Wednesday, August 27, 2014

Instant shawl- saya pakai saya jual

Assamualaikum... Siapa suka pakai shawl angkat tangan? Kali ini nak promote instant shawl yang sangat mudah digayakan. Sesimple ABC tak sampai 1 minit dah siap.  Kainnya pun cukup selesa dan terletak elok. Tak perlu digosok. Pin free tapi kalau nak lagi kemas kena cucuk pin jugaklah. 

Tuan tanah pakai color red chili.. aummmm

Inilah antara pilihan-pilihan warna yang ada. Memang macam-macam color ada.













Saya pakai saya jual. Kalau ada yang berminat dengan instant shawl ini bolehlah contact saya ya. Boleh PM di FB atau emel sahaja.

Harga pula RM50 Sehelai + RM6 untuk pos (boleh 2 helai)
Kalau beli tiga helai + RM9

Pesan mama : Sangat mudah digayakan khususnya untuk ibu-ibu yang sentiasa mengejar masa. Sharing is loving! 

Tuesday, August 26, 2014

Aidilfitri 2014

Assamualaikum. Hari ini baru berkesempatan nak update gambar raya. Sebenarnya tahun ni tak banyak pun gambar raya. Dan inilah antara best shot untuk keluarga kecil kami. 

Sofea yang khusyuk dengan kuih kapit

mama yang mengantuk

Eh, Mr. Papa pula yang dah jadi garfield. banyak makan ketupat eh?

Abang Zarin yang sepet sebelah mata, tertindih songkok! sob-sob

oh, ya. Ada juga gambar berdua. 
Inilah sahaja koleksi gambar raya kami tahun ini. Tema ialah GREY! Abang Zarin langsung tak ada gambar dia sorang, Apatah lagi dengan Sofea! Grrrrrrrrrrrrrrr... susah nak bagi kerjasama. Asyik nak main-main-main saja! huhuhuhuhuhu..

Pesan mama : Selamat hari raya! Oh hari ini last rayakan. Mesti banyak jemputan Open House.. Jaga kesihatan ya kawan-kawan

Wednesday, August 20, 2014

WW

Diam lebih baik dari berkata-katakan??? 


Pesan Mama : Diam itu berhasil! 

Monday, August 18, 2014

Moody

Lain anak lain ragamnya.  Semenjak dua menjak ini Sofea tersangatlah moody dan unpredictable! Bayangkan dia boleh ketawa gelak-gelak, tapi tak semena-mena mengamuk dan menangis. 5 minit ok, 15 minit tak ok! haaa macam mana tu? agak-agak stress tak?

Oh bagi saya Stress ok! Serius kadang-kadang kami dah habis upaya dah nak pujuk dia. Tambah-tambah dah pandai cakap ni kan. Semua benda TAK NAK! Paling dia suka sebut ABANG! Nangis sikit ABANG! ABANG! Nasib baiklah abang tu jenis lemah lembut, kalau tidak dah lama kena debik sofea ni. 


Bila dia dah moody, dan borink berkurung dalam rumah. Bawakla pergi kedai kat Club house tu. Saja ambil angin. So nak bagi dia ceria mama upah nyam-nyam. (Dia pilih sendiri). Senyum lah sikit. Lega tengok.

Kadang-kadang dia menangis tanya dia "Adik nak apa? sakit kat mana? Cuba cakap kat mama."

Bila dah tak tahu nak buat macam mana, saya hanya berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kesabaran yang tinggi Ya Allah!"


Jawapannya tetaplah nangis. Kadang-kadang abang pujuk

"Adik good dia, adik good dia. Janganla nangis adik. Alah sayang-sayang anak abang." (dah banyak kali tegur bukan anak, adik) tapi tetaplah anak juga disebutnya, kadang-kadang je adik. hehehehehe.

Mr. papa kata, biasalah, dah setahun setengah, dah beralih bulan dan boleh cakap banyak dah.

Pesan mama : Apepun sebagai ibu memang memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi nak menangani anak yang mengamuk, menangis tak tau punca ni. 

Friday, August 15, 2014

Yang sejuk sejuk saja

 Oh, hari ini kehilangan satu gigi. Huhuhuhuhuhu. Kalau sebelum ini doktor kata nak cabut dua terus, tapi tadi dia hanya cabut satu dahulu. Next time lagi 1. Serius takut sungguh jumpa dentist ni. Saya siap ulang alik masuk toilet. ahahahahahahaha.. parah! 

10.30 dah terpacak depan klinik. Bila masuk bilik doktor dikasi satu ubat bius. Bila dah kebas ditry cabut gigi, adoooiiiii, masih sakit ok! Kemudian tambah lagi satu bius. Huhuhuhuhuhuhuhu..

Tak sampai 5 minit, dah tercabut gigi. Tapi serius terasa sakit juga walaupun bibir dah rasa kebas tahap 14 inci! Pandangan peribadi cabut gigi lagi sakit kot dari buat root canal! 

Alhamdulilah dah settle satu gigi. Tinggal satu sahaja lagi. tataulah bila nak cabut. Doktor kata kalau saya dah sedia boleh set appointment bila-bila masa. Tapi kali ni, kena operate sikit kot. Huhuhuhhuhuhuhu.. Buat bertambah seram pulak.




Doktor ada bagi beberapa panduan supaya darah cepat berhenti. Salah satunya makan benda-benda sejuk ni. So pilihan saya tentulah ice cream! Walaupun bukan penggemar sangat. Request dengan Mr. Papa, saya tak nak ice cream paddle pop, coklat atau vanilla! Jadi froyo ini yang dibeli. oklah janji sejuk. Takkan nak mamah ice ketul pulakkan. hehehehe..

Penuhkan peti dengan ice cream. Tapi kena sembunyi sikit, nanti kenduri sakan Zarin ngan Sofea. Hahahhahahahahaha

Pesan Mama : Makan ice cream tanpa rasa. Oh lapaq nasi oiiiii! Tapi takut lagi nak makan

Tuesday, August 12, 2014

Resepi ketupat palas pulut hitam


Assamualaikum, Dalam post sebelum ini, Azira ada bertanya resepi ketupat pulut hitam yang ummi saya buat tu, jadi hari ini nak berkongsi resepi ketupat pulut hitam seperti yang dijanjikan.

Bahan-bahan yang diperlukan

1/2kg pulut hitam (Pulut hitam ni khas untuk buat ketupat je tau. Bukan untuk buat bubur tu. Untuk ketupat Ummi saya kata dia dah bersihkan siap-siap, tak ada kulit dah)
1/2 kg pulut susu (pulut biasa pun boleh)
Santan (RM2-RM3, beli yang dah siap perah)
sedikit garam
Daun palas secukupnya.
air kapur secukupnya.

Cara membuatnya

1. Campurkan 1/2 kg pulut hitam dan 1/2 kg pulut putih. Basuh dan rendam lebih kurang 2 jam. Bila dah siap 2 jam angkat dan toskan.
2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut sehingga masak.
3. Dalam mangkuk, campurkan santan dengan garam secukup rasa. (lemak-lemak gitu) kalau santan pekat boleh tambah sedikit air.
4. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam besen dan campurkan dengan santan tadi. Tuangkan santan sedikit demi sedikit dan arong (saya tatau istilah apa dalam bahasa baku) pulut tu sehingga menjadi padat seperti dalam gambar.
5. Apabila pulut telah sejuk bolehlah bungkus ketupat tersebut dengan daun palas.

Tips: air kapur digunakan untuk elakkan pulut lekat ditangan semasa membungkus. Oleh sebab itu, Semasa membungkus, celupkan jari dalam air kapur sekali sekala mengikut keselesaan.

6. Bila semua dah siap bungkus, potong lebihan daun palas yang telah disimpul mengikut kesesuaian panjangnya.
7. Kemudian, kukus sekali lagi ketupat tersebut sehingga daun palas menjadi layu (bertukar warna).




Ok, begitulah resepinya. Selamat Mencuba.

Pesan mama : oh ya, kalau nak buat banyak just gandakan sahaja jumlah pulut dan santan tu ya. :) Ummi saya buat 1 kg ni dapat lebih kurang 57 biji


Monday, August 11, 2014

Gigi bongsu oh gigi bongsu!

Tak habis lagi dengan masalah gigi. Kali ini gigi bongsu pula! sob-sob. Jumaat lepas gusi saya terasa sakit. Ingatkan ulser, rupanya gigi bongsu dah tumbuh. Serius tak tahu sama ada sakit gigi ataupun sakit gusi. Yang nyata gusi dan isi kat pipi tu macam bengkak sikit dan sakit. Kalau nganga tak sakit, kalau tutup sakit. Sob-sob..Takkan nak nganga je kan. Tak pasal-pasal masuk lalat nanti. hahahahahahaha.. (Gelak sambil tutup mulut dengan tangan cover mulut ternganga) eh!

Jumaat tu juga cepat-cepat call klinik gigi buat appointment. Malangnya hanya hari ini saja yang doktor free. So saya pun oklah. Jadi weekend haritu tetiba jadi pendiam, malas sangat nak cakap, nanti tergesel gusi dengan pipi sakit. 

Setiap kali jumpa doktor gigi pasti kecut perut. Tadi bila baring atas kerusi dan cerita masalah gigi saya ni kat doktor, terus sejuk kaki. Bila doktor tengok-tengok gigi saya tu, dia syorkan untuk x-ray gigi bongsu. Jadi boleh tahu apa masalah sebenarnya. Saya pun setuju saja, janji tak rasa sakit.

Siap tanya "how old are you?" huahuahua.. lambat agaknya gigi saya keluar.

Bila dah siap xray, inilah rupa gigi bongsu saya. (lupa nak ambil gambar yang sebenar tadi) 

pic from : superchlorine.com


Menurut doktor, sebenarnya gigi bongsu saya tumbuh dalam keadaan elok.Kalau tak ada gigi disebelahnya tu, dia akan tumbuh macam biasa. Walaubagaimanapun, sebab tak ada ruang, dia akan menolak dan menekan gigi disebelahnya. Sebab itu saya rasa sakit dan boleh jadi bengkak tu. 

Penyelesaiannya, saya kena cabut gigi tersebut. Kalau tak cabut, sakit akan berulang, dan masalah tak akan selesai. Memandangkan gigi yang ditepinya pun dan ada tanda-tanda berlubang, jadi doktor cadangkan buang terus kedua-dua gigi tersebut. Kalau nak buang satu boleh, tapi kena buat minor operation. Tapi kalau buang dua-dua insyaallah cabut biasa sahaja. Apapun terpulanglah nanti. Mungkin hanya goreskan sedikit gusi sahaja. 

Doktor tanya bila saya nak buat? 

"Secepat mungkin!" amboi spontan dan sepantas kilat keluar ayat tu. 

So appointment saya Jumaat ni untuk buang gigi bongsu tu. Dup dap dup dap dah. 

Terus tanya Doktor, sakit tak doktor?

Tambahnya, "Tak sakitlah, kita bius nanti". 

Hehehehehehehe.. cuak mak. 

Saya tanya juga doktor, kenapa gusi saya bengkak. 

Katanya, keadaan gigi bongsu saya tu seakan-akan ada poket, sisa-sisa makanan terlekat disitu. Berus pun tetap tak sampai pada gigi tersebut. Sebab itu gusi jadi bengkak. 

Sudahnya, doktor bagi pain killer dan antibiotik serta MC untuk hari ni. Antibiotik kena habiskan sebelum appointment cabut gigi Jumaat ni. 

Aduhai, bila tengok-tengok balik gigi, baru satu sahaja gigi bongsu yang keluar, 3 lagi tatau la bila nak klua. Sob-sob..

Pesan Mama : Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin. Takut mak!  

Thursday, August 7, 2014

Ketupat palas pulut hitam vs ketupat palas biasa

Rasa tak lengkap kalau hari raya tanpa ketupat palaskan? Kami orang pantai timur (Terengganu) walaupun beraya di Kedah tetaplah membuat juadah pantai timur. Jadi ketupat pun versi pantai timur jugaklah, bukan versi utara. 

Seperti biasa setiap tahun, dua hari sebelum raya, ummi saya dah siap jemur dan buka daun palas  (buat bentuk ketupat juga) siap-siap. Bila dah buka, satukan lebih kurang 10 keping daun palas dan buat ketupat besar kosong.

Serius, ummi saya sangat cerewet dan teliti bila bungkus ketupast palas ni. Mesti ikut QC dia. phewwww, berpeluh mak. Ketupat pun majoriti sama besar je. Setiap tahun ummi akan buat dua jenis ketupat palas ni, iaitu ketupat pulut hitam dan juga ketupat pulut biasa. Rasanya lemak-lemak masin. nyum-nyum..

sehari sebelum raya (Ahad), pagi-pagi lagi kami dah bertenggek tepi besen untuk bungkus ketupat palas ni. Mula-mula buat ketupat pulut hitam dulu. Nasib baik sekilo lebih ja. 


Inilah rupa ketupat palas pulut hitam. Tugas saya dan kakak saya adalah masukkan pulut dalam bentuk kon seperti dalam gambar. Lebar daun yang ummi tetapkan ialah antara 4-5 jalur. Phewwww!!!! Tapi saya suka buat ketupat kecik-kecik macam ni sebab comel! Bila dah masukkan pulut dalam kon tu, ummi akan bungkus ketupat tu hingga sempurna. Ketupat mesti cekang dan cembung, serta kemas.  baru leit (bahasa terengganu). bahasa buku tak tahulah apa. hahahahhahahaha. Mesti ikut apa yang dah ditetapkan, Kalau tak, tak lulus QC ok!

bila dah siap bungkus ketupat pulut hitam ni, beralih pula ke ketupat palas biasa. 


Ummi saya memang buat ketupat versi kukus, bukan rebus. Mula-mula kukus pulut hingga 95% masak, kemudian campurkan santan yang telah dicampur garam ke dalam pulut dan arong dalam besen seperti dalam gambar. Kemudian cubit sikit-sikit masa bungkus tu. Bila dah siap bungkus, kukus sekali lagi.  pulut yang dah siap arong ni memang sedap dimakan dengan telur dadar. Teringat masa kecik-kecik dulu, tak puasa konfem makan bertambah pulut ni. hehehehehehehe



kali ini, Ummi buat ketupat palas biasa ni banyak sikit dari tahun lepas iaitu 3 kg! Haaa, jenuhlah duk bungkus ok! Buat banyak sebab saya nak bawa balik KL. ketupat ni sedap dimakan bersama rendang. Nyum-nyum.. terasa-rasa kat tekak ni. 

Sayangnya, saya terlupa ambil ketupat yang ummi dah letak atas meja masa nak balik KL hari tu. Dah sampai penang baru perasan. nangis ok! baru je duk berangan makan ketupat goreng, alih-alih dah tertinggal pula! uwaaaaaaaaaaaaaaa. Penyudahnya, minta tolong Mr. papa carikan daun palas di chow kit hari ni. Saya nak try buat sendiri. Jadi ke tak wallahualam. Jangan reput daun palas sebab tak terbuat sudah! hahahhahahahaha..

oh ya, baru-baru ni, muka saya terkeluar dalam NST pasal bungkus ketupat. Tapi bukan di rumah saya, tetapi di rumah mertua. 



Hahahaha, muka tak semenggah mama buat ketupat, bukan reti pun. belasah sajalah! hohohohoohohohoho. Masa sampai rumah mertua, memang reporter dah ada, so disuruh ramaikan umat untuk bungkus ketupat ni. 

Pesan mama : Walau apa pun hidangan yang dihidangkan, ketupat juga pilihan hati! 


Tuesday, August 5, 2014

kesihatan masih terganggu

Assalamualaikum. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk semua kawan-kawan. Rayakan sebulan. eheeeeeeeee..

Beberapa minggu menyepikan diri. Hari ini baru terasa nak mencoret sesuatu. Sebenarnya saya tak berapa sihat lagi. *ehem*.

Dua minggu sebelum raya, Mr. papa kena denggi. Saya dan Zarin pun demam. Tapi biasalah kalau jadi mak ni kan, sendiri demam tetaplah kena menjaga seluruh isi rumah yang lain. Bayangkanlah betapa nak nangisnya saya bila demam, Sofea pulak asyik menangis malam-malam nak dukung, dengan keadaan Mr. papa yang sakit-sakit badan akibat denggi, dengan Zarin demam lagi. Nak tak nak gagahkan diri juga bangun dukung Sofea walaupun air mata merambu keluar sebab tak larat sangat! huhuhuhuhuhu

Bila Mr. papa dah sembuh, Zarin dan saya pula suspect denggi. Ulang alik amik darah juga. Nasib baiklah hanya suspect. Tu pun dah sakit-sakit badan. Paling saya risau bila bangun tidur Zarin tak boleh jalan, katanya sakit kaki (betis) dia jalan guna lutut! (Nangis lagi mak!)

Bila jumpa doktor, kemungkinan demam viral yang menyebabkan otot sakit, sebab memang bukan denggi. Lega sikit dengar penerangan doktor fevret saya ni. Pergi klinik satu lagi, dimarahnya kita, last-last saya pun naik hangin dan termarah doktor sama. muahahahahahahaha.. serius taknak jumpa dah doktor tu! geram dan nak marah tak habis lagi ni.

Sebab kesihatan jugalah saya dapat MC dan terpaksa pulang ke kampung untuk beraya lebih awal. Risau kena warded. at least dah ada kat kampung oklah. Tp Alhamdulilah kesihatan Zarin beransur baik. Dan semasa hari raya dia dah sihat sepenuhnya. Malangnya, saya pula yang demam tak kebah-kebah. Suara tak ada, batuk!

Hari ini pun masih batuk, badan pun rasa suam-suam lagi. Air hidung dah mula mengalir macam paip pecah! Sofea pun dah start batuk jugak tu. Semalam tak lena tidur dia, termasuklah mamanya ni. Hari ni datang ofis dengan mata bengkak tak cukup tidur dan batuk kong kong kong!

Pesan mama : Kawan-kawan yang ada petua nak hilangkan batuk please share. Tak sanggup dah rasanya ni. Gatal tekak tahap rasa nak ambil garfu keruk. sob-sob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...