Friday, October 24, 2014

Jeruk mangga asam boi

Sekarang tengah viral sungguh jeruk mangga asam boi ni. Saya pun tak lepaskan peluang nak mencuba. padahal bukan peminat jeruk pun. Nak buatnya pun semudah ABC sahaja. Bahan-bahan pun tak banyak. Cuma nak cari buah mangga muda tu la yang sukar sikit. Satu lagi asam boi tu. Majoriti kat kedai habis. Mungkin semua orang tengah buat kot. 


mangga, gula, garam, cili dan asam boi.. diadun sebati. ummmph!


Ramai yang tanya rasanya macam mana???

Pada saya rasanya sangat sedap! Tak ada rasa asid yang kuat dan menyucuk hidung tu. Emmmm..tetiba kecur liur. Rasanya pun just nice, masam manis masin pedas. Secukup rasalah kiranya.

Pesan mama : ramai yang kata boleh juga tukar buah mangga muda ni dengan betik, jambu batu, kedondong dan juga epal hijau. Urmmm, nantilah nak try buah buah ni pulak! 


Monday, October 20, 2014

Riadah

 Sekali sekala tukar aktiviti. Anak-anak memang seronok. lebih-lebih lagi si Sofea. Suka dia bila dapat naik basikal sama-sama. Kalau tak sebelum ni memang nangislah sebab kena tinggal. So kali ni dah jadi penumpang yang setia.


Senyum memasing :)

Mama pula menjadi pemerhati je lah. Try naik basikal Mr. papa, tapi kaki tak jejak tanah oiiii! Masa naik ok, sebab pegang dindingkan. Nak turun jerit-jerit panggil Mr. papa tolong pegang. Kalau tak sure dah terbalik. Basikal yang tinggi ke daku yang katik??? sob-sob..

Helmet nemo comel.. safety first ya dik! 

Mr. papa kata nanti dia belikan jugalah basikal seketul. Hikhikhik.. Tapi mama taknak basikal macam orang jual sayur tu tau. Nak yang ada gear jugak. Tunggu saleslah, dapat murah sikit..ahaksss

Pesan Mama : Bersukan sihatkan badan! Kena keluarkan peluh,. badan dah naik bagai dipam-pam ni oiii. 

Thursday, October 16, 2014

Tukar nama

Baru-baru ni Zarin berkenalan dengan kawan baru. Dialog dia lebih kurang ginilah

Kawan baru : Nama awak coklat ke?

Zarin : Bukan nama kita Elai Shane.

Kawan baru: Ooo.. ingatkan Coklat. Nama kita Strawberi. (Pastu terus masuk rumah)

Zarin pun datang bagitau saya : Mama, abang bukan color coklatkan? Abang color peach. Kalau papa baru coklat. Kawan baru abang tu kata abang coklat. Abang peachkan mama? Sambil tunjukkan tangan dia. Adik putih. 

Adui.. nak tergelak saya. Marah sungguh dia kalau orang kata dia coklat. kihkihkihkih..

Mama : Yang abang cakap nama Elai Shane tu pasai pa? Elai Shane tu sapa? Sejak bila abang tukar nama? 

Zarin : Elai Shane tu  dalam cerita slugterra. (sambil bercerita pasai slugterra) 

Saya dan mr. papa dah gelak dah masa ni.

Mr. papa : Lepas ni mama, papa panggil abang Elai Shane lah. Hai Elai Shane.

Zarin: (senyum simpul!) sambil jerit. Papaaaaaa!!!!!

Nak dijadikan cerita, baru-baru ni saya kena bertugas di Putrajaya. kemudian Mr. papa Whatapps ni. 




Ahahahahahaha, Aduhai. Saje je tau. Ingatkan pasai apa la tadi. Nak kena lekuk sungguh Mr. papa ni. 

Pesan mama : Kuat betul pengaruh superhero dengan anak teruna ai ni. huhuhuhuhu 

Thursday, October 9, 2014

Boat Noodle Publika

Boleh dikatakan 2-3 sekali sebulan kami akan dating. Haaaa, bukan dating apepun, just makan-makan berdua. Haaa, quality time la sangat walaupun setiap masa duk sebut pasal anak-anak jugak. hikhikhihk.. perasan mak-mak ni memang tak boleh buat apa dah. 

Terbaru kami singgah makan di Boat Noodle. Rata-rata kata sedap sangat makanan kat sini. So apalagi, wajiblah terjah, ye dak?



Inilah menu yang ada di boat noodle. Simple sahaja. Dan harganya hanya RM1.90 semangkuk. RM1.90??? murahkan?? biar betul!


Haaaa.. Memang betul pun. sila percaya ok! Dan ini hidangan sampingan yang kami order. Kuih tepung talam/coconut and pandan dessert. Sedap, cukup lemak manis memang secukup rasa. sepasang, dua mangkuk kecil tu RM1.00 


Beralih kepada mee yang berharga RM1.90 ni. Haaaa, memang harganya RM1.90, tapi sesuailah dengan size hidangannya. Dalam dua kali suap dah habis satu mangkuk. Kami order setiap set. Nak rasa semua. 




Disebabkan size hidangannya yang kecil, bagi yang berperut besar macam saya, memang akan repeat order 2-3 empat kali. hahahahahahahahaha..





Saya suka yang clear soup, manakala Mr. papa lebih suka yang creamy soup. Tapi bila dah sampai tak dapat sangat nak bezakan yang mana satu, walaupun pelayan dia ada sebut. So rasa dulu, kemudian beralih tuan. hikhikhik..


Hehehehehe, sekejap je makan dah licin. Hasilnya tersusunlah mangkuk bertingket-tingket ni. Total semua yang dihabiskan ialah 12 mangkuk. Mr. Papa makan 5, saya makan 7. Eh????



Burppppp!!! Alhamdulilah. Kenyang dan memang sangat menepati citarasa kami. Next time nak pergi lagi. Iced coffee dia sedap! Yang best harga yang dikenakan tidak ada langsung segala mala tax. yeaaaa!! i loike!

Pesan Mama : Makan-makan bersama yang tersayang. Semarakkan cintamu. EH???? 

Wednesday, October 8, 2014

BE bertingket-tingket!

eh terkejut bukak nuffnang arini? Biaq betui , BE bertingket-tingket..

Apepun, alhamdulilah rezeki. Tq so much nuffnang dan semua iklan yang tengah run tu. 


Tq juga kengkawan yang rajin singgah dan klik iklan di sini.

Pesan mama : banyak benda nak cerita tapi tak sempat nak bercerita. eh! 

Friday, October 3, 2014

Legoland Part 2

AMARAN : Entri ini penuh dengan gambar-gambar ya. Sila jangan muntah hijau pulak. hahhahahahahaha..

Seterusnya kami ke tempat imagination. Tempat ini yang paling lama kami singgah sebab Sofea suka sangat. 

Amboi, rileks nampak dik! 

comel clown ni

super mario kot ni eh

ha, dah start main dah

:)

Aduhai, entah apa-apa je tiga beranak ni

Lion mama.. grrrrrrrrr!


Di sini juga kami sempat menonton 4D lego movie. Seronok sangat abang Zarin sebab ada Emmet. Kemudian sambung lagi main kat sini sebab ada playground. Fuh lega sebab akhirnya Sofea boleh main macam-macam kat sini.
1..2..3.. action!

Lego chima

playtown

kereta lembu

sebahagian mainan

amboi, gayut sakan

seriau tengok cik mek ni

pon...pon..ponn

abang layan je adik bawa kereta ni

amboi, menghayati betul abang Zarin

hihihihih

angin kuat sangat 

comelkan?

kanak-kanak ribena

yang ni bapak ribena

cute sangat

Di sini pula kami naik keretapi dan pusing sekitar legoland ni. Menarik juga.
jom naik keretapi

makanan tak lepas.

tengok tu, penuh mulut dengan popcorn

Dan ini pula adalah tempat yang paling Abang Zarin suka iaitu LEGO CITY. Belajar memandu sendiri dan dapat lesen lagi. hahahahahaha

sempat berkenalan dengan kawan kawan baru

pon..pon..pon...

drive safely ya anak-anak




Sementara tunggu turn Abang Zarin, Sofea pula dah seronok pilih lego dia. Haish... pow lagi dia ni!






Akhirnya sampai juga turn abang Zarin. Mama Papa excited sangat tau time ni.










Dalam banyak-banyak sesi, sesi abang Zarin ni la yang paling kelam kabut. Asyik terlanggar antara satu sama lain saja. Sudahnya semua stuck! adui....





Alhamdulilah, akhirnya selesai juga kelas memandu abnag Zarin dan dah dapat lesen pun. lepas ni boleh bawa mama jalan-jalan eh :P

Dan inilah tempat yang terakhir kami pergi sebab jam pun dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Sayanya kami tak sempat singgah Miniland. kat situ ada macam-macam replika yang dibuat dengan lego. Tam sempat singgah, tapi lalu sahaja semasa naik keretapi di legoland ekspress.

Pesan mama : Memang boleh dikatakan kami manfaatkan sepenuhnya masa sepanjang di legoland ni. Anak-anak pun memang seronok betul. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...