM.


Sajada merupakan peserta pertama yang ditemuramah bersama adik ipar saya sorang lagi iaitu munirah. Sungguh, sangat sebak mendengar butir bicara Sajada. Lebih-lebih lagi time munirah bacakan puisi yang ditulis oleh ayah untuk Afifi sambil sajada menterjemah dalam bahasa isyarat. Syahdu ok! sob-sob



Setelah selesai semuanya, alhamdulilah rupa-rupanya pihak tropicana twister bermurah hati untuk membawa pulang kelima-lima ahli keluarga yang menyertai finale itu! Ya allah, syukur. Afifi dapat balik tahun ini. Tapi, ada lagi surprisenya!!!! Nak tahu apa dia????

Jeng jeng jeng!!!

Serius terkejut mak! speechless

Ya Allah, memang super duper surprise ok! Rupanya Afifi dah balik Malaysia dah! Pihak Tropicana dah bawa balik mereka pada Isnin. Memang terkejut sangat-sangat! Dan formatnya sangat berbeza dengan tahun lepas. patutla Afifi diam je. hehehehehehehe..

L-R : Munirah, Afifi, Adik, Sajada

Apepun syukur Alhamdulilah, raya kali ini lengkaplah semua adik beradik suami seramai 8 orang, sekaligus melengkapkan gambar raya kami pada tahun ini. Insyaallah. Apepun tahniah untuk Sajada, munirah dan adik yang telah bersusah payah di konti Radio era. Terima kasih juga pada tropicana twister, era.fm dan juga Astro kerana merealisasikan impian kami untuk menyambut hari raya bersama Afifi tahun ni. 

Pesan mama : Pic kredit to Era.fm :)

Friday, July 18, 2014

Al-fatihah #MH17

Salam takziah buat keluarga mangsa, sanak saudara, rakan taulan dan anak kapal MH17

Al-Fatihah 





Wednesday, July 16, 2014

persiapan raya hampir complete

Assalamualaikum. 

Sekejap sangat masa berlalu, kita dah pun memasuki ramadan yang ke-18. 

Macam mana dengan persiapan raya? Alhamdulilah kami boleh dikatakan hampir complete. Yang paling penting adalah anak-anak. Kalau boleh semua nak baru. Tengok yang tu berkenan tengok yang ni berkenan.



Cumanya cik pea ni tersangatlah cerewet ok. Bila try dia tak nak tu memang dia tak naklah. Jangan cuba beli, sampai ke sudah tak pakai. Tu baru setahun setengah. Besar nanti tataula macam mana..Pitam mak! Pasal cari barang cik pea jugalah kami sanggup pergi 3 mall dalam 1 hari. one utama, mid valley/the garden dan 1 mont kiara. phewwwww!!! tapi sebab kami beli tuju kedai, jadi tak adalah buang masa duduk survey ke apa.Ttu yang boleh pergi 3 mall dari pukul 1.30-6.30 petang. hihihihi



Untuk anak-anak cuma tinggal yang kecik-kecik je lagi, kecuali songkok untuk abang zarin. Untuk mama papa biasa-biasa saja. Sederhana yang boleh. Jimat-jimat, sebab ada agenda lain lepas raya. hehe..

Cuma semalam abang zarin cakap dia tak ada lagi dompet raya! oh, kena beli ke bang? 
Nasib baiklah cik pea tak pandai cakap lagi, nanti di mintanya handbag pitam mama.. haha!

Pesan mama : Jimat cermat ketika berbelanja. Raya tahun ni, taknak vogeh vogeh. kikikikikiki

Friday, July 11, 2014

Preloved Reebok Kids to Letgo

Salam jumaat yang penuh keberkatan

Oh rasa macam lama juga tak terupdate blog. Oh sedikit bz minggu ditambah dengan pelbagai perkara yang nak diuruskan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ya! 

Oklah, hari ni saya nak letgo kasut reebok Sofea ni. Ok detail seperti dalam gambar ya

Brand Reebok
Size UK 4.5 (15-16cm)
Boleh pakai untuk kanak-kanak perempuan berumur 1-2 tahun. 
Ikut size kaki ya. Sekarang sofea pakai UK 5.5

Nak jual RM50 sahaja!




Button Reebok warna pink tu kalau tekan dia bunyi cet! cet! 



Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan komen ya. Nak emel pun boleh, PM kat FB (Suhaida Azmi) pun boleh.  TQ! Condition adalah sama seperti dalam gambar.

update : SOLD. Tq

Monday, July 7, 2014

NEW Clarks Kids for sale!

Assamualaikum..

Semalam Mr. papa sempat pergi ke clarks warehouse sales. Jadi belilah dua pasang kasut untuk Sofea. Sayangnya ketat dengan cek mek tu. So saya nak letgo kasut ni. sesiapa yang berminat boleh tengok ya. Satu lagi dah ada buyer.

Clarks Kids Girl 1y-2y
Size UK 4.5 (+- 16cm)
Material : Metallic leather
Harga RM70


Sedih tau, frust sangat. penat beratur lagi. Masa beli tu harga dia RM80. Tapi saya nak letgo RM70.

Ni perincian dia ya.






Kalau berminat boleh tinggalkan komen dan emel ya : suhaidaazmi@gmail.com

Sangat cantik pakai raya ni.

Siapa cepat dia dapat!

UPDATE : SOLD!

Thursday, July 3, 2014

Ramadan 4 : Sotong Masak Kicap

Alhamdulilah, sehingga hari ini kami masih lagi memasak lauk pauk untuk berbuka. Alah, menu yang ringkas-ringkas sahaja. Bukan taknak terjah PARAM, tapi nanti lebih banyak komplen dan membazir. Jadi untuk elakkan hal sebegitu, masak sajelah ya, walaupun hanya sekadar sotong masak kicap. 

Menu berbuka kami semalam ialah
1. nasi putih
2. Sotong masak kicap
3. Sayur campur
4. ayam goreng
5. Ikan pekasam goreng
6. Cabai jeruk arab
7. Bubur keledek (beli)
8. Air ribena
9. kurma

sotong kicap

Alhamdulilah, semalam sampai rumah pukul 5.30. Jadi sempatlah juga golek-golek dulu dengan anak-anak. Biasanya sebelum saya ke ofis, saya dah keluarkan dulu lauk pauk, letak di peti atas, (supaya dia cair) balik nanti just masak ajelah. Jimat masa. Tapi bawang sayur-sayur saya potong bila nak masak petang tu. Ada juga kawan-kawan saya yang potong dan blend siap-siap. Memang lagi mudah kalau macam tu kan. nampaknya weekend ni lah nak siang bawang dan belnd siap-siap. ehehehehehehe.. ye ye je kan.. padahal nanti tak buat juga >_<


sayur campur krup krap krup krap

Hari ini masih lagi buntu nak masak apa. Dalam esbok pun takde apa juga. Kena singgah publika la gamaknya ni, beli stok bahan mentah dan sayur mayur. Takpun masak sambal sardin, sedap jugakan :)
Harap-harap jalan tak jemlah hari ni. 

Pesan mama : Alhamdulilah, setakat ini rasanya kuih-muih yang beli semuanya habis. Tidak ada istilah pembaziran! Bagus, teruskan lagi untuk hari- hari ramadan yang seterusnya ya :)

Hantu calciyum!

Haaaa, macam nilah situasi setiap hari! Kalau hari cuti celik mata dah tunujk peti nak minta calciyum. memang sofea suka sangat makan calciyum ni. kalau hari bekerja, sampai rumah pun dah minta calciyum juga. sekali makan, comot tukar baju. tak sampai 10 minit tukar lagi. Pastu tukar lagi. 

nak makan ke main ni dik?

Rasanya dari balik nursery sehingga dia nak tidur adalah dalam 3-4 pasang tukar. haisssshhh!!!! Nasib baik mesin yang basuh, kalau basuh tangan mahu bermuscle jadinya. Tapi sebelum masuk mesin kena cuci jugak dulu. Memang saja nak bagi kerja lebih kat mama papa ni. Tu belum kira mop lantai segala bagai lagi. Oh cek mek pea! kata abang! 

oummmm...nyum-nyum-nyum

Kadang-kadang lucu sangat tengok dia makan calciyum. Habis comot dah rupa macam nak pakai masker dah kekdahnya.   Hahahahahahahaha.. Nak bagi kulit cantik ke cek mek? 


Masker calciyum

Pesan Mama: Balik rumah sampai saja, tak sampai 15 minit pasti mop yang akan dicapai oleh Mr. Papa. sorang tumpahkan air, sorang sepahkan makanan, sorang makan ais krim dan macam-macamlah. anak-anak. Apepun telatah kamu tetap menghiburkan walaupun kadangkala geraaaaammmmmm!!!!

Wednesday, July 2, 2014

Ramadan 3 : Puteri Mandi Lulur dan Akok Collagen

Alhamdulilah, bila tukar Waktu  ke WP2, saya sempat sampai rumah pukul 6 petang. Tapi jalan tetap juga jem ditambah dengan hujan lebat kilat petir berdentum. Tapi eloklah dari hari sebelumnyakan. Ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk masak juada berbuka. 

Oh menu saya semalam simple saja iaitu :

Puteri mandi lulur

1. Kue teow ladna (permintaan abang zarin ni, kalau ikut mama dia, nak nasi jugak)
2. kuih akok
3. kuih puteri mandi
4. Air soya cincau
5. kurma

Kuih puteri mandi memang kuih kegemaran saya. Sebenarnya boleh nak buat sendiri, tapi susah nak jumpa nyiur muda. Yang ada dan jual kat kedai semua dah kertu, tak sesaui untuk salut puteri mandi ni. hehehehehehehe. semalam masa beli kat cafe pun ramai yang duk cedok salutan kelapa tu. Sudahnya banyak puteri mandi lulur dan togel. Ada juga yang bisik kat saya kata ni kuih kepek hidung! hihihihihihihihi.. sungguh menarik nama kuih melayu kitakan :)

Jadi semalam menu simple, pukul 7 baru start masak. Sampai rumah terus potong-potong sayur, siang udang sotong segala bagai. Dapatlah peluk-peluk budak buchuk masam Cik Pea lama sikit. Kalau tak jenuh juga. 

akok collagen - sebab macam kurang kedut je

Manakala akok pula, saya bukan peminat sangat, tapi setiap kali bulan puasa, ofismate jual dan saya tersuka pula sebab tak manis dan tak bau hanyir. Tapi ada yang cakap kalau nak akok sedap tengok pada kedutnya. eh, tak pandai pulak saya. Tapi yang ni macam kurang je kedutnya. Akok collagen kot eh! Muahahahahhaa

Bila berbuka dengan kue teow, lepas makan perut mula rasa luga (bahasa terengganu ni) bahasa standard tak tahulah apa. Sudahnya nasi juga yang dicari. hehehehehehehe.. 

Pesan mama: kawan-kawan masak apa petang ni? saya ingat nak masak nasi lauk ayam goreng, sayur campur dan juga sotong masak kicap. 

Tuesday, July 1, 2014

Ramadan 2 : batu belah batu bertangkup!

Ramadan kedua tragis sedikit. Ahahaha, tragis la sangat. Memandangkan saya balik keje pukul 5.30 lagi, jadinya sampai rumah lebih kurang pukul 7.15 pm, jalam jem giler kot.. biasa pukul 6 petang dah sampai. Sampai dah time nak berbuka, ape benda pun tak prepare lagi.  Makanan di PARAM pun tak beli. aduiiiii!!! 

Duduk kejap azan pun berbunyi, kami just minum, makan kurma dan juga agar agar santan yang masih berbaki. Selepas itu saya teruslah ke dapur. Menu untuk ramadan 2 ialah :

1. Nasi putih
2. sambal udang
3. sayur kubis goreng
4. ayam goreng
5. Chicken wrap (Mr. papa makan ni, dia masak sendiri)

Masak pung pang pung pang ditambah dengan sofea yang dah sepahkan dan picitkan anggur, lenyekkan tembikai kat lantai... Sepah la nak oii, nanti Mr. papa Mop. Muahahahahahahah..

Dah siap masak lebih kurang pukul 8 malam. Zarin dah tak sabar nak makan dan duk ratah udang sambal. saya terus mandi dan sembahyang maghrib. lebih kurang pukul 8.20 malam baru nak makan. 

Tapii.... ada tapiiiii....

Bila nak makan, tengok sambal udang lebih kurang 15 ekor kot, size pun besar juga sudah habis dimakan oleh abang Zarin! Berselera sungguh dia. Tak sangka makan banyak macam tu. Ayam goreng tak diusiknya pula. 

My chentahati


Bila dia cakap "udang dah habis abang makan, sebab sedap. Kalau mama nak mama ambil yang ni. (Ada sekor lagi yang belum diusik). Mama marah abang tak sebab makan sampai habis? mama sayang abang tak?

Haishh la anak teruna sorang ni. saya membalas, mama tak marah pun, abang sukakan? lain kali mama masak lagi. mama makan ayam goreng ni.

Dan bila saya tengok Mr. papa makan chicken wrap, terus tanya, mana saya punya??? Katanya dah habis, dia buat satu je! huwaaaaaaaaaaaaaa!!! sedih sungguh rasanya.

Terus saya cakap kat Mr. papa, dah jadi macam batu belah batu bertangkup dah saya hari ni. semua takde, semua habis.

Balas Mr. papa "Esok kita buat lagi ya".

Pesan mama : Harap hari ini, saya tak sampai lewat, sebab dah tukar waktu ke WP2

Fitflop SuperJelly

 Selepas balik kerja, kami nak ke Tesco beli barang dapur. Semasa nak keluar kereta baru terperasan yang fitflop saya sebelum ni hanya tinggal sebelah sahaja! Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!! Sedih tau. Jenuhlah saya geledah kereta cari. Saya memang jenis sarung fitflop ni ke mana-mana dan tinggal dalam kereta, dah sampai destinasi baru tukar kasut lain, kadang tak tukar pun. 

Bila dah tak ada teruslah terkejut. Cepat-cepat tanya Mr. papa. Rupanya sebelum ambil saya dia pergi basuh kereta. Mungkin masa basuh tu orang tu terambil sebelah selipar saya dan termasukkan ke dalam kereta lain di sebelah kereta kami. Sebab Mr.papa dah pergi tanya, tapi derang pun tak tahu. Ye la mungkin derang pun tak perasan. Kata mereka kalau ada tercicir mereka akan simpan. Nak kata cicir kat tempat lain rasanya memang taklah, sebab memang tak ada orang yang akan buka pintu sebelah tu, apatah lagi nak usik kasut sayakan.  

Emmmm...Anggaplah tak ada rezeki kata Mr. Papa. Lagipun selipar tu dah lama juga saya pakai. Mungkin nak bagi saya beli yang baru, sebab tu dia hilangkan sebelah. kalau tidak sampai lunyailah saya pakai! tambah Mr. papa lagi. 

Tapi serius, walaupun dah lama saya pakai, tapaknya dan semuanya masih  tak jejas pun. Sedih tau! sob-sob. berkali-kali pesan kat mr. papa kalau rajin pi jenguk jenguk kat tempat cuci kereta tu, mana tau orang tu pulangkan ke. Bukan sepasang yang hilang, sebelah je kan. Hikhikhikhik.. Entah apa-apa saya ni. Tetap tak boleh nak terima hakikat tu.  Sebelum ni saya pernah juga hilang selipar Teva, sepasang terus, lepas cuci kereta juga, tapi kat tempat lain. Emmm, bukan rezeki kita, nasihat Mr. papa. 



Cantik-cantik, macam-macam color ada

Bila kita dah selesa dengan sesuatu brand, beli yang lain pun pasti takkan sama. So nak taknak kenalah cari pengganti. Kebanyakan design fitflop adalah sama dengan yang saya tengok sebelum ni. Jadi tak ada yang berkenan sangat. Tapi baru-baru ni saya singgah kat Bratpack Publika, terpandang pulak fitflop superjelly ni! serius berkenan. 

Tapi warna dan size tak banyak yang ada. Saya berkenan colour biru, tapi dah out of stock! Memang selling fast sungguh. Jadi saya tak jadi beli nak tengok kat tempat lain dulu. Jadinya saya pun pergilah ke beberapa kedai termasuk parkson yang jual fitflop ni. Tapi tak ada pulak design ni. Yang ni latest design katanya. Nak pergi Bratpack OU dah malas, di tambah dengan nak raya ni kan. pastu patah balik ke Publika. 

 Yang ada size 8 hanya  warna hijau dan oren. Mr. papa berkenan color oren, begitu juga dak Zarin. So saya pun pilihla oren, daripada hijau tu. Oren nampak muda, hijau nampak macam orang tua sikit kata Mr. papa. ^___________^

kasi close up sikit

Alhamdulilah, dah ada pengganti walaupun si oren. Serius best yang ni. Waterproof gitu. hahahhahahahaha.. paling tak tahan harganya adalah yang termurah berbanding dengan yang lain. Yang penting selesa. Oh yang ni bukan selipar raya ya. ahahahahahahahahaha.. nyampah betui bila selipar hilang time nak raya, lari bajet aii!!! Nak beli high heels dah terbeli yang ni pulak. 

Yang ni boleh adjust ya, Mr. papa kata nanti kalau mama gemuk kaki bertambah kembang bolehlah besarkan bagi tak ketat! Amboiii mr. papa, bukan main ya, you kata nanti ai gemuk! Ai susah nak gemuk selain dari pregnant ok! tet!!!!  

Dan sempat juga saya pesan kat Mr. papa, lain kali kalau basuh kereta jangan lupa check semua kasut saya ya. ehehehehehehhe

Abang zarin kata "mama, orang yang ambil kasut mama tu dia taknak pulangkan kasut mama, kan. Dia suka kasut mamakan". hehehehehehehe.. iyakan sajalah nak oiii. Mama pun tatau mana cicir sebenarnya. hahahhahaha

Pesan mama : Peminat fitflop jom dapatkan superjelly ni. Pasti puas hati. Erkks, mr. papa nanti ai nak color biru boleh? bila ada stok eh! ^___^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...