Wednesday, January 7, 2015

Pertama 2015


Assamualaikum. Entry pertama di 2015. Permulaan 2015 yang tak berapa best bila kami sekeluarga demam berjemaah. First day kerja dah MC! sob-sob.. Nak buat macam mana, demam sampai tak boleh nak bangun. Mulanya Zarin yang demam, bila dia dah kebah kami semua pulak yang demam. So dia jadi nurse la, nasib baik boleh diharap.

Tapi kalau mama papa demam serentak memang payah tau! Sebab tak ada orang yang tolong jaga anak-anak. Dalam demam tak larat tu gagah diri juga masak untuk anak-anak yang sentiasa lapar. Kejap nak nasi, kejap nak roti bakar, kejap nak kari, kejap nak mjushroom soup, kejap nak itu kejap nak ini. Iyelah, kita pun faham, kalau dah lapar memang tak boleh buat apa dah.  kalau ikutkan hati nak rehat, baring, tidur je. Tapi sampai hati ke bila dengar anak cakap. 

"Mama, Abang lapar dah tak tahan ni. Perut abang dah sakit".

Kalau setakat roti bakar dia boleh buat sendiri, tapi yang lain-lain saya masih tak harap. Demam saya kali ini agak teruk dah susah nak turun suhunya. Nasib baiklah abang Zarin pandai jaga mama, kejap-kejap basahkan kepala dan letak towel basah, sama macam mama buat kat dia masa dia demam. Alhamdulilah. 




Sekarang demam dah tak ada. Cuma kami masih lagi batuk-batuk. Oh seksa sangat yang ni nak hilang. Bila dah baru baik demam ni, selera makan pun kurang lagi. Cuma teringin makan makanan yang panas-panas dan berkuah macam sup, tomyam. Dan saya juga teringin makan buah yang mahal-mahal, tapi buah apa yang mahal tak tahu.

Yang geram Mr. Papa kata, "Musang King mau???" Tu mahal juga tu! Oh Durian tak ada dalam list buah yang saya nak makan ok!

Mmm, oklah, sampai ketemu lagi.

Pesan mama : Jaga kesihatan diri dan keluarga. Katanya musim demam sekarang ni. Bye!

3 comments:

  1. Bila demam memang macam tu lah Idazs.. selera makan tu kurang sikit.. pastu nak makan yg bersup macam tu.. nasib di rumah akak ni kalau demam semua suka bubur nasi.. senang kerja akak memasak.. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kan masa demam makan tomyam.. masam masam gitu. Adeh.. kecoq pulak ayaq lioq ni haa..
    Durian ? Mau bertambah demam nanti.. hehe.
    Batuk-batuk minum ayaq suam lebih sikit... madu + lemon. Sedap gak tu.
    Get well soon!!!

    ReplyDelete
  3. memula baca ingat nak tarik mood sedih... tapi bila bapaknya tanya Musang King tu terus tergelak besar.... hahahaha kelakar lah laki ko nih

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...