Friday, February 6, 2015

Update Sofea 2y ++++

Alhamdulilah, 21 Januari yang lalu genaplah usia Sofea dua tahun. Begitu pantas sekali masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun.

Saya updatekan sedikit perkembangan Sofea 2 tahun ni. Dari segi pertuturan, alhamdulilah dah banyak kosa kata yang dia kuasai. Cakap pun tak adalah terlampau pelat. Tapi pelat style budak 2 tahun lah. Dah boleh bercakap dengan menggunakan ayat- ayat yang panjang. Pada saya, sama macam perkembangan budak lain juga, tak ada bezanya. Cuma kadang cepat kadang lambat tu bagi saya perkara biasa, tak perlu nak dibanding-bandingkan pun. 


Bercakap pasal susu ibu pula, alhamdulilah Sofea dapat menikmati susu ibu selama dua tahun, sama macam abang Zarin dia juga dulu  dan masih lagi menyusu. Tak pastilah bila nak berhenti. Yang nyata saya dah berhenti mengepam. Susu formula pula alhamdulilah Sofea boleh terima tanpa banyak songeh. upright freezer pun dah kosong. ada tak yang berminat nak beli upright freezer saya kalau saya letgo?


mmmmm, apa lagi ya nak tulis? haaaaaa, rasa macam dah mati kutu nak merepek apa lagi ni. Tu la jadinya bila lama tak menulis. Hikhikhikhikhik... okla, sampai sini sajalah. Bye!

Pesan mama : Bertukar rutin bila anak dah masuk darjah satu ni, buat mama kurang masa sikit sekarang ni untuk mengadap blog. kalau ada masa terluang insyaallah akan diupdate dari semasa ke semasa. Assalamualaikum! 

2 comments:

  1. hepi besday sofea! jadi anak yang soleh ya! insya-Allah...

    mula2 mcm tu lah da...bila anak sekolah, rutin berubah..insya-Allah dh biasa lps ni..okey lah tu..;-))

    ReplyDelete
  2. kan..sejak anak dah sekolah ni penat n malas nyer lain macam...kekeke..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...