Wednesday, April 27, 2016

Harum Manis

Musim mempelam harum manis muncul lagi. Bagi peminat mempelam pasti akan tertunggu-tunggu dengan kedatangan buah ini. Baunya yang harum dan rasanya yang manis memang tersangat kenalah dengan nama buah ini. 

Alhamdulilah,  rumah saya ada pokok pelam harum manis ni. Setakat ni dah makan dekat 10 biji kot sepanjang duduk situ. Tapi berbuah tak ikut musim dan waktu. Bebila saja dia nak ada, akan adalah. Tapi buahnya tak banyak, dalam 3-4 biji sahaja. Tahun lepas banyak juga, tapi tak sempat nak petik ada orang lain yang petik dulu. sob-sob. 

gemuk, sihat pelam ni macam tuan dia

Ni buah dari pokok saya. mula-mula tak tahu juga ni buah pelam harum manis. Rasanya pun sama. Memang betuila tu. Lagi kompiden bila FIL pun cakap pelam harum manis.


Sekotak dalam 3-4kg kot

Dalam kotak pula ni jauhnya datangnya dari Perlis. Suami belikan dari kawan dia. Tak sabar nak makan. harum manis ni sedap sangat kalau buat pulut pelam. Tingggg!!! terus dapat idea malam ni makan pulut pelam.   Anak-anak pun suka makan buah ni. Cuma kalau dengan pulut mereka lebih prefer durianlah. So balik nanti kena singgah beli durian sebijik, habuan anak-anak. 

Pesan Mama : Tetiba rindu nak makan pulut ayam kat Krabi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...