Monday, December 22, 2014

Keperluan Sekolah

Lebih kurang dua minggu lagi sesi persekolahan 2015 akan bermula. Memandangkan tahun depan Zarin dah darjah satu, jadi tumpuan banyak diberikan untuk melengkapkan keperluan sekolahnya. Setakat ini boleh dikatakan 80% dah beli, ada yang kecik-kecik saja lagi. Buku sekolah pun dah beli pagi tadi, urusan van/bas untuk sekolah harian dan sekolah agama pun dah diuruskan. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. 

Sebenarnya banyak benda nak dicoretkan di sini. Famili holiday, birthday, anniversary, makan-makan dan sebagainya masih kekal sebagai draft. Oh mama sangat bz sekarang. Nanti akan update entry, kira sebagai #throwback je la. Mesti dicoretkan, jika tidak pasti terlupa. 




Oh ya, alhamdulillah, Zarin pun dah jadi budak besar aka anak teruna sekarang. Sembahyang dah boleh duk saf depan. Allah permudahkan segala urusan. Kalau rajin saya entrikan pasal berkhatan/bersunat nanti. ahahahahahaha.. Semua nanti-nanti, nanti.

Pesan mama : Cepat sungguh masa berlalu, semoga kita menjadi insan yang lebih baik seiring dengan perubahan waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...