Thursday, November 26, 2015

jalan-jalan cuti sekolah

Assalamualaikum..

Cuti sekolah sudahpun bermula. Pasti pelbagai rancangan yang telah disusun untuk bersama keluargakan. Cuti kali ini kami sekali lagi membawa anak-anak ke Legoland dan juga Universal Studio Singapore seperti yang diminta oleh abang Zarin.

Tak tahulah apa yang istimewanya dua tempat ni pada beliau, asyik ulang nak pergi sahaja. Jadi untuk menggembirakannya, kami pun ikut sahaja.

Saya kongsikan dulu 3 keping gambar sebagai mukaddimah. Wah mukaddimah tu, lama tak guna perkataan ni. hikhikhikhik..

Entri penuh akan menyusul kemudian.






Pesan mama : Anak suka ibu bapa bahagia :)

Monday, October 12, 2015

1st Photoshoot LoveBySisters

Bismillah Alhamdulillah 

Our 1st Photoshoot went very well

Coming so soon let's guess what are the colors?




 do follow ig lovebysisters for more info.




Our photoshoot  for lovebysisters first collections.



Alhamdulilah.. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin 

Pesan mama : Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.

Friday, October 9, 2015

LoveBySisters

Alhamdulilah, akhirnya impian kami untuk berbisnes tercapai. Nantikan kemunculan produk kami dipasaran tidak lama lagi, insya-Allah, Ahad atau Isnin ni. Dalam langkah terakhir dah ni. Perasaan bercampur baur, dap dip dup juga. 

Apepun jom like pagi kami  LoveBySisters 



Semoga Allah permudahkan urusan kami, Amin. tunggu tau. nanti akan diupdate!

Pesan mama :  Ke Mudik Tentu Hulunya, Ke Hilir Tentu Muaranya

Thursday, October 8, 2015

Perasan Comel!

Rasanya dah lama sangat saya pakai header blog seperti yang di bawah ni. Tetiba rasa macam nak tukar. Yelah lama-lama rasa jemu juga. So malam tadi sempat godek-godek untuk buat header baru.  Apepun Header yang lama ni tetap saya simpan. Kotla tetiba nak guna balik. 




Semalam saya guna Header bunga tulip ni. Rasa macam comel-comel gitu. Ahahahahahahaha.. Perasan sendiri. Nak buat yang vogeh the vassss memang tak reti la. So buat la yang sesimple macam comel, macam comel je.  Tapi nampak macam kaku pulak. 

Hari ni nak tukar lagi la. Nak yang macam comel macam comel je tapi ceria. Haaaa siap ada lurp lurp gitu. comel tak comel tak?? Hikhikhikhik.. Ok yang ni dah final kot. Pakai la atap lurp lurp ni. Kotla makin semarak rasa cinta nak kembali aktif berbelog. keh keh keh!!! 




Oklah, apa pandangan kawan-kawan? Biasalah kali pertama tukarkan. Mestilah nampak pelik sikit. Nanti nanti rasi la kot eh. Harap hati ai tak berubah lagilah. Setia pada yang satu gitu. Auuuuwwwww!!!!!

Pesan mama : Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis. 

Wednesday, October 7, 2015

Pengurusan Susu Ibu


Terlintas Di Wall FB beberapa hari lepas berkaitan pengurusan susu ibu yang dikongsikan oleh seorang rakan. Jadi saya kongsikan di sini pula. Pada saya info dan maklumat dalam satu kertas ini sangat memudahkan ibu bapa mahupun penjaga bayi untuk mengendalikan susu ibu. Print dan tampal dalam satu muka, siap ilustrasi yang mudah di fahami. 


Tidak dinafikan, walaupun kita dah faham tentang pengurusan susu ibu ni, kadang kala kita juga terlupa. Itu diri saya sendirilah. Setiap kali dapat baby baru mesti cari info lagi. hahahahahahahahahahah.. Itulah, kata orang ilmu ni tidak pernah habis untuk dipelajari, lebih banyak belajar atau membaca, terasa lebih banyak benda yang tak tahu. 

Dulu memang inilah yang saya lakukan. Alhamdulilah, rezeki Sofea murah dalam penyusuan susu ibu ini. Sekarang pun masih lagi menyusu. Pening dah kepala macam mana nak wean off ni. Nampak gaya macam belum ada tanda-tanda nak wean off ja. 


Ingatkan out station 5-6 hari dia dah lupa, tapi sangkaan meleset. Memang itu yang dicari dulu. hahahhahahahahahahahaha... Mungkin juga saya dan dia belum bersedia sepenuhnya. Insyaallah dalam masa terdekat.

Pesan Mama : Belajar di waktu kecil ibarat mengukir di atas batu.,Belajar di waktu tua ibarat mengukir di atas air 

Tuesday, October 6, 2015

Ombak dan pantai

Sekali ombak menghempas sekali pantai berubah. Eh tetiba rindu kampung halaman pulak. Anak-anak memang suka kalau balik kampung Terengganu ni. 


Pesan mama : Raikan yang lama, riakan yang baru :)

Monday, October 5, 2015

RENUNGKAN









Thursday, September 3, 2015

Gubahan Hantaran Fresh Flower

 Pertama kali saya membuat gubahan untuk hantaran, neves mak!!! Semasa perkahwinan saya dahulu semuanya diuruskan oleh kakak. Jadi memang langsung saya tak ada kekreatifan dalam bab-bab gubah menggubah ni. Tapi baru-baru ini, adik ipar saya telah melangsungkan perkahwinan. Memandangkan tidak ada apa yang nak disumbangkan, jadi saya hanya sponsor fresh flower. 

Sirih junjung

Semuanya tidak dirancang. Pada mulanya kami hanya sembang-sembang, ingat nak buat guna artificial flower sebab bakal biras orang terengganu juga, (eh, ada geng makan budu rupanya, yeaaa, eh makan ke budu biras ai ni????). Jadi nak bawak dari KL/Kedah ke Terengganu agak leceh jika guna fresh flower ni. Tapi bila sembang-sembang lagi dengan adik-adik ipar, semua sepakat buat fresh flower, sebab memasing bz dan tangan tak berseni untuk gubah-gubah. Jadi dari hanya nak sponsor fresh flower sahaja terus jadi tukang buat hantaran. Phewwww! 

wangi-wangian.. aummmmm!


Saya dan adik ipar (munirah) yang banyak decide nak buat design macam mana. Pada mulanya kami ingat nak buat style bantal tu. Tapi bila scroll ig, Fb berkenan yang jenis letak atas dulang sahaja, Simple! Tapi, walau bagaimanapun tetap juga tanya pandangan bakal pengantin. Yelah, kot nanti ada impian/angan-angan nak hantaran yang macam mana walaupun dah tahu jawapannya ikut kak ida lah, haaa, ok cantik, saya ikut je. Hahahahahahahaha


tetiba terliur tgk hanbag ni

Bila dah decide tu cecepat saya order fresh flower ni. Bunga ni saya order dari cameron. Kombinasi warna bunga pun main taram sahaja, cuma berdoa agar nanti cantik hasilnya. Bunga yang dipilih, carnation, daisy, babybreath, dan kek wa. Alhamdulillah, pengedar bunga tersebut kebetulan nak balik ke Terengganu juga, so senangg kerja kami ambil bunga di sana, tak payah pos. Dalam masa yang sama saya beli juga bunga lain di Floristika Bangsar. Ya Allah rambang mata weh tengok bunga kat sini, dan harganya juga sangat berpatutan. Memang disyorkan sangat!


dah pukul brapa tu?

Pada mulanya saya rancang untuk cuti awal, tetapi pada saat akhir saya tidak dapat cuti sebab berkursus, jadi saya hanya ke Terengganu pada petang Jumaat selepas waktu bekerja.  Memang agak kecut perut juga sebab kenduri adik ipar saya keesokkan harinya, Sabtu 6/6/2015.  Akad nikah sebelah pagi dan majlis bertandang petangnya. Serius perasaan cuak tu sentiasa ada. Semua barang hantaran ada dengan saya, Tapi esok nak majlis, hari ini tak nampak bayang lagi hantarannya macam mana. pengantin dah di Terengganu, semua barang hantaran ada di Kl lagi. Macam macam juga saya duk fikir.  

Harga emas dah naik eh?

Jumaat tu 5/6/2015 balik keje terus pecut ke Terengganu, alhamdulillah kami sampai di Terengganu lebih kurang pukul 12 tengah malam. Majoriti adik-beradik sampai waktu itu juga. Sampai sahaja terus mandi solat dan selepas itu terus siapkan hantaran. Kalau saya jadi pengantin pun cuak bila hantaran tak siap-siap lagi. Saya, Mr. Papa dan adik ipar pun mulalah mengubah hantaran ni. Serius tatau nak buat macam mana. Kami main cucuk sahaja bunga tu. Hampir pukul 5 pagi juga kami bersengkang mata.

Jangan makan bebanyak, nanti kena kencing manis! 

Bab yang paling mencabar bagi saya adalah masa buat sirih junjung. Mula-mula tak ada sirih, pastu, eh ada pulak sirih. Nasib baik pagi nak pergi kerja tu saya singgah kedai India jual bunga beli sirih. Kapur, Pinang, Gambir beli yang dah siap bentuk. Senang keje. Nak dijadikan cerita, solatape hijau yang saya beli untuk lilitkan antara daun sirih dan lidi hilang. Eeeee, geram tau. Pagi buta mana nak carik! So terpaksalah kreatifkan diri. 

duit kita dah jatuh??? oh NOOOOOOO!!!

Bila dah semua ada di depan mata, tak sangka kombinasi bunga yang dipilih sangat menarik. Sesuailah dari lelaki ke perempuan. Kami pun sangat puas hati dengan hasil gubahan hantaran ini. Cantik pada pandangan mata kami yang keras tangan ini. Yang penting sekali bila bakal pengantin bangun tidur tengok hantaran dan siap tersusun dan dia pun  berpuas hati. Alhamdulilah. Lepas pukul 5 pagi baru lah lelapkan mata kejap sementara nak pergi akad nikah pukul 9 pagi nanti. Tak memasal eyebag sebakul masa majlis! ^________________^

:)

Apepun alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun memang kami tak ada pengalaman langsung dalam bab gubah- menggubah ni. Lagi satu saya suka sangat bau fresh flower ni. Rasa segar mata memandang dan nyaman ja. Dan yang paling saya suka dan percaya, kalau guna fresh flower ni buatlah gubahan macam mana pun, konfem cantik! pssst: perasan tak habis-habis sebab puas hati dengan hasil tangan sendiri. 

campur-campur

Selesai majlis sebelah perempuan, diikuti dengan majlis sebelah lelaki dan perkahwinan adik ipar saya yang perempuan pula. Saya juga pilih untuk sponsor fresh flower jugak! tetiba jadi tokey bunga kejap! Bersambung di next entry ya :)

Pesan mama : Gembira bila melihat semua orang gembira! Eh terpanjang pulok entry kali ni. sawan menulis mai dah! :P

Tuesday, September 1, 2015

Aerobik+Zumba

Sudah berbulan-bulan juga saya mengikuti kelas aerobik+zumba ni. Tapi sejak puasa+raya tak sempat pula saya nak pergi. Bila dua bulan dah stop, lemak-lemak dengan gembiranya bergayut kat babat. Ditambah lagi dengan hidangan hari raya. Memang buat pestalah lelemak tu.  Sebenarnya lepas raya kelas dah on, tapi saya ada komitmen lain, jadi tak sempat ke Mom Fitness.  

Kalau aerobik saya ok sikit bolehlah ikut stepnya, kalau zumba tercungap-cungap juga. Bila dua bulan dah stop, dah lupa step, rasa macam rentak kaki dengan muzik tak senada seirama, pendek kata sumbangggg daaaaaa!!!! Nasib cermin ajaib kat depan tak gelak, kalau tak beraerobik sambil tutup mukalah jawabnya. malu! 



Alhamdulillah, sekarang dah kembali menyarung kasut ini. Sebenarnya kelas ni ada hampir 5-6 kali seminggu. Tetapi saya sempat join sabtu/ahad sahaja.  Hari keje kelas malam atau petang, memang tak sempatlah, dengan anak tuisyen, anak mengaji,anak nak buat homework memang tak mungkinlah saya dapat join. Tapi oklah, walau dua hari seminggu, harap konsisten. Bukan nak kurus pun, lebih kepada stamina, tamau asyik pancit je walau baru jalan 100 meter. Hew! Hew! Hew!  

Cuma sekarang kalau sampai rumah awal sebelum pukul 7, sempatlah kayuh basikal 2-3 rounds pusing taman dengan anak anak. Pakai baju kurung pun jadi, rasa macam comel ja, teringat pulak cerita sembilu, zed zaidi+hetty sarlene.. 

Pesan mama: Nampaknya jari-jari dah warming up.. Insyaalalh akan rajin menulis seperti sebelum ini. Hingga ke temu lagi. 

Thursday, July 2, 2015

15 Ramadan

Assamualaikum, Oh rasa lama sungguh nak mencatat di sini. Sedar tak sedar dah masuk 15 Ramadan dah kan. msih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa untuk semua pembaca yang budiman. Eh ada lagi ke yang singgah kat rumah terbengkalai ni. (jaga-jaga nanti ada penunggu ) ^________________^

Ramadan kali ini tidak banyak bezanya dengan Ramadan yang lepas-lepas. Alhamdulilah Zarin pun dah start puasa, walaupun ada rongak-rongak lah jugak. Agak mencabar budak pemakan macam dia nak puasa. Asyiklah duk ulang LAPAR...LAPAR...LAPARRRRRRRR..  Tapi memang mama kena banyak sabar lah, pujuk-pujuk.

Oh itu cerita paal anak puasa, sekarang beralih pula pada menu berbuka. Puasa kali ini kami memang sangat simple. makan apa yang ada. Jika sebelum ni saya perut nasi, tapi sekarang tidak lagi. Dan yang pasti setiap kali bulan ramadan pasti ada menu bubur lambuk ni. 



Ditambah sekarang ni, nak dapat pucuk midin ni tak susah, so hajat nak makan bubur lambuk tercapai. Saya buat ni dalam awal-awal ramdan. Buat seperiuk dan bagi pada jiran-jiran juga. Rezeki untuk dikongsi kekdahnya. heheheh


Lagi satu kegemaran saya cucur udang crispy ni, makan panas-panas, krup krap krup krap. memang boleh kenyang dengan makan ini saja. Nak buat pun tak susah.



Dan sotong celup tepung pun antara kegemaran saya sepanjang ramadan ni. Ratah-ratah je. Sungguh tak ada istilah memebazir kali ini. Masak untuk sekali makan, dan seadanya. Sahur pula kami laki bini makan cereal, Zarin lah kadang nasi, kadang mee, kadang spagethi. Ikut selera dialah kan. Cuma kalau hari minggu masakla lebih sikit untuk bagi jejiran. kat rumah dah bersusun pinggan jejiran belum disi.. Tunggu Sabtu ahad ya. Sebab hari kerja sampai rumah dah hampir kul 7. Tak sempatlah nak amsak beriya. Tak syok pula kalau beli untuk bagi jiran. Nak juga dari air tangan sendiri.

Disebabkan makan seadanya dan bukan lagi perut nasi, Ramadan kali ini berat macam menyusut jugak. Pakai baju kurung, susun boleh berpusing-pusing. Sejak join erobik ni rasa semangat nak jaga kesihatan. Badan dah rasa ringan dan lebih berstamina. Takdelah jalan 20 tapak dah pancit. :P

Eh terpanjang pulak, Jumpa lagi dilain entri ya.

Pesan mama : Selamat berbuka puasa, berbelanjalah dnegan berhemah dan bijak :)

Tuesday, March 3, 2015

Misi berat badan ideal

Bila umur semakin meningkat, terasa cepatnya lah berat badan naik. Ditambah lagi sekarang Sofea dah minum Susu Formula dan saya pun dah stop mengepam ni, badan sendiri yang naik bagai di pam-pam. Nak tak nak saya kena lakukan sesuatu sebelum bertukar menjadi 'ayam daging'. ^_______^

Berat ni kalau nak naik laju je, macam kayuh basikal turun bukit, Tapi kalau nak turun, memang susah yang amat, macam kayuh basikal naik bukit dengan barang banyak, last-last tolak je basikal. Barang tinggal dulu. 



Untuk permulaan nak capai berat ideal ni, saya kurangkan makan. Paling susah nak tinggal ialah nasi. perut nasi macam saya ni boleh gigil lutut tau. Bukan mengejut, tapi perlahan-lahan. Sekarang banyak makan sayur dan juga buah serta minum air masak banyak-banyak.  Rasa lapar telan air. Rasa perut kembung dengan air je hinggakan bila berjalan terasa air duk berkocak dalam perut. hahahahahahahaha

Seterusnya ialah exercise. Teringin nak join zumba, tapi kekangan masa. So yang paling mudah adalah berjogging. 5 atau lebih pusingan setiap petang, sambil layan anak-anak main basikal dan main bola di taman, mama jogging. Penat jalan, berhenti, nanti Mr. papa datang bawa naik motor pusing pusing. hahahahhahahahaha...


Alhamdulilah, jogging kali ini otot-otot tak terkejut, so tak adalah istilah sakit kaki, sakit badan, sakit segala bagai. Walaupun baru sahaja bermula, terasa badan ni ringan sikit. Insyaallah kalau saya kekalkan memontum pasti akan sihat dan berstamina selain dapat kurus kot. 

Sekarang tak ada kasut jogging khas lagi, pakai je mana-mana kasut sukan yang duk sedia ada. Mr. papa, please, I nak kasut jogging ok! I nak kurus, taknak gemuk! I nak sihat..

Pesan mama : Jom bersenam, jaga kesihatan :) 

Friday, February 6, 2015

Update Sofea 2y ++++

Alhamdulilah, 21 Januari yang lalu genaplah usia Sofea dua tahun. Begitu pantas sekali masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun.

Saya updatekan sedikit perkembangan Sofea 2 tahun ni. Dari segi pertuturan, alhamdulilah dah banyak kosa kata yang dia kuasai. Cakap pun tak adalah terlampau pelat. Tapi pelat style budak 2 tahun lah. Dah boleh bercakap dengan menggunakan ayat- ayat yang panjang. Pada saya, sama macam perkembangan budak lain juga, tak ada bezanya. Cuma kadang cepat kadang lambat tu bagi saya perkara biasa, tak perlu nak dibanding-bandingkan pun. 


Bercakap pasal susu ibu pula, alhamdulilah Sofea dapat menikmati susu ibu selama dua tahun, sama macam abang Zarin dia juga dulu  dan masih lagi menyusu. Tak pastilah bila nak berhenti. Yang nyata saya dah berhenti mengepam. Susu formula pula alhamdulilah Sofea boleh terima tanpa banyak songeh. upright freezer pun dah kosong. ada tak yang berminat nak beli upright freezer saya kalau saya letgo?


mmmmm, apa lagi ya nak tulis? haaaaaa, rasa macam dah mati kutu nak merepek apa lagi ni. Tu la jadinya bila lama tak menulis. Hikhikhikhikhik... okla, sampai sini sajalah. Bye!

Pesan mama : Bertukar rutin bila anak dah masuk darjah satu ni, buat mama kurang masa sikit sekarang ni untuk mengadap blog. kalau ada masa terluang insyaallah akan diupdate dari semasa ke semasa. Assalamualaikum! 

Tuesday, January 20, 2015

Hadiah Anniversary!

Entri yang dah lama terperam. Hari ini baru nak keluar dari kepompong. Ehehehehehehehe... Sebenarnya anniversary dah lama, bulan november hari tu. Memang tak sangka dapat hadiah dari Mr. Papa. Oklah, bukan selalu dapat surprisekan? 

Nak surprise sangat, dia beli yang size 20  pada mulanya. Bila pakai terus melorot jatuh. Dia tak dapat agak lengan saya besar mana. Amboi Mr. papa ingat mama ni besar sangat ke? Kan tak pasal-pasal kena pergi tukar, ambil size 16. Lucu juga bila sales girl tu kata, dia dah cakap semalam, takkan wife you gemuk kot. Pastu Mr. papa jawab, eh, bangun pagi tadi tiba-tiba lengan mengecut. Sambil sengeh. Hampeh betullah! 


Pandai dia pilih Charms tu, Zarin kata "Papa, Mama, Adik, Abang". Sweetkan. Apepun TQ Mr. Papa, Cinta sayang kamu sampai syurga. eh! Eh! nak jiwang puloks. Orang lain dah lama pakai. Saya baru je merasa. Nak beli tapi tak terbeli. So bila orang hadiahkan ok sangatlah tu. Jimat duit! Cuma lepas ni, tambah charms kena duit sendiri lah! huhuhuhuhu

Pesan mama: Semarakkan cintamu, EH!

Monday, January 19, 2015

Ayuh ke sekolah

Alhamdulilah dah seminggu sekolah buka. So far Zarin ok bila ke sekolah. Bangun pagi pun tak ada drama ke apa. Senang bangun pagi. Hari first sekolah saya cuti, rasanya ramai mak-mak yang cutikan. Ye lah nak tengok macam mana dia di sekolah, tapi tak adalah tunggu dari pukul 7-1. Cuma waktu pagi, rehat dan balik untuk aturkan van transit ke nursery. Hari pertama berjalan lancar.

Perhimpunan

Dari Nursery, Zarin bersiap untuk sekolah agama pula. Dari sini Zarin naik bas bersama kawan-kawannya yang lain. Petang, Mr. Papa ambil di sekolah. Hari pertama ke sekolah agama, saya tinjau juga.Punya excited takut tertinggal bas sampai tak nak makan. 

dah siap nak sekolah agama. Sampin merah fevret zarin. Suka dia

Tapi saya memang sediakan juga bekal/makanan untuk dia dalam beg. Tu tengah makan epal sambil tunggu bas datang. 

Setiap hari saya memang sediakan bekal untuknya. Kadang makan habis, kadang tak. Ikut selera dia. Hari ini siap bawa bekal pulut kuning+ayam rendang+buah. Haaa, minggu ayam rendang. Sampai bila la nak cemuih makan ayam rendang pun tatau la. Setakat ni bagi duit belanja baru sekali dia guna. Yang selebihnya simpan. Ajar menabung sesiap. Jangan jadi boros macam mama. Eh! 

antara bekal yang dibawa. Tak sempatlah nak snap pic setiap hari.

Cuma ada satu hari tu, dia siap pergi beli aiskrim. Yelah mungkin cuaca panas. Dah pesan banyak kali jangan keluar dari pagar sekolah, hingga auntie meena van datang jemput. Dia kata auntie meena dah datang, ada kat situ, sementara tunggu kawan-kawan yang belum keluar dari sekolah, abang beli aiskrim pastu pergilah kat auntie meena. ^___________^. 

Amboi, bukan main lagi budak ni beli aiskrim.

Tapi sekali tu je lah dia beli. Bila dah pesan banayak kali dia pun dah faham. alhamdulilah. Cumanya masa ambil dia dari sekolah petang, memang selalu dia bersungut penat, dan kadang-kadang moody. Pastu Lapar juga katanya. Padahal duit belanja sekolah petang tak pernah tak habis. Tapi still lapar. Saya pun dah pesan kat cikgu nursery, walau macam manapun suruh dia makan nasi dulu, sebelum ke sekolah petang. 

Bila dah lapar, macam-macamlah yang dimintanya. nak makan itulah, nak makan inilah. Haissshhhh... Dan salah satu fevret dia ialah sushi! 

Lepas makan, senyum sampai telinga sebab dah kenyang. kalau tak duk ulang hampir 44 kali, LAPAR! LAPAR! LAPAR!

Ni sushi kegemaran dia. Mama tatau nama apa, tapi ada tempura udang. Dia boleh habiskan 5-6 pinggan sushi ni. Ragam anak masuk sekolah darjah satu, sementara nak biasakan diri, kena layankanlah juga kerenah-kerenah dia tu. Walau kadang kala mama rasa tahap kesabaran dah paras hidung dan sampai ke dahi! ^_______^ . Baru seminggu sekolah, 2 tumbler dah hilang, tupperware siap beg pun hilang jugak! oh anak! 

Pesan Mama: Apepun mama doakan semoga abang belajar bersungguh-sungguh, manfaatkan segala peluang yang ada. Ok! 


Wednesday, January 7, 2015

Pertama 2015


Assamualaikum. Entry pertama di 2015. Permulaan 2015 yang tak berapa best bila kami sekeluarga demam berjemaah. First day kerja dah MC! sob-sob.. Nak buat macam mana, demam sampai tak boleh nak bangun. Mulanya Zarin yang demam, bila dia dah kebah kami semua pulak yang demam. So dia jadi nurse la, nasib baik boleh diharap.

Tapi kalau mama papa demam serentak memang payah tau! Sebab tak ada orang yang tolong jaga anak-anak. Dalam demam tak larat tu gagah diri juga masak untuk anak-anak yang sentiasa lapar. Kejap nak nasi, kejap nak roti bakar, kejap nak kari, kejap nak mjushroom soup, kejap nak itu kejap nak ini. Iyelah, kita pun faham, kalau dah lapar memang tak boleh buat apa dah.  kalau ikutkan hati nak rehat, baring, tidur je. Tapi sampai hati ke bila dengar anak cakap. 

"Mama, Abang lapar dah tak tahan ni. Perut abang dah sakit".

Kalau setakat roti bakar dia boleh buat sendiri, tapi yang lain-lain saya masih tak harap. Demam saya kali ini agak teruk dah susah nak turun suhunya. Nasib baiklah abang Zarin pandai jaga mama, kejap-kejap basahkan kepala dan letak towel basah, sama macam mama buat kat dia masa dia demam. Alhamdulilah. 




Sekarang demam dah tak ada. Cuma kami masih lagi batuk-batuk. Oh seksa sangat yang ni nak hilang. Bila dah baru baik demam ni, selera makan pun kurang lagi. Cuma teringin makan makanan yang panas-panas dan berkuah macam sup, tomyam. Dan saya juga teringin makan buah yang mahal-mahal, tapi buah apa yang mahal tak tahu.

Yang geram Mr. Papa kata, "Musang King mau???" Tu mahal juga tu! Oh Durian tak ada dalam list buah yang saya nak makan ok!

Mmm, oklah, sampai ketemu lagi.

Pesan mama : Jaga kesihatan diri dan keluarga. Katanya musim demam sekarang ni. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...