Thursday, February 25, 2016

Overnight oat, Jom Sihat!

Assalamualaikum

Oh lama sungguh tak bersiaran. Ada yang rindu saya tak? hahahahahhaahahaha.  Perasan sendiri sape la yang nak rindu kan.  Lama juga tak mencoret sesuatu di rumah saya ini. Sebenarnya memang banyak sangat nak cerita. Tapi kekangan masa. Ahahahahahahaha.. kekangan masa lah sangat. Alasan palesu je tu :P

Ok, ok. Sebenarnya saya nak cerita pasal diri sendiri yang dan jatuh chenta dengan overnight oat ni. Untuk pengetahuan saya bukanlah penggemar oat. Serius mokcik takleh telan oat ni. Lainlah kalau nasi dengan budu. Tapi bila tengok kawan-kawan ramai yang buat dan ada pulak geng nak sihat nak cantik, teruslah mokcik excited nak mencuba.

Tambah-tambah berat naik mendadak sekarang ni. Bayangkan iron baju sekolah anak hujung minggu boleh sakit tumit, masa berdiri. Tu tandanya apa tu, kalau bukan Overweight????? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Nak tak nak saya kena lakukan sesuatu. Mulakan dengan cara pemakanan, kemudian, exercise!!!  

So apalagi, hari sabtu angkut anak-anak ke JJ untuk beli bahan-bahan. Dan hasilnya

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Sebenarnya tak susah pun nak buat overnight oat ni, benda asas yang perlu ada ialah:

1. Rolled oat
2. Greek Yogurt
3. Susu (fresh milk/Low fat milk)
4. Buah, dan perasa ikut sedap tekak kitalah nak letak apa pun.
5. Chia Seed

terliur tak, terliur tak? saya suka cair cair gini.


Pertama kali makan. Wallah sedap weh!!! So sekarang memang overnight oat ni kira makanan rutin untuk breakfast saya lah. Lupakan sementara nasi lemak, roti canai special, nasi dagang, nasi kerabu dan sebagainya.. sob..sob.. kira kalori, walaupun sesekali kalori naik lori . huhuhuhuhuhuhuhu..

Mokcik dah kembali mengusung cooler bag ok. sebab kat opis takda peti ais.. makan sejuk sejuk barulah sedap. Nak tak nak kena usung cooler bag. Tapi bukan mokcik ada baby, tapi sebab mokcik ada overnight oat dalam tu. Hahahahahahahahaha... Jangan tanya bila mokcik nak ada baby eh! Syhhhhhhhhh.. Rahsia!!!!! 

banana+pomegranate


Cara nak buat dia mudah saja. Paling penting kena ada jar kaca ni kot. Tapi nak isi dalam tupperware ke tipuware ke mug ke boleh saja. Tapi kalau saya lebih suka dalam botol. Nampak cantik! eh nak nampak cantik saja saja. Sindrom mokcik-mokcik bertambah umur memang gitulah. Pantang cantik, nak saja. hahahahahahah.

Memula masukkan rolled oat dalam 3-4 sudu, kemudian masukkan susu hingga tenggelam rolled oat, kemudian masukkan yogurt. Saya suka guna yang ada perisa, kalau yang plain masam!!, masukkan chia seed dan goncang-goncang manja. Biar dia berehat semalaman dalam peti. Kira dalam 3/4 penuhla. 

nyumssssss


Bila ada yang tanya sedap tak overnight oat ni??? mmmm.. susah nak jawab benornya. Yelah selera memasingkan. Tapi untuk tekak budu saya ni SEDAPPPPPPPPP!!!!! super duper yummy dan menepati selera. oh ya, kalau nak buat ni saya syorkan buah atau kekacang tu letak masa nak makan. fresh-fresh gitu. sedap!! Jangan lupa letak chia seed sekali ok. Chia seed tu banyak khasiatnya. Mokcik pun nak kurus macam Fauziah Gous! ahahahahahahahaha.. 

Pesan Mama :  Nak sihat nak cantik, Jom Sihat! 

6 comments:

  1. Tak terbuat lagi ni...nnt la nak try...😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu cuba la.. sedap ni.. #gengcantikgengsihat

      Delete
  2. haahhaha terbaik mok cik

    kak tk buat lg nih, bhn dh ada..aduhai...

    nak cantik sihat jugak! hahha

    ReplyDelete
  3. Boleh plak terliur..mkn time cuaca panas cmni memang surga huhu

    ReplyDelete
  4. very nice dish thanks for this wonderful recipes kindly visit us @ Bank Exam coaching centre in Chennai

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...